Aplikasi iCare Health Monitor di Samartphone Harus Ada

Salam Jumaat,
Mingggu lepas saya hadiri satu bengkel terapi,,,, banyak yang saya belajar di dalam bengkel tersebut terutama tentang kesihatan. Antara kata ustaz merangkap juga seorang pensyarah dan juga pengamal perubatan tradisional itu, slip disc juga disebab kan oleh ketidakbetulan kita dalam rukuk semasa solat. Itu antara salah satu punca katanya. Untuk mengelakkan penyakit tersebut disarankan supaya kita rukuk dengan sempurna. Itu adalah antara asbabnya. Selain itu juga, kita sebagai Muslim harus memastikan kedudukan dan kebendirian kita semasa solat adalah tepat dan betul bagi mengelakkan masalah sakit urat dan sebagainya. 

Solat dan Kesihatan
Beliau menyarankan supaya berdiri dengan kebetul kedudukan kaki kita harus sedikit renggang dan ibu jari kaki dalam kedudukan yang sama. Seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah saw supaya membetulkan saf. Manakala, rukuk pukuk harus kedudukan keduan-dua tangan kita menghala ke lutut, dan kedudukan belakang kita tepat seperti 90 darjah. Itu antara salah satu, untuk mengelakkan penyakit spilt disc. 

iCare Health Monitor
Sambil duk berbengkel terapi itu, saya tolong sahabat menjawab soalan soal selidik bagi kajian mereka. Bila sampai topik penggunaan aplikasi kesihatan dalam smartphone, saya stop dan bertanya. Macamana saya nak jawab soalan ni sedangkan saya tak guna aplikasi dalam smartphone. Saya memang tak tahu langsung pun pasal tu... Hadui.....  memang terapa kejahilan saya! hehe.... orang dah berkurun guna, saya masih jauh ketinggalan. Kakak senior saya explain apa nama aplikasi tersebut. Saya terus install...

Aplikasi iCare Health Monitor

Semalam, baru saya guna. Dah 3 hari instal, tapi tak sempat nak tengok pun aplikasi tersebut. Bila kakak duk main smartphone, dia tanya saya. Saya cakap tak tahu guna sebab saya memang tak tengok lagi aplikasinya. Dia cepat jer guna. Semalam, dia yang ajar saya cara nak guna! Bila check BP saya memang high. Saya memang duk tengah sakit kepala semalam, dari petang lagi duk rasa sakit kepala. Semalam, saya rebah juga.... Sambil duk ulit Nur Jannah tidur sambil tu duk menahan sakit.... Bila check hari ni, result BP saya seperti di bawah.... erm...

result BP dengan aplikasi iCare Health Monitor

Sedikit tinggi, namun normal. erm... dah makin berumur ini, memang kena jaga la kesihatan. Kelmarin dari pagi hingga petang di ofis, tentang kesihatan saja. Nati saya ceritakan.... 

Bila duk fikir tentang BP saya ni, saya realize tentang mengambilan permakanan saya. Saya perasan lately, selepas bulan bulan puasa, raya dan semalam, saya lebih banyak mengambil minuman berkafin kopi....

Nak kata memang lepas gian la, sebab masa mengandung saya pantang kafin ni, kopi dan nescafe. Ada sekali saya pesan kopi suam masa mengandung tu sebab dah tak boleh nak tahan sangat, nak juga rasa, tapi bila minum tak habis secawan pun. Separun cawan je saya minum. Bila dalam pantang saya memang banyak minum kopi. Sebab sebelum ni, saya memang tak pernah minum kopi semasa dalam pantang.

Bila dah dapat minum rasa macam seronok la habit tu.... Breakfast kat ofis pun order kapi.....

kopi o

Breakfast kat rumah pun belasah nasi lemak kopi o...

Nasi lemak kopi o

Sebelum ni, lepas pantang dan sebelum raya saya dah achieve berat badan dari 65kg turun ke 50kg.... Bila  3 hari balik kampung sebelum raya, baju saya dah mula ketat. Tak raya lagi dah ketat baju saya. Tu baju sebelum saya mengandung.... kira baju raya la, sebab saya tak prepare baju raya tahun ni.... Hari pertama balik kampung, mak saya tegur kenapa makan sikit? Saya kata diet! Hari kedua takut ditegur dan tuk menjaga perasaan mak juga... hehehe.... terus belasah makan yang selama ni duk jaga makan.... Tu sebab baju dah ketat sebelum raya!

Kekeke..... dah mula makan, memang tak susah nak stop! Astagfirullahalazim.... sampai kelmarin! Bila check BP, terus dah jaga makan semula, dan dah kena mula exercise ni.... erm...

Kemudahan Yang Disediakan Oleh iCare
So, anda boleh la install aplikasi ni tuk check kesitan anda. Selain BP, ada lagi tuk check jantung, telinga, mata dan sebagainya. Tak perlu risau ketetapatnya. Ia cuma guide tuk kita!
 

 


No comments

Powered by Blogger.