Mahal ke Berurut dan Bertungku

Bab kesihatan lagi!
Pagi kelmarin, bawa anak-anak (kakak dan kak ngah) ambil ubat, mc tuk kakak di pusat kesihatan. Erm,,,, memang musim anak-anak tak sihat. Kak Ngah demam, batuk slesema, sama juga dengan kakak. Harap-harap tak berjangkit dengan baby Nur Jannah. 

Dah settle pergi check up mereka, saya bawa mereka kat bilik ofis saya. Lepas makan ubat terus mereka tidur. Saya ke bilik sahabat, dia pun tak sihat. Ada makcik datang urut kat biliknya. Erm... bagus ni, sahabat saya urut kaki. Saya kat nak urut juga tapi urut belakang.... 

Zara Adelia vs Putri Damia Amani

Lately, duk lama kat kerusi nak bangun punya seksa, dah macam orang tua gayanya....  Nak kena betulkan urat dulu.... hehehe.... Lepas urut sahabat, makcik tu datang urut saya kat bilik. Makcik tu kata, dia nampak saya dan anak-anak pagi tadi kat cafe...

Erm... a'aa.... anak2 pun tak sihat saya bawa mereka makan pastu pergi ceheck up.... Anak2 duk tidur masa makcik datang. Kejap saja makcik tu urut. Sakit saya ni masih terasa. Dia urut kaki, tapi kaki saya tak berapa nak sakit! Allhamdulillah... lepas berurut dan bertungku dalam pantang sakit betis saya dah tak serius.... 

Urut dan Tungku di Kota Bharu
Kat Changlun tempat saya tak ada bidan bertungku. Susah nak cari bidan bertungku kat sini... Sampai skang saya belum jumpa.... Kalau kat KB area kampung saya, Wakaf Che Yeh, Pintu Geng, Salor, Bunut Payong, bertungku dan berurut RM70 sehari. 1 tungku RM15. Tuk satu hari 2 tungku. Overall masa dalam 2 jam urt dan tungku semasa pantang.... Kalau kat kampung husband saya area Pasir Mas boleh murah lagi, urut dan tungku dalam RM45 seharari.... Kat sana skang memandang dah mahal hanya 3 hari sahaja biasa dibuat. Kalau tak orang sana memang ambil seminggu urut dan tungku masa pantang... Makin hari makin mahal urut dan tungku orang pantang ni...

Demand Tinggi
Kenapa mahal? sebab orang Kelantan yang duk kat luar kebanyakan balik kelantan bersalin dan berpantang.... Mereka compare kat KL sehari RM100 itu pun tak sedap.... so, bidan-bidan kat KB ni dah mula demand dan letak harga! Kalau dulu mereka tak letak harga, ikut orang bagi sahaja. Sehari baharu RM15 dan RM20..... 

Makcik urut saya kelmarin tanya berapa 3 hari? serautus lebih ke? Saya cuma jawab ya! Saya tak cakap RM70 sehari.... hehehe.... kalau kat Changlun ni masih bawah RM50 sehari! itu berurut sahaja.

Erm.... al kisah urut dan bertungku ni, effect juga tuk kesihatan saya! Ini kali pertama saya bertungku dalam pantang. Puas hati sangat! sebab betis saya tak sakit teruk macam dulu... Sakit betis saya ni mula sejak lepas lahirkan anak pertama.... 

Tapi badan ni sakit saya tak pantang makan pulut. Bila raya hari tu sampai skang saya banyak makan pulut! Memang sakit belakang saya, nak pulak duk atas kerusi lama.... erm..... kesannya sangat cepat! 

Minggu depan nak kena mula amalkan hidup sihat ni, walaupun dah habis pantang kena juga pantang apa yang perlu. Setakat ni saya cuma pantang ais dan laksa sahaja.... 

Makan Tak Ikut Sunnah
Petang kelmarin, ada discuss tentang penyakit ni! Kata senior saya..... kita ni mudah kena penyakt sebab tak ikut sunnah.... Ye la, pagi makan nasi lemak. Tengahari makan nasi lagi. Malam makan nasi lagi dan suffer makan lagi.... Uh... banyakkan kita makan.... 

Saya kalau dah mula makan terus nak makan.... kalau dah diet ok.... dah jadi cam ni kena amalkan semula gaya hidup sihat.....





3 comments:

  1. Kalau dapat berurut dengan yang betul-betul berkemahiran dan berpengalaman...memang ringan rasa badan insyaAllah..harga ikut bidan kan kak..yang ada ikut kita..yang ada ikut dia..tapi kebanyakkannya dah ditetapkan harga ikut pakej.

    ReplyDelete
  2. Kat tempat saya pun susah nak cari bidan yang boleh bagi servis bertungku... betullah, kita ni makan tak beringat kalau dah nampak makanan dpn mata, insyallah lepas ni nak jugalah amalkan gaya hidup sihat, jaga makan...

    ReplyDelete
  3. Betul, kita ni bila dh makin meningkat usia kena jaga pemakanan..Kebanyakan wanita2 lepas bersalin skrg saya dapat simpulkan dari cerita kawan2, sedara-mara ramai ambil mudah pasal pantang..kadang kesan tak nampak masa tu..dia akan mula start bila usia dah meningkat...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.