Minuman MoodMoojee Khas Daripada Anchor Food Professionals Bagi Penggemar "Icy-Cool Beverage"

Minuman MoodMoojee Khas Daripada Anchor Food Professionals Bagi Penggemar "Icy-Cool Beverage" / Allhamdulillah, pada 28 November 2018, saya telah menghadirkan diri di cafe Overstepped di Taman Sejati dan juga cafe Overstepped Perdana Height, Sungai Petani bagi pelancaran menu baharu "Icy-Cool Beverage" oleh Anchor Food Professionals dengan membawa mesej keriangan "MoodMoojee". 



Anchor Food Professionals
Anchor Food Professionals adalah sebahagian daripada Fonterra iaitu sebuah syarikat tenusu global yang dimiliki oleh koperasi dari New Zealand. Lebih 50 buah negara menggunakan produk tenusu New Zealand ini dalam pelbagai kegunaan masakan harian. Antara produk Anchor yang popular seperti cheese, culinary cream, butter dan whipping cream. Apa yang penting selari dengan visi negara kita iaitu Malaysia, yang mahukan permakanan sihat, suci lagi halal, Achor Food Professionals telah menyahut saranan kerajaan bagi tidak menggunakan gula tambahan di dalam setiap menu makanan mereka.  


Selain itu juga Anchor bertindak sebagai perunding pemakanan kepada agensi perhotelan di Malaysia, chef, bakers, hotel restoran dan sebagainya dalam memberi idea bagi menghasilkan makan yang bermutu, sihat dan halal.  



Terlebih dahulu kami diberi matlumat terperinci oleh Mr. Jack Tan yang merupakan Associate Food Service Director, kata beliau"

"Kami memahami tenusu memainkan peranan yang serba boleh dalam memberikan rasa, tekstur dan penampilan yang hebat dalam apa jua bentuk sama ada dalam minuman atau kek. Tenusu secara tradisinya sangat popular dengan pasaran Barat tetapi kali ini, kami ingin bermain dengan bahan-bahan tempatan untuk memberikannya rasa dan rasa Asia keseluruhan. Kami sentiasa melihat apa yang sedang hangat di seluruh dunia dan berusaha untuk diperkenalkan bagi merangsang rakan kongsi perniagaan kami khususnya bagi memenuhi citarasa Malaysia. Kami telah belajar bahawa kreativiti dan inovasi adalah sama pentingnya dengan rasa pada pengguna hari ini"


Bagi menepati selera masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, pihak Anchor mempunyai chef yang tersendiri dalam membuat kajian dan penyelidikan pasaran apakah minuman kesukaaan masyarakat Malaysia. Ini adalah kerana kepelbagaian kaum di Malaysia membawa seribu rasa yang berbeza daripada pelbagai peringkat umur. Hasil daripada kajian dan penyelidikan tersebut, mereka mendapat masyarakat Malaysia gemarkan minuman yang segar seperti coklat, ais blended dan juga kopi. Hasil daripada itu mereka telah memperkenalkan tiga minuman baharu iaitu:


1. White Chocoffee
Resepi ini diperkenalkan oleh Chef Ichiro yang terdiri daripada nutty flavor, White Chocoffee yang di kisar bersama White Coffee. Kemudian digabungkan dengan coklat dan peanut butter. Manakala, produk Anchor yang digunakan dalam White Chocoffee ini seperti;
  • Anchor Full Cream Milk
  • Anchor Cream Cheese
  • Anchor Whipping Cream



2. Kayanika Fusion
Kayanika Fusion yang dicipta oleh Chef Firuz merupakan imej kepada masyarakat majmuh Malaysia yang disulami dengan gaya fushion masyarakat Asia yang gemarkan berlemak dengan kemanisan gula melaka ditambah pula 'kaya' dan gula 'pulut' di bahagian bawahnya serta diserikan dengan kacang merah. Antara produk Anchor yang digunakan dalam resepi ini ialah:
  • Anchor Whipping Cream

3. Lemon Mint Meringue
Lemon Mint Meringue juga daripada ciptaan Chef Firuz yang menggabungkan konsep lemon mint, vanilla ice blended. Di bahagian atas untuk topping diserikan dengan lemon, serai, oren dan meringue. Antara produk Anchor yang digunakan dalam resepi ini ialah:
  • Anchor Whipping Cream


Di Malaysia terdapat beberapa restoran dan juga cafe yang menjadi rakan kongsi dalam menggunakan produk Anchor. Contohnya seperti di:


Selangor
  • Choon Guan Coffee Shop 
    • Lorong Amarasegara, Kawasan 12, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
  • Gafe Kafe 
    • 63, Jalan Semenyih Sentral 5, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih
 
 
 
Johor
  • Love Tea F&B 
    • No. 1206, Jalan Kasturi, 36/45 Indahpura, 81000 Kulai Johor
  • Living Room 
    • Plaza Mentari Sun City G-03 Jalan Kuning, Taman Pelangi Johor Bahru
Melaka
  • Cofeology Cafe & Restaurant 
    • Shop Lot No 23, Ixora Apartment, Bukit Beruang, Melaka
Kedah
  • La Taste
    • Taman Gurun Jaya, Gurun & Taman Pekan Baru Sungai Petani
  • Overstepped Cafe 
    • Taman Sejati Indah & Perdana Heights Sungai Petani
Pulau Pinang
  • Lavish Fusion Bakery  Georgetown 
  • Hive by Love a Loaf Bayan Lepas 
  • La Taste Butterworth 
 
Perak
  • Family Confectionery Kampar Perak 
  • Baker's Hut Seri Manjung, Perak 
Sabah
  • Delight Factory 
    • G-52, Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
  • Chubs Grill 
    • Plaza Shell, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu Sabah
  • Chiu's Cafe 
    • Blok D, Ground Floor, Lot 8, Lorong Pusat Komersil 88/2, 88 Marketplace, Kampung Kepayan, Kota Kinabalu Sabah
  • Luck Bean 
    • 16-0 Lintas Square Jalan Lintas, Taman Southern, Kota Kinabalu Sabah


Untuk matlumat lanjut tentang produk-produk minuman ini boleh la melayari:

Laman Sesawang

Facebook




16 comments:

  1. WAH SEDAPNYA KALAU BOLEH SEMUA NAK RASA

    ReplyDelete
  2. sedapnya..tgk gambar pun thu sedap..:)

    ReplyDelete
  3. adoiiiiiiiiiiiiiii menggoda nya. nasib baik ada kat Gurun. hahaha. boleh la terjah. walaupun kena drive 45minit. hahahaha

    ReplyDelete
  4. sedapnya. insyaAllah nak try kalau berpeluang.

    ReplyDelete
  5. Alahai terliur pulak tengok. Sedapnya.

    ReplyDelete
  6. memang puas minum sampai tak habis hahah.. sy pernah ke cafe di penang tu

    ReplyDelete
  7. Memang unik minuman yang disediakan..

    ReplyDelete
  8. Teringin nak rasa Kayanika tu 😉

    ReplyDelete
  9. Quickly this page probably will irrefutably maybe always be recognized regarding a lot of websites folks, for you to their careful articles or blog posts or perhaps ideas. distributor bubuk green tea

    ReplyDelete
  10. The individuals who like to look forward and get ready for the "to be safe" situations are frequently painted as periphery maniacs and Judgment day preppers. California Balsamic vinaigrette

    ReplyDelete
  11. I began to wonder if I should have just referred to my guidebook for dining recommendations rather than relying on Ruth; this looked like one shady establishment. spices in jamaica

    ReplyDelete
  12. Actually I read it yesterday but I had some thoughts about it and today I wanted to read it again because it is very well written. FriedCoffee.com

    ReplyDelete
  13. In the event that you have occupied with any hazardous practices when drinking liquor, for example, tanked driving, perilous sex, flushed dialing or any of a large group of others, there a will be an approach to assist you with staying away from this later on.malta drink benefits

    ReplyDelete

Powered by Blogger.