Chinese Muslim Abdullah Restaurant: Pilihan Chinese Food Yang Wajib Anda Rasa di Ipoh

Chinese Muslim Abdullah Restaurant: Pilihan Chinese Food Yang Wajib Anda Rasa di Ipoh / Allhamdulilllah. Setelah berhempas pulas pusing MAPS Ipoh sepetang, lepas maghrib,,, Allah Ya Karim Ya Razzak, syukur kami semua team blogger pantai timur diberi peluang menikmati hidangan masakan cina di Chinese Muslim Abdullah di Meru Raya Ipoh sebagai santapan malam. Bila kami 7 sekeluarga masuk sahaja ke restorannya yang dipenuhi dan ada dua meja yang disediakan kepada kami, namun itu tidak mencukupi kerana kami masing-masing dengan keluarga yang ramai. Mereka mula mencari solution dan kami juga mencari solution bagaimana untuk memuatkan ahli keluarga team blogger pantai timur di dalam restoran tersebut. Allhamdulillah, syukur Allah Ya Baarik Yang Maha Menyusun settle masalah kami....


Aiman Loh selaku owner restoran memainkan peranan bagi memberi keselesaan kepada kami semua. Dia berada di Kuala Lumpur bergegas pulang ke Ipoh untuk berjumpa dengan kami semua. Sangat ramah, dia ke meja kami memberitahu menu yang akan di hidangkan. Setiap meja akan dihidangkan dengan hidangan yang berbeza, dan kami semua ada tiga meja.


Terharu dan Kagum Ilmu Agama Pemilik Muda Resoran Ini
Sambil menunggu makan dan juga selepas makan kami sempat berbual. Apa yang membuat saya terharu dan kagum, malam tu dinner kami sangat berbeza. Aiman Loh 26 tahun, mengajarkan kami tentang makanan sihat dan halal (halalantoyyiban). Memang masuk kelas agama pemakanan la saya rasa, walaupun sambil berdiri tak boleh duduk dengan mendukung Nur Jannah yang tak mahu nak duduk. Telinga mendengar dengan kusyuk apa yang diperkatakan oleh Aiman. Ilmu feqah, halal dan haram dalam masakan, harus diambil berat dan perlu sensitif kita sebagai orang Islam dengan setiap ingredient yang digunakan katanya. 


Bangunan resoran Chinese Muslim Abdullah 3 tingkat, sedang diubah suai tingkat dua dan tiga yang menyediakan tempat penyusuan bagi ibu-ibu yang membawa baby, surau, tandas. Dan.... jangan risau nak naik tingkat 2, sebab lif disediakan... So, tak ada alasan nak naik atas.... Restorannya berhadapat dengan restoran Seafood Zul Yahya... So, sangat senang nak cari kalau pusing kat Meru Raya ni tak jumpa.


Diskirimasi Dalam Masakan
Katanya "sebab permakanan dan sumber rezeki pendorong kepada hati anak-anak liat nak solat dan sebaginya". Allahu, hebat Aiman ni.... Makcik Aiman mula menyampuk "sekarang saya sudah faham, kalau nak beli bahan makanan kat market, apa yang dahulu saya tengok halal atau tidak".... Dan Aiman memberi rahsia cara melembutkan daging. Daging masak black pepper yang dihidangkan pada kami cair di dalam mult sungguh lembut dan sedap. Katanya ada satu produk knorr di pasaranaya, tapi dengan tulisan cina, serbuk knorr tu yang boleh melembutkan daging. Biasa orang Islam takkan beli, sebab itu ulisan Cina dan orang Islam anggap itu tidak halal, tapi produk tersebut halal namun ia diwarkan dan diskriminasi kepada orang Islam katanya. 


Resepi Hebat Wajib Cuba
Encik suami memang susah nak kata "ya" bab makanan. Cerewet orang lelaki nak makan ni cerewet betul. Kalau saya dah cakap sedap tapi tekak dia belum rasa sedap... Allhamdulillah semua menu yang dihidangkan dari Abdullah Chinese Muslim Restoran ini mendapat jawapan "ya" dari encik suami. Sangat berpuas hati sangat. Ini lah masakan Cina yang paling sedap katanya! Kalau dia dah "ya", saya apa lagi berkali ganda "ya" la jawabnya... hehehe.... 

Antara Menu yang dihidangkan de meja kami ialah:
1. Tom Yam
2. Siakap butter cheese
3. Kailan goreng garing
4. Udang butter
5. Daging Black Pepper
6. Ayam Mentega
7. Nasi putih
8. Air asam


Butter Milk Prawn ni sangat lazat. Terasa kat mulut dengan lemak berkrim.  Huhu sedap k, rasa krim dengan manis labu perghhh memang tip top la...


Yang ni memang terbaik, ada tak yang tak suka daging kerana liat, tapi daging masak black pepper ni memang cair dalam mulut... huhu... memang giler la, walaupun saya duk kalut dengan Nur Jannah dan saya makan paling lambat dan orang terakhir habis, tapi bila dengan daging nisaya tak perlu nak kunyah banyak-banyak... Rasa black pepaernya yang secukup rasa sangat memberi kesan memori mendalam. 



Ayam mentega, ia crunchy beza sikit dengan daging black pepper dan udang krim labu di atas, bila makan kerangupannya terasa.



Yang ni rare la, hanya kat Chinese Muslim Abdullah Restaurant je yang anda boleh dapat tau. Kailannya kiri dan kanan tu di goring rangup tau... kalau yang kat tengah tu lembut, tapi kiri kanan tu bila memula saya tengok macam bunga rampai..... hahahha... dua kali tengok yuhuuuu,,,, menarik k, cuba rasa camana? perghhhh rangut rupanya! Ini kali pertama saya jumpa. Memang hanya kat sini je tau leh dapat kailan cam ni k!


Yang ni memang tak leh nak move on bagi saya sampai skang, ikan siakap butter cheese ni terngiang di anak tekak kawe! Menurut Aiman, resepi ni di ubah sikit kepada berkuah sebab orang Melayu suka yang berkuah. Tapi memang kuahnya tak jemu dimakan. Kalau bagi sekor kat saya memang habis saya makan. Lemak manis berkrim secukup rasa, memang sedap k. 



 Tom yam ni, dah last-last saya makan... sebab yang kat atas tu perghhhh membangkitkan rasa sedap yang teramat sangat! Dah rasa tom yam pun dah tak mampu tapi memandangkan nampak macam ada kelaianan pada tom yam ni akau hirup kuahnya. Apa yang lain dalam tom yam ni ada kangkung tau.... Menurut Aiman, ia pedas sikit, tapi bila saya makan, biasa saja. Mungkin tekak saya ni jenis makan pedas... hehehe... apa pun tom yam kat sini memang lain dari tom yam Siam punya.... 




Allhamdulillah, semua kenyang... ops lupa air asam tu lemon dan asam boi.... sedap la, sebab bila dah makan lemak berkrim disusuri lak dengan lemon asam boi memang cun sangat! Sejujurnya saya memang bagi 9/10 unu menu yang dihidangkan kepada kami. Nak tahu apa menu lagi yang sahabat-sahabat saya makan kat meja sebelah tu jom singgah:

1. Menikmati Hidangan Chinese Style Yang Sedap Di Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru Ipoh Perak
2. Restoran Chinese Muslim Abdullah / Tempat Makan Wajib di Ipoh
3. Restoran Chinese Muslim Abdullah : Hidangan Sedap Unik Warisan Keluarga

So ouls, kalau datang Ipoh jangan lupa singgah di Restoran Chinese Muslim Abdullah ni tau, rasakan kelaianan dalam menu harian anda dengan masakan Chinese Food yang tidak akan menghampakan anda.

Status
Halal Restaurant 

Waktu Urusniaga
4.30 pm - 12.00 am 

Alamat
Alamat: No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, 
Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh Perak 

Facebook 

18 comments:

  1. huu tempting semua menu.. suka jugak menu chinese ni..

    ReplyDelete
  2. Daging black papper tu..menarik perhatian PC la kak...

    ReplyDelete
  3. sedapnya udang tu.. nanti singgah ipoh boleh singgah

    ReplyDelete
  4. Sedap kan kak makanan kat sini..habis lauk kitorang licin :D

    ReplyDelete
  5. wah! bestnya buleh makan free. semua nampak sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm... allhamdulillah abam kie, pemiliknya pemurah...

      Delete
  6. Pagi-pagi dah terliur ni. Bestnya dapat jumpa BPT.. insyaAllah next time Ada Rezeki kita dapat berjumpa jugak

    ReplyDelete
  7. Hebat owner ni Encik Aiman loh, syok lah kak sheila boleh dengar perkongsian dari beliau.. Alhamdulillah suka makanan kat sini semua sedap dan kualiti terbaik

    ReplyDelete
  8. daging black pepper tu nampak sedappp

    ReplyDelete

Powered by Blogger.