Gulai Ikan Kering Mom

Gulai Ikan Kering Mom / Allhamdulillah minggu lepas mak ayah saya datang Kedah dan dah balik Kelantan semula dah. Hari pertama saya masak sup tulang, then seterunya. Dan tak tahu hari keberapa mak nak makan gulai ikan kering. Dia bawa ikan kering dari kampung.... Perghhh sedap! 


Kat Kedah susah nak dapat ikan selar kering ni. Kat tempat saya di Kedah ni banyak ikan kering darat, ayah saya memang tak makan ikan darat. hehehe... ikan darata tu apa ye? Ikan darat tu ikan air tawar. Saya memang tak dibesarkan dengan ikan air atwar. Dah besar baru belajar makan sendiri.

Bab gulai ikan masin mak saya memang terbaik la. Buh lak terung ngan timun batang yang en husband bawa balik, ada orang bagi katanya..... huh memang terbaik. Sampai dua hari saya makan nasi ngan gulai ikan kering ni.

Resepi: Gulai Udang Terung

Resepi
Ikan selar masin dipotong tiga
Bawang merah 3 biji*
Bawang putih 2 biji*
cili kering 2*
Kungit hidup 2cm*
Santan
Terung
Timun batang
gula dan garam

Cara
Blend bahan yang bertanda*. Masukkan air dalam periku. panaskan, terus masukkan santan, dan bahan yang dikisar. Masukkan ikan masin, terung dan timun batang. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula. Siap!

Senang sangat nak buatnya. Masak ni subjektif ada yang masuk macam-macam dan lain-lain bahan. Terpulang resepi camana pun, apa yang terbaik adalah masakan ibu... hehehe....

3 comments:

  1. Fuh gulai ikan kering ni fevret zumal juga...

    ReplyDelete
  2. aduhai, sheila... sedap nyer.
    nasi panas-panas. boleh bertambah sepinggan lagi kena lauk ikan kering gini.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.