I Come Back

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


I Come Back / Allhamdulillah, seminggu lebih cuti blogging, kini saya kembali. Syukur Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang memberikan rezeki yang banyak dengan pelbagai ujian dan dugaan saya berterima kasih. Dek semua itu mamatangkan diri ini supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang disusukanNya.... 

semoga hati saya sentiasa mekar dan segar mengingati Allah Yang Maha Pengasih seperti mana mekar dan segarnya bunga kantan ini

Cerita Minggu Lepas
Minggu lepas, 12 April 2018 setelah banyak halangan, rintangan di saat-saat akhir 10 minit sebelum tarikh akhir pun masih diduga, namun kuasa Allah Ya Baarik Yang Maha Menyusun dan Mengatur segala apa yang berlaku, saya sempat submit tesis saya di IPS USM. Ya Allah sangat critikal time, sehinggakan husband saya sendiri tunggu saya di ofis school saya di USM. Tinggal anak-anak dalam kereta turut bersama saya pada saat-sasst terakhir itu. Ditambah la pulak dia duk membebel staf lambat dan sebagainya, saya masih cool.... Saya pun tak tahu kenapa saya diam dan tenang, yang saya tahu masa tu Allah Yang Maha Menyusun. Allahuakhbar! dan Allah tidak akan uji hambaNya selebih kemampuan hambaNya.....


Di Saat Terakhir
Minit-mint terakhir sempat saya bergegas ke IPS untuk menghantar tesis dan saya the last person, sehinggakan lampu IPS pun tutup, staf dah nak balik. Subhanaallah.... Sangat bersyukur! Allah Ya Wahhab Ya Karim Ya Baarik menyusun segala aturannya tepat pada waktunya.... 


Lega?
Tak tahu nak rasa apa di saat ini. Cuma rasa sangat bersyukur dan rasa sangat Allah Ya Rahman Ya Rahim, kasih sayangnya pada kita semua membuatkan kita terus yakin dengan susunanNya. Setiap apa yang disusun dan diatur untuk kita adalah terbaik. Adakala kita salah anggap ujian itu kelemahan, namun itu lah kekuatan dan kebesaran Allah dalam setiap aturanNya. 

Lama Menunggu
Cukup lama saya menunggu untuk submit tesis for viva ni. Saya pun dah tak tahu berapa banyak kali saya buat pembetulan, sehinggakan mengandung, bersalin, baby Jannah dah setahun baru saya dapat submit tesis. Sv saya duk cakap, nak susah dulu ke nak susah sekarang? Saya bersabar dan bersabar ikut sahaja apa kehendaknya. Saya cuma berharap di kemudian hari semasa hari viva saya dapat present dengan yakin, untuk lulus. Saya tahu keputusan viva saya dah tercatat di luth mahfuh. Saya kena yakin dengan Allah, segala apa yang tersurat dan tersirat adalah terbaik untuk saya dan terbaik apa yang Allah susunkan pada saya. 

Gembira
Husband saya orang yangpaling gembira bila saya dah submit. Dari IPS sampai ke rumah dia sangat ceria. Seronok sangat dia bila saya dah submit tesis. Ye la dah berapa hari saya berulang-alik dari Kedah ke USM untuk submit tesis. Sekarang, hanya kena tunggu 3 bulan untuk dipanggi viva. Doa tawalkal sahaja saya alunkan.... itu yang semestinya. 

Pesan Guru Saya
Pesan sv saya doa banyak-banyak, buat solat tahajut, solat taubat dan solat hajat supaya Allah lembutkan hati examinar baca tesis saya dan bagi saya lulus. Ya Allah.... Itulah pesanan dia bila saya jumpa dengannya Khamis lalu. Banyak yang diceritakannya, proses viva, soalan viva dan sebagainya. Semua dia cerita... hehehe.... Semoga Allah murahkan rezeki kedua-dua sv saya dan dikurniakan mereka syurga.... 1st sv saya macam mak-mak dia banyak nasihatkan saya, banyak penulisan saya dia tolong betulkan. 2nd sv saya muda lagi masih enegetik dan apa yang saya tulis dia tegur dan banyak yang dia tak faham dia suruh saya buat semula, do it again.... hehehe.... sehinggakan saya dah tak tahu nak do it apa? 

Apa pun saya sangat bersykur di saat ini. Kagum dengan segala susunan Allah Ya Baarik, kasih sayangNya Ya Rahman Ya Rahim....

Allhamdulillah.... 



13 comments:

  1. alhamdulillah dan inshaAllah, semoga berjaya

    ReplyDelete
  2. Welcome back, semoga berjaya dalam semua urusan...

    ReplyDelete
  3. welcome back akak. ray pun baru muncul kembali ni hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...akhirnya di waktu yang Allah kata kun fayakun....berlakulah ia....insyaAllah kak,berkat usaha akk,redha suami..moga kejayaan menyusul.Amin..

    ReplyDelete
  5. hai akak.. smoga smuanya dipermudah.. dan teruskan berblogging.. <3

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, semoga kejayaan menjadi milik akak dengan berkat kesabaran akak sekeluarga.. Insha Allah akak akan berjaya.. Keep fighting sis..

    ReplyDelete
  7. Biar susah sekarang..jangan susah nanti..insyaallah berbaloi nnti

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. merdeka dah bile hntr tesis. thniah kak sheila.

    ReplyDelete
  9. Bukan senang nak berjaya ye Shiela...moga Allah permudahkan urusan awak ye, berjaya dan mendapat PHD ... insyaallah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.