Jalan-jalan
KTH Homestay & Cottage Perlis Ala Kampung Sungguh Menguntum Jiwa
KTH Homestay & Cottage Ala Kampung Sungguh Mempersonakan / Bulan lepas 17 Mac 2018, hari yang sangat membahagiakan saya dan keluarga kerana diberi peluang dan kesempatan bersama #teamBPT, Team Blogger Pantai Timur, bertemu muka yang selama ni dah berbulan kenal daripada pengakhiran tahun 2017, akhirnya kami dapat bertemu jua di KTH Homestay & Cottage, Mata Ayer, Perlis meyatukan kami. Allhamdulillah, pertemuan yang sangat bermakna di samping dek kesibukan saya dengan menyiapkan tesis dan juga pengajian saya, diberi peluang dengan kasih sayangNya melepaskan lelah di sana. Terima kasih tak terhingga buat Yang Maha Menyusun segala agenda Allah Ya Baarik, Cikgu Azmi sekeluarga, dan teamBPT kerana memberi saya peluang bersama merasai percutian ala kampung itu.
KTH Homestay & Cottage
KTH Homestay & Cottage menawarkan empat jenis penginapan yang sungguh selesa kepada para pelangcong di dalam dan luar negara yang mahu merasai suasana ala kampung yang mendamaikan. Dengan tawaran harga yang sangat berpatutan amat berbaloi untuk menginap di sini. Antara homestay dan cottage yang disediakan adalah:
KTHA
mempunyai 2 bilik (1 bilik berhawa dingin)
dengan harga RM 110
KTHB
mempunyai 3 bilik (2 bilik berhawa dingin)
dengan harga RM 140
KTHA / KTHB |
KTHD
mempunyai 3 bilik (2 bilik berhawa dingin)
dengan harga RM 160
KTHD |
KTH Cottage
mempunyai 11 unit standard chalet (katil double, bilik berhawa dingin)
dengan harga RM 85
cottage |
Memandangkan Cikgu Azmi telah memberi 2 cottage dan satu homestay dengan 3 bilik, Sis Awa di SINI, Sis Gee dan Mek Yuni mengajak saya untuk bersama mereka menikmati percutian di sana. Hajat utama saya untuk bertemu mata bersua dengan sahabat virtual, bila sampai di sana, mereka tidak menyangka Cikgu Azmi menyediakan penginapan yang banyak untuk mereka. So, apa lagi langkah kanan la saya.... Allhamdulillah.... Mek Yuni lak dari awal lagi booked kat cottage. Cottagenya antik dan selesa sangat tau. Leh tengok review Mek kat SINI.
Sis Hawa dan Mek Yuni mengambil keputusan untuk menginap di cottage paras bawah yang sangat menarik. Cottage tersebut berharga RM85 satu malam. Dek bergaduh manja juga la dengan Sis Hawa sebab dia nak menginap di KTH Cottage yang menyediakan satu bilik air dan dua katil double. Membuatkan saya dan family terpaksa menginap di KTHD yang besar tu bersama Sis Gee dan familynya, menarik review Sis Gee. Pada malamnya kami sempat berbbq lagi. Fuhhh sedapnya bbq di malam hari. Apa yang sedap? Sedap perasa bbq kakak Sis Hawa yang buat tu..... Nak tahu macam mana sedapnya bbq tu, leh terjah entry Sis Hawa, Sis Gee dan Mek Yuni kat atas tu....
Kemudahan KTH Homestay & Cottage
Banyak kemudahan yang terdapat di sini. Bak kata orang memang berbaloi dan tak sia-sia menginap di KTH Homestay & Cottage. Untuk merasai suasana kampung aman damai dan sungguh menenaghati hati dan jiwa boleh membuatkan saya lupa daripada masalah pengajian sementara. Fuhhh... tak terkata sangat sangat meenenagkan hati saya yang bergelora dek pengajian saya yang sedang memuncak ketika itu.
Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam mandian. Allhamdulillah, syukur sangat. Dek pengajian saya ini, banyak yang terpaksa saya korbankan dengan limitasi kewangan dan sebagainya. Ye la banyak nak guna untuk pengajian. Nak bawa anak-anak jejalan memang tak sempat dan sangat limited. Terdapat dua kolam mandi-manda disediakan.
Anak-anak u all boleh mandi-manda semahunya. Bukan anak-anak boleh mandi, mak ayah pun boleh juga tau. Terbuka kepada sesiapa sahaja pengunjung. Anak-anak saya dari malam lagi dah booking nak mandi. Tak cerah lagi mereka dah berendam kat kolam. Yang kecik tu pun sama naik ngan kakaknya.
Sampai biru-biru bibir dek kesejukan tetap maintai nak main.... Aduihhh... pening mak dia. Kalau malam harus mak dia join sama tu.... kekekeke....
Taman Herba dan Buahan
Apa yang istimewanya di KTH Homestay & Cottage adalah taman herba dan buahan pelbagai buahan tempatan dan juga oversea ada di sini.... Uhhh oversea???? hehehehe...... memang tak di nafikan di Perlis ni memang terkenal dengan buah anggur dapat di lihat di KTH Homestay & Cottage buah anggur dengan lebih jelas lagi... Fuhh.... memang menggoncang jiwa nak saja memetiknya dirasa. Namun, buah ni belum ranum untuk dipetik.... hehehe.... melepas la....
Buahan lain yang boleh didapati di KTH Homestay & Cottage seperti buah betik, buah tin, siap ada pokok tin tau... Tak perlu nak p Mekah, kat KTH Homestay & Cottage pun ada.... buah jambu batu, limau nipis dan sebagainya. Sayuran yang segar juga boleh didapati di KTH Homestay & Cottage seperti sawi....
Tengok la Sis Hawa siap bergambar di taman herba tu, cantik sangat..... hehehe.... kat sini anda boleh kenali pelbagai pokok-pokok herba yang jarang dijumpai dibandar. Maklum la kalau kat rumah saya rumah taman sangat limited dengan tanah xleh nak bercucuk-tanam. Allahmdulillah, dengan adanya pelbagai tumbuhan ini saya dapat mengajar anak-anak saya pelbagai jenis pokok yang jarang ditemui.
Ada lak ayam belanda, agaknya anak-anak saya kali pertama tengok ayam belanda ni.... hehehe
Kemudahan Dalam Homestay
Habis citer pasal luar rumah, kita citer lak dalam homestay. Memandang saya duk homestay 3 bilik. Pelbagai kemudahan yang disediakan, memang terasa snagat duk rumah kampung. Al maklum la, jarang dapat duk dan menikmati rumah kampung macam ni. Ada tangga kayu dan sebagainya.
Kelengkapan rumah seperti tv, iron, mesin basuh, peti ais, dapur memasak turut disediakan. So, mudahlah untuk memasak sendiri jika anda tinggal bebarap malam di sini.
Apa yang terpenting sangat anda jangan risau kemudahan yang tercari-cari malah anak-anak anda juga sangat memerlukannya.... Taraaaaaa.....
Wifi Zone
Dah tentu-tentu seronok kan bila dapat wifi percuma. Ye la nak buat camana ia adalah satu keperluan dah, dah masuk ranking maslow lagi.... hehehehe....
Jom masuk bilik.... hahaha... jangan salah paham lak tau.... bawa anak-anak saya ni masuk bilik dah masuk waktu tidur..... Yang hepi sangat tu la yang kecik, baby Jannah.... aduihhh... pening saya! dia duk main ketuk dinding, kesian Sis Gee n family kat bilik sebelah tu nak tidur. Dah la anak-anak saya ni jenis tidur lewat. Memang susah la saya.... Dia lagi seronok bila ketuk dinding tu berbunyi. Rumah dinding kayu kan... Perakkkkk anak saya tak pernah ketuk dinding berbunyi..... hehehehe.....
Saya dan Sis Gee tidur kat bilik atas.... KTHD ni ada dua bilik berhawa dinggin di tingkat atas. Sudah semestinya disediakan tuala mandi, sabun dan juga penghawa dingin. Allhamdulillah, syukur ada penghawa dingin ni. Baby Jannah memangbtidur ngan aircornd.
Ok.... dah kita review kat taman, luar rumah dalam rumah.... mesti u all nak tengok view kawasan rumahnya kannnnn.... yang ala-ala kampung sangat tu.... Bila masuk sini saya pun terkejut k! ye la... terkejut wahhh... besarnya kawasannya... Memang betul-betul luas. Memula ingat betul ke ni homestay?
Sebabnya macam rumah orang! rupanya memang semua homestay kat sini milik KTH Homestay & Cottage... Tu la buat saya terpegun memang sungguh ala-ala kampung.....
Dari jalan utama nak masuk homestay ni boleh silap masuk nasib la ada signboard sebab tu la besar sangat kawasannya.... Cer tengok skit Mek Yuni posing ngan anak-anaknya.... hehehe... Eh yang boy tu anak Sis Hawa....
Ok.... kita tengok la edisi mak-mak posing skit.... kekeke... bila dah nampak ada mural KTH Homestay & Cottage, hah..... memang sah betul la ni tempatnya....
Hah.... kamera saya semu muka ibu-ibu ke lain yer!.... nak buat camana banyak sangat klik-klik... nak engok mana pun tak tau..... hahaha....
Apa pun sangat berpuasa hati dengan perkhidamatn yang disediakan, sangat menagarik menguntum jiwa saya! Walaupun sekejap kami bersua muka namun tetap keakraban menggamit semangat ukwah seperti dah lama kenal. Allhamdulillah, saya seronok, bertemu mereka di tempat yang menarik terasa sangat bersyukur dianugerahkan pertemuan terindah ini.
So, apa lagi nak balik mengundi ke, nak bercuti raya nanti ke Utaqa specially ni di Perlis makan harummanis, barang murah Padang Besaq, leh la booking penginapan ala kampung mendamaikan di KTH Homestay & Cottage. Segala matlumat boleh la layari dan hubungi di talian dan laman sesawang di bawah.
FACEBOOK : KTH Homestay & Chalet, Mata Ayer, Perlis
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/kth_homestay/
TELEFON : 019 5638475
ALAMAT : KTH Homestay & Cottage, No 21,
Belakang Sekolah Kebangsaan Oran,
Kg Hutan Temin,
02500 Perlis.
auuuww sweet ! rindu nak reunion macam ni lagi. takpe, kita tgk hjung tahun ni ada rezeki lagi tak untuk kita jumpa. doakan yang trbaik untuk #bpt
ReplyDeleteAlhamdulillah...gembira anak-anak...rezeki..
ReplyDeletesuka tgk jannah..hepi dia..:)
ReplyDeletesesudah subuh mereka terjun kolam! Hahahahha!next time boleh repeat lagi!
ReplyDeleteSalam Shiela.... saya pun nak gi Perlis minggu depan. Tapi dah booking hotel...
ReplyDeleteBukan main seronok diaorang lagi lagi dpt main air kan
Saya pernah duk kat homestay Mata Ayer ni. Tapi bukan dgn family , masa tu dengan kengkawan satu sekolah.
Felda kan Shiela Mata Ayer ni...