Susu Dutch Lady Coklat Pilihan Zara Adelia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Susu Dutch Lady Coklat Pilihan Zara Adelia / Allhamdulillah. Al kisah kak ngah Zara Adelia ni anak saya yang full bf sampai 2 tahun 1 bulan. Susah saya nak cerai kan susu. Pelbagai petua saya gunakan. Bila dah ceraikan susu, dia tak minum susu dengan gelas pulak. Itu membawa masalah pada saya.



Selalu saya berikan susu kotak, tapi dia minum mesti tak habis. Bila saya request susu dutch lady sample, rupanya perisa coklat. Dia minum! tak sangka pula, bila dia minum habis. Sedap katanya. Rupanya yang ni dia minat. Sebelum ni saya duk bagi pelbagai susu dan susu kambing dia minum 2,3 teguk saja. Puas paksa nak bagi minum. 

Allhamdulillah, susu dutch lagi perisa coklat "create" 4-6 menjadi pilihannya. Susu dutch lady ni ada 4 jenis tahap yang berbeza. 4 jenis ini adalah yang paling popular. Pertama, curious 1-2 tahun, kedua explore 2-4 tahun. Ketiga, create 4-6 tahun dan learn 6 tahun ke atas. 
Apabila kanak-kanak berkembang, keupayaan mereka untuk belajar berkembang juga. Mereka terus membesar melalui tahap yang berbeza dari kecerdasan, yang pertama kali berkembang iaitu CURIOUS tentang dunia kemudian mulai meluaskan persekitaran mereka. Cuba tengok anak-anak setahun ke atas suka mengambil apa-apa barang dan selalu masukkan ke dalam mulut mereka. Mereka mahu mencuba apa sahaja yang mereka pegang. Itu adalah kerana mulut, lidah adalah sensori yang utama bagi anak-anak peringkat EXPLORE. Kecerdasan otak mereka mula berfungsi dengan cerdas apabila sensori deria rasa mereka berfungsi. Ibu-ibu jangan marah anak-anak masukkan barang-barang dalam mulut mereka. Tapi jaga-jaga takut kang tertelan juga. Mereka lebih suka mencuba sesuatu yang baharu.

Tapah CREATE adalah kerana mereka menjadi lebih kreatif dan imajinatif. Tahap ini anak-anak mula pandai berfikir dan mahu mencuba membuat sesuatu sendiri. 

Kemudian ketika mereka masuk sekolah, keutamaan mereka adalah LEARN. Buat sementara waktu, mereka semakin pintar! Tahap ini tahap kepandaian dan kebijaksanaan anak-anak diukur. Mereka mula belajar apa yang diajar dan akan memahami setiap perkara yang terjadai kenapa dan bagaimana.

Oleh itu, Pelan Dutch Lady Nutri ™ yang baru dengan 5x DHA * mampu menyediakan pemakanan yang disesuaikan untuk menyokong perkembangan ini, membolehkan anak anda menjadi yang terbaik di setiap pencapaian yang bijak. Dutch Lady Nutri ™ dengan 5x DHA * adalah pelbagai formula susu formula untuk kanak-kanak sesuai dengan pelbagai peringkat umur. Dengan harga yang ditawarkan sangat berpatutan susu Dutch Lagi menjadi pilihan ibu bapa. Senang didapati di seluruh pasaraya dan kedai runcit. 

Website : Dutch Lady



4 comments:

  1. wowww sekarang ada macam2 pilihan susu formula yaa :D

    ReplyDelete
  2. Anak ana lps cerai susu terus minum susu segar dutch lady sampai skrg. Lega xperlu susah cr susu sesuai dgn dia.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.