Agama
ANTARA DUA DARJAT
ANTARA DUA DARJAT / Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza..kenapa bayar lebih?? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago..Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik...Hotel?? Trivago..
Bagaimana pula dengan ini ?
Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha. Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta-juta jenis dosa.Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur? Taubat nasuha.
Darjat yang jarang sekali kita renungkan secara mendalam antara darjat kita di mana. Baikkah kita di sisiNya? namun, manusia yang daif mudah sangat melihat darjat orang lain berbanding menyelidik diri sendiri. Jom kita tengok apa berbezanya darjat kita.
Jom bersihkan hati.. hati bersih hidup bahagia..
1. Jgn cari salah orang...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.
2. Jangan hina orang... Allah tak pernah hina kita.
3. Jangan buka aib orang... Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.
4. Jgn perlekehkan orang...Allah hargai setiap usaha hambaNya.
5. Jangan mengata orang...Mana tau masa depan org yg kita kata itulah yang akan tolong kita dalam kesusahan.
6. Jangan sakitkan hati orang...Doa orang yang teraniaya itu makbul.
7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.
8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada... Allah boleh tarik bila-bila masa.
9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita... Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.
10. Jangan sedih dengan kekurangan kita... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.
Renung-renungkanlah & sama-sama kita muhasabah diri..
Puncanya adalah HATI..jernih hati insyaAllah jernih semuanya.Hati mempengaruhi akal..itu yang sering kalinya tersasar..hanya menilai tinggi darjat di dunia hingga lupa darjat di akhirat itu sebenarnya lebih utama.
ReplyDeleteTq share SI... deep nasihat ni...
ReplyDeletesebelum tidur selalu gak abam kie muhasabah diri...
ReplyDelete