Last Correction For My Thesis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Last Correction For My Thesis / Allhamdulillah. kelmarin (Rabu) ambil cuti hari Khamis terus ke USM discuss tesis dengan kedua-dua sv saya. Malam baru sampai Changlun. Hujan dari pagi sampai malam.... Apa pun, Allhamdulillah... mereka sangat membantu saya. Memang banyak kena buat correction last minute. Saya cuma ada betul-betul sebulan, sebab 12 Feb 2018 last day pendaftaran bagi semester 1/2018. Make sure saya kena siap dan submit tesis sebelum 12 Feb. Ya Allah... yang berlipat-lipat tu maknanya ada kesalahan la tu....

pembetuan tesis

Penat
Memang penat, tapi sangat bersyukur feedback sv sangat membantu. Kata 2nd sv saya nak susah sekarang atau nak susah lepas viva... kalau nak susah sekarang senang lepas viva, buat je betul-betul.... Subhanallah... memang ingat saya dah betul dan boleh submit. Rupanya penulisan saya yang dicadangkan oleh 1st sv tu kadang-kala tak boleh diterima style nya di school saya. Takut nanti examinar baca pun pening. Kata 1st saya, mungkin cara tu sesuai dengan review tuk metod kualitatif dan filem. Lagi pun gabung dua style dalam penulisan LR tu memang akan pening bila dibaca....

Jangan buat tebal-tebal.... Tesis saya pada mulanya memang tebal, lebih 80.000 pp. Rupanya tak boleh lebih. Takut nanti examinar pun tak mahu baca tebal-tebal.... Saya dah reduce sampai 320 page 67.000pp.... sekarang kena buat semula LR rombak semula LR saya akan jadi lagi sedikit bilangan muka surat. Tapi tak apa yang penting syaratnya 50.000 - 80.000 patah perkataan.... 

Untuk adik-adik nak buat tesis rujuk betul-betul format dan kemahuan yang ditetapkan oleh universiti. 

Pembetulan Mematangkan Penulisan 
Ya Allah.... memang sikit pun tak ada daya saya nak buat dah tesis ni... tapi bila ada saja pembetulan, ia membuatkan saya belajar dari tak tahu ke tahu.... senang cakap dari saya ni bodoh ada la ilmu Allah sampaikan dan ajarkan pada saya membuatkan saya tahu macam ni rupanya nak buat! Dan sekarang pun masih lagi pening... Ye la dalam bebarapa minggu saya kena hantar bagi sv saya baca, mana nak hantar bagi proof reading lagi.... Saya tak tahu! Sekarang ni saya berserah sahaja sebulat-bulatnya pada Yang Maha Kuasa. 

Kuatkan Semangat, Kuat Iman
Hanya ini sahaja jalannya. Saya mesti kuat tuk semua, tuk diri saya, untuk keluarga saya, untuk universiti, yang penting untuk ummah! Teringat masa kerja sebagai editor dulu. Dua hari saya flat. Tak boleh nak bangun, Itu kali pertama saya jadi macam tu. Kerja production memang stress. Lagi la kalau jauh dengan Al Qhaliq. Kaki tangan saya tak boleh nak bergerak. Hari kedua baharu saya mahu berdiri, jalan pergi klinik. Kata abang angkat saya, "Sheila kalau tak larat merangkak, datang buat kerja juga",,,,, Apa pun untuk semua ni saya kena kuat, fizikal dan mental, rohani dan jasmani! Dalam apa jua keadaan pun dengan izinNya saya tak kan mengalah. 

Allahuakhbar!






1 comment:

  1. Semoga akak diberi ketabahan dalam dugaan nie... Kalu tesis nie memang sakit sikit nak siapkannya tapi selepas tue akak akan jumpa kebahagiaan di sebaliknya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.