Percutian Percuma di Seoul, Phuket & Langkawi dengan Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Percutian Percuma di Seoul, Phuket & Langkawi dengan Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook / Allhamdulillah, sejak perkahwinan saya meniti tahun kesebelas, saya dan keluarga jarang menikmati percutian. Apa tah lagi nak berangan bercuti di luar negara. Dalam negara pun sukar.... hehehe.... Walau apapun kami tetap bersyukur dengan nikmatNya yang banyak. Kali pertama membawa anak-anak ke Kuala Lumpur empat tahun yang lepas, dengan itu atas dasar pengajian saya. Ke mana jua saya pergi adalah atas dasar pengajian saya. Allhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang diberikan. Bagi saya membawa anak kecil menaiki bas tanpa penghawa dingin turun ke satu stesen bas dan menunggu pula bas yang lain itu adalah satu nikmat. Nikmat yang tidak mampu dijual beli kerana dapat merasa mereka yang berada di bawah saya. Tidak mampu untuk saya terfikir merancang percutian menarik. Balik kampung je la percutian yang paling menarik bagi kami. Namun, itu semua bukan alasannya untuk kami tidak dapat bercuti, tetapi banyak jalan lain yang terbentang luas di bumi Allah. Seseungguhnya Allah jua sebaik-baiknya Perancang. Tidak perlu saya memikirkannya, apa yang saya tahu saya sebagai abdi Allah swt, hanya melaksanakan kerja saya sebagai hamba dan jga khalifahNya di bumi. Bila saya mula melayari laman sesawang Traveloka, ternampak akan contest Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook.

 

Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook apa tu?
Terus menguntum hati dan jiwa! Ada bunga-bunga cinta la sikit, sebab mana la tahu dapat menang percutian percuma ni. Bukan sahaja boleh menyertainya, anda pun boleh. Cuma apa yang penting harus mengikuti dan menepati syarat yang disediakan.
Kejap! Kejap!

Sebelum dengan lebih lanjut saya terangkan tentang contest ini, saya ceritakan dahulu hadiahnya. Hadiah yang sangat hebat k! Memang berpinau mata saya dan terkumit-kumit mulut saya membacanya. Hehehe

Apa hadiahnya? Sabar! Hadiah Percutiannya ialah:


Hadiah Pertama
Percutian 6 hari 5 malam di Seoul,  termasuk tiket flight dan penginapan (2 orang)

Hadiah Kedua
5 hari 4 malam di Phuket termasuk tiket flight dan penginapan (2 orang)

Hadiah Ketiga
4 hari 3 malam di Langkawi termasuk tiket flight dan penginapan (2 orang)

Hadiah untuk berkongsi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook
a) Dua (2) baucar Traveloka RM1000. Terdapat hanya dua (2) pemenang di mana setiap pemenang memenangi baucer Travel (1) RM 1000 Traveloka.

Yuhuuu… sangat hebatkan… tak ada lagi edisi sedih saya….. hehehe… sekarang dah masuk edisi senyum…..

Manakala bagi syarat-syaratnya pula,
Contest ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Bagi adik-adik 18 tahun ke bawah (Januari 2018), harus memohon kebenaran ibu bapa terlebih dahulu kerana contest ini menggunakan akaun facebook. Facebook anda pula harus setkan kepada umum untuk dikongdikan nanti.

Antara syarat-syarat lain adalah:
  • Mematuhi syarat dan terma yang ditetapkan.
  • Mesti ikuti Facebook Fan Page Traveloka Malaysia. Ini adalah kerana bagi anda tidak tercicir daripada matlumat yang disalurkan.
  • Yang menariknya anda MESTI bermain mini game CNY 2018 Contest
  •  Isi maklumat anda selengkapnya pastikan semua matlumat di isi.
  • Anda mesti pastikan mendapat markah yang tingg dengan permainan Cabaran Traveloka Fly & Win
  • bagi melayakkan anda dipilih sebagai pemenang.
  • Pemenang akan dipilih secara random.
  • Kegagalan anda mematuhi syarat yang telah ditetapkan akan membatalkan penyertaan, Oleh itu, harus berhati-hati.
  • Kemudian anda mesti kongsikan contest ini di facebook anda.

Tempoh Peraduan akan dijalankan dari jam 00:00 dari 22 Jan 2018 hingga 23:59 PM, 28hb Feb 2018. Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan jika dianggap perlu tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.

Arahan Permainan
Memulakan permainan.

Klik anak panah untuk bermula.
Sentuh skrin sekali lagi untuk membolehkan burung anda terbang dan memulakan permainan.

Hati-hati bila anda terbang di tengah-tengah skrin aka nada halangan seperti bangunan, laying-layang dan sebagainya. Setiap halangan and mesti mengelak. Jika Nampak angpau anda kena terbang ke arahnya bagi mendapatkan markah yang tinggi. Anda boleh mengulangi permainan ini selagi anda berpuas hati dengan markah.

  • Akhir sekali kongkikan markah and di facebook dengan menekan SHARE.
  • Apa pun bila dah berpuas hati dengan markah anda, anda boleh kongsikan! Namun, harus diingat hanya lima kali sahaj dibenarkan berkongsi markah tersebut.
  • Hanya tiga perserta utama yang memiliki markah yang tertinggi akan dipilih.
  • Kegagalan anda untuk mematuhi perkara di atas akan mengakibatkan kehilangan kelayakan sebagai peserta dan tidak layak untuk memenangi hadiah.
  • Hati-hati ye!


Pengumuman Pemenang
  • Pemenang Cabaran Traveloka Fly & Win CNY akan diumumkan di laman Facebook rasmi Traveloka. Pemenang akan dihubungi menerusi alamat e-mel yang sah yang dikemukakan oleh mereka semasa menyertai Cabaran Traveloka Fly & Win CNY.
  • Pemenang mesti memberikan butir-butir peribadi mereka melalui e-mel untuk pengesahan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh hubungan oleh Penganjur, gagal hadiah-hadiah akan dilucutkan dan tiada tuntutan selanjutnya akan dilayan. "Hari bekerja" akan bererti mana-mana hari selain hari Sabtu, Ahad atau cuti umum di Selangor.
  • Setelah pengesahan dan dibuat, pengumuman kedua yang mengesahkan pemenang akan diposkan di halaman rasmi Facebook Traveloka. Pengumuman ini akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pengesahan yang berjaya mengenai butiran pemenang.
  • Semua peserta yang berumur di bawah 18 tahun (sehingga Januari 2018) disifatkan telah mendapat persetujuan ibu bapa atau penjagaan yang diperlukan.
  • Penganjur hendaklah berusaha untuk menghubungi para pemenang melalui e-mel secara usaha terbaik dengan maksimum dua (2) percubaan.
  • Pemenuhan hadiah boleh mengambil masa 4-8 minggu selepas berakhirnya Tempoh Peraduan (28 Februari 2018).
  • Semua maklumat peribadi yang disediakan oleh peserta akan dikawal oleh Dasar Privasi Penganjur di https://www.traveloka.com/en-my/privacypolicy. Peserta Peraduan ini dianggap telah membaca, memahami dan menerima syarat-syarat Dasar Privasi.

Wow! Sangat menarikkan contest Cabaran Traveloka Fly & Win CNY. Ada can tak agaknya saya akan menang atau pun anda yang akan menang. Apa pun jom cepat! Cepat! Cepat! Kita join Cabaran Traveloka Fly & Win CNY.



19 comments:

  1. mimin pun join . sbb tak susah nak join. game dia pun best. good luck ehh collect angpoww

    ReplyDelete
  2. Nak cuba nasib gak biarpun bkn gamer tegar.

    ReplyDelete
  3. menarik sgt...da try td, tapi tak berjaya lg nk control flite tuu

    ReplyDelete
  4. Good luck in the contest! Nak dapat percutian percuma juga la!

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya..kena join contest ni sebab hadiah berbaloi2

    ReplyDelete
  6. Goodluck peserta contest ni syok hadiah tu kan kak sheila 😍

    ReplyDelete
  7. I nak join jugaklah. Mana tau rezeki, kan? All the best to all of us!

    ReplyDelete
  8. Looks like a good contest to join. Will try my luck eventhough I am not good in playing games.

    ReplyDelete
  9. Oh yeah. Rawlins nak join gak sebab memng perlukan sangat percutian nie - lemau dah rasanya sebab lama tak melancong. Hehe. Boleh bawa parents kalau ada rezeki.

    ReplyDelete
  10. dpt menang penginapan percuma syok kn...lama tk jenguk traveloka

    ReplyDelete
  11. That is such an interesting contest to join and good luck to all the participants. wishing you all the best.

    ReplyDelete
  12. abe kie pun join gak...harap2 menang la...

    ReplyDelete
  13. I want Korea... Haha. Now looking on how to join this contest.

    Racheal

    ReplyDelete

Powered by Blogger.