Masak Lemak Bayam vs Ayam Goreng Bawang Putih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Masak Lemak Bayam vs Ayam Goreng Bawang Putih / Allhamdulillah.... dua menu sayang yang cepat dimasak sedap dimakan oleh anak-anak masak lemak bayam dan ayam goreng bawang putih. Dah masak main campak, apa yang ada je. Saya jarang penuhkan peti ais sebab tak sempat nak masak lagi pun kami cuma makan apa yang ada. Jarang sekali nak demand nak makan itu dan ini. hehehe.... maklum la, hidup yang mudah Allah bagi kami. Syukur seadanya. Seronok. sebab dapat merasa semuanya. 

Berbalik pada masak lemak bayam ni, sangat senang. Saya cuma guna bayam dan taugeh sahaja. Beli santan RM2, tapi kat tempat saya ni santan RM2 sikit sahaja. Hanya dapat ngam-ngam semangkuk sahaja. Kalau nak satu periuk kecil kena beli RM3. Kat sini santan sekilo RM12 berbanding kat tempat saya Kota Bharu RM9/10 depend pada tempat. 


Bahan 
Bayam
Taugeh
Bawang merah kecil 2 ulas,
Bawang putih seulas, (saya guna 2 ulas)
Sejemput lada hitam
Santan
Air
Garam 
Gula

Caranya
1. Tumbuk sejemput lada hitam sampai hancur, dan masukkan bawang merah dan putih tumbuk sekali.
2. Panaskan air secukupnya dalam periuk masukkan santan, masukkan bahan yang ditumbuk. Kacau hingga gelegak dan terus kacau.
3. Masukkan bayam dan taugeh serta garam gula. 
4. Siap


Manakala ayam goreng bawang putih ni, memang kesukaan anak-anak dan en husband. Ayam dipotong kecil, lumur dengan kunyit dan garam, saya letak sikit gula goreng hingga garing masukkan bawang putih... Saya guna banyak banyak putih sebab bila dah masak bawang putih yang habis dulu... huhu... semua duk ratah bawang putih... Kenapa saya masuk gula? resepi en husband sebenarnya, memang dah ada ore Kelate la makan manis. Nak gak suh rasa manis skit kat ayam goreng. Bila saya masak ayam goreng kat kampung, mak saya rasa seketul. Pastu dia ambil lagi seketu. Kata dalam hatinya, "saya ni buh gula ke , rasa manis" hehehe tapi sedap sedap pah seketu-seketul.... hahaha.... tapi yang gambar kat atas ni saya tak masukkan gula tau! Kalau masukkan gula warnanya sedikit kehitaman..... Masak versi ore Kelate lagu ni la..... huhu..... 

Allhamdulillah..... nak tahu camana ayam dan masak lemak bayam boleh la cuba. 


8 comments:

  1. Boleh cuba ni kak ayam goreng bawang putih...selalu yang PC buat tempe goreng bawang putih...terima kasih kak kongsi menu...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Simple dan sedap. Pasti anak2 sy pun suka ni

    ReplyDelete
  3. mmg suka sangat masakan mcm ni.. simple dan menyelerakan :D

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak sheila.. Baru semalam duk terfikir rasa nak makan sayur bayam je.. Heee

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.