Aku Seorang Blogger 2017

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Aku Seorang Blogger 2017 / Allhamdulillah.... baru nak declare "aku seorang blogger"... mula kenal dunia blog dah lama sejak tahun 2007, zaman sebelum saya aktif facebook lagi... masa ni 2007 saya mula masuk kerja. Kerja lak bidang media! bila dah ada facebook kurang sikit blogging... adakala on off blogging, sampai skang pun masih on off.... banyak tukar domain kerana mencari identiti... dan 2011 last tukar domain blogspot dan mula guna domain sendiri kalau tak silap 2014. Walaupun on off memang teruskan juga blogging ni sebab tahun 2008 saya pernah mengajar subjek asas interaktif kalau tak silap namanya. Dalam silibus subjek tu ada tentang blog. Dari situ juga saya belajar sedikit demi sedikit dengan blog. Walaupun, sahabat seangkatan dah ke bulan, namun saya masih jua merangkak di tepian.... 



Rezeki Keluarga
Tahun 2017, menampakkan sinarnya.... bila bebarapa jenama mulakan kolaborasi. Allhamdulillah... sangat bersyukur, kerana duit hasil blogging itu dapat saya berikan kepada mak, ayah, bayar hutang... hehehe.... hutang??? of course hamba yang dhaif seperti saya tak lepas dari berhutang, mencari sesuap nasi tuk keluarga.... hehehe.... Namun, nikmat Allah tak boleh disangkal.... Walaupun on off saya dalam dunia blog ni..... tapi masa terluang dan masa stress akan menapakkan saya mencoretkan rasa di sini. 


Zalora
Satu nama besar dan juga Noelofar Hijab juga merupakan satu produk tempatan yang telah berjaya di persada antrabangsa. Tak pernah saya merasa memakai tudungnya. Namun, dengan blogging rezeki Allah yang banyak itu membuatkan saya memanjatkan rasa syukur. Kalau tak, memang tak merasa nak pakai NH. Rupanya jalan ini yang Dia pandukan untuk saya merasa nikmatNya.


Itupun dah rasa bersyukur sangat dah.... Sahabat saya kat luar blogger-blogger hebat apatah lagi la kan... Allah itu Yang Maha SegalaNya... Rezeki milikNya, Dia tahu siapa yang Dia nak bagikan.... Sebagai hambaNya yang dhaif, apa lagi yang mahu disangkal nikmatNya. Sikit ke banyak, ada ke tiada mesti kena bersyukur. Tiada di dunia, insyaaAllah ada di akhirat kelak. 

Keterbatasan Blogging
Kelmarin, ada ada bersembang dengan sahabat, tentang tesis saya belum submit. Kenapa lambat nak submit? saya masih menunggu feedback penyelia saya! dengan kekuatan Allah yang susunkan saya bertanya pada penyelia saya dan baca ke tesis saya? Allhamdulillah dia reply. Dia kata tak faham bab dua saya. Saya bagitahu sahabat! Bab 2 boleh diperbetul selepas viva kata sahat. Itu mungkin kecil sahaja. Tapi bagi saya itu memang besar. Kalau diikutkan cara penulisan tesis di USM dengan critical approach. Baru sekejap sv saya msg mahu jumpa discuss esok 100118. Banyak nak dibincangkan katanya..... Allahu.... (Doakan saya shabat! semoga dipermudahkan esok). Kata saya pada sahabat, itu memang bahagian saya! Sahabat-sahabat buat tesis senang dan nak lulus pun senang. Saya pula susah dan pelbagai ujian yang harus saya tempuhi. Itu dah bahagian saya, Allah nak uji saya ni.... saya terima apa jua..... dek pengajian ini juga membataskan masa saya dengan blogging. Mungkin saya tengok situasi ini susah tapi bagi Allah ini semua sekecil ujian pada saya. 

Blogging
Masuk kerja saya kenal blog, dengan kerja saya belajar blog, namun sebab satu alasan "pengajian/ menyambung pengajian/ mengaji/ nak habiskan mengaji" membataskan segalanya. Azam saya sejak tahun 2012 bila mendaftarkan diri sebagai pelajar nak habiskan pengajian. 2018 masuk tahun ke 6 pengajian saya! Doakan saya habis belajar, saya blogging kerana belajar juga. Tak mampu nak dipisahkan. 

Blogging dan Beekerja
Seorang blogger, pekerja pada masa yang sama dan juga pelajar sepenuh masa juga. Saya gembira, kerana kerja saya kena tahu blog dan kerana belajar saya perlukan blog. 2017 merupakan era perubahan pengajaran dan tugasan pelajar. Melalui zaman digital yang pantas memerlukan daya kretif dan inovatif. Hasil perbincangan dengan senior kerja saya, membina wesbite adalah tugasan yang mesti pelajar lakukan bagi salah subjek dalm penyiaran digital. Tanggungjawab diperturunkan kepada saya bila mengajar kelak. 

Allhamdulillah, terima kasi Awa, Gee dan keluaraga team #bloggerpantaitimur #tbp terima saya yang tak seberapa ni sebagai ahli. 2017, baru rasa feel seorang blogger skit,,, kekeke..... yang penting dapat banyak ilmu blogging dengan sahabat, pengalaman sahabat, job dan macam-macam. Semoga 2018 #bloggerpantaitimur melangkah maju. Maaf keterbatasan bersosial media. 

Harapan
Semoga ini bukan sekadar hobi! dan saya maju berjaya dalam apa jua yang diceburi, blogging dan sebagainya dari kaca mata Allah swt.... sesungguhnya kaca mata saya yang dhaif banyak terhijab. Review, advertorial, kalobrasi jangan segan silu hubungi saya Sheila Adziz di talian 016.638.1343. Emeil: ceciliawoqhz@gmail.com

Allhamdulillah..... #akuseorangblogger #sheilaadziz #sheilainspiredotcom


4 comments:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.