Pertandingan Instagram Merdeka 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’Tuan/Puan,


HEBAHAN PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO & VIDEO) ANJURAN JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA), KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA



Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto & Video). Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat menyambut Hari Kebangsaan 2017 kepada rakyat Malaysia. Pertandingan ini bermula pada 16 April 2017 dan tamat pada 16 Ogos 2017.

3.         Pertandingan Instagram Merdeka 2017 ini merupakan program tahunan JASA sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017. Terdapat tiga (3) kategori yang akan dipertandingkat iaitu :
               
  1. Kategori Umum
  2. Kategori Mahasiswa
  3. Katefori Sekolah Menengah

Setiap idea kreatif yang dipaparkan perlulah menggunakan tema #negarakumalaysia dan menunjukkan semangat patriotik kepada negara.

4.      Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Kaedah penyertaan ialah setiap peserta mestilah mempunyai akaun Instagram dan menggunakan akaun tersebut untuk menghantar gambar atau rakaman video dengan menampilkan idea-idea kreatif berbentuk patrotisma mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

5.   Sehubungan itu, pihak JASA memohon jasa baik pihak YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’Tuan/Puan untuk membuat hebahan kepada pegawai, kakitangan dan ahli parti serta pelajar keseluruhannya untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Bersama surat ini disertakan risalah pertandingan untuk edaran.

6.   Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai yang bertugas, Encik Muhamad Nazar bin Minhat (012-683 9079).

Sekian, terima kasih.






3 comments:

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED