DILARANG SOMBONG


kakak Amani yang buat baju tuk mama katanya....

Saya termenung sejenak, befikir, memikir dan terfikir dengan kenyataan di bawah.... Kenapa?
Tepuk dada tanya iman..... kerana saya yakin kita semua mendukung 6 rukun iman, 5 rukun islam dan 1 ihsan....

*DILARANG SOMBONG*

*Lahir* : ditolong oleh *Orang lain*

*Nama* : diberi oleh *Orang lain*

*Pendidikan* : didapat dari *Orang lain*

*Gaji* : diterima dari *Orang lain*

*Keuntungan* : hasil pembelian oleh *Orang Lain*

*Kehormatan*: diberikan oleh *Orang lain*

*Mandi pertama*: dilakukan oleh *Orang lain*.

*Mandi terakhir*: dilakukan oleh *Orang lain*

*Harta setelah meninggal*: menjadi hak *Orang lain*

*Pengebumian* : dilakukan oleh *Orang lain*

Ternyata sejak lahir hingga meninggal kita selalu memerlukan *Orang Lain*.

Kita patut sedar bahawa hidup ini memerlukan orang lain...
*DI MANAKAH KEHEBATAN KITA?*
Ternyata, kita bukanlah sesiapa tanpa *"ORANG LAIN"*

Bersahabatlah dengan semua orang kerana kita memerlukan bantuan mereka di masa hadapan.

*Assalamualaikum Semua*

6 comments:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.