Majukan Bisnes Dengan Program Live Session Datuk Wira Azizan Osman
Richworks kerap buat live dekat facebook, selalu kalau online mesti nampak Richworks pun live. Usaha Richworks nak bantu usahawan secara virtual sangat jelas sejak dahulu lagi.
Richworks komited buat kelas online, seminar percuma, live update, live sharing dan macam-macam lagi aktiviti. Pasti ramai yang dah kenal siapa Richworks.
Richworks adalah sebuah syarikat multinasional yang pakar sebagai penganjur seminar keusahawanan terbesar Asia Tenggara. Richworks International pakar dalam dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, perakaunan, percukaian, pematuhan, jualan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.
Sumbangan RichWorks Kepada Usahawan
Bukan sahaja bantu usahawan, tapi seluruh Malaysia pun RichWorks telah berjasa. Richworks membantu peniaga kecil dengan memberikan program percuma sehinggalah memberi bimbingan kepada usahawan diluar sana tak kira tahap bisnes apapun.
Dengan pelbagai program yang dianjurkan Richworks, terdapat beberapa tahap bisnes yang diasingkan bagi memudahkan Richworks bantu para usahawan. Mengejutkan, sudah lebih dari ratusan usahawan telah berjaya capai jumlah jutaan ringgit dalam jualan mereka.
Apabila Malaysia dikejutkan dengan pelbagai bencana dan musibah, Richworks tampil bantu dengan adanya program Richwell bantu.
Siapa Di Sebalik RichWorks International?
Seorang pengasas hebat kisahnya sejak 2008 lagi berkecimpung dalam bidang pemasaran, Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah insan penting di dalam Richworks International Sdn Bhd.
Beliau telah membimbing usahawan Richworks bukan sekadar kelas teori, tetapi terus membimbing secara dekat lagi. Jika anda lihat kisah Sabella, Hasnuri, antara jenama hebat hari ini, semuanya bermula dari bimbingan Dr Azizan Osman.
Baru-baru ini, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membuat sedikit perkongsian. Sememangnya apa yang dikongsikan ini sangat penting buat semua yang bergelar usahawan.
Petikan Perkongsian Datuk Wira Azizan Osman
“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?
Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”
Sebagai seorang rakyat Malaysia, memang dilihat harga barang makin hari makin naik. Dari segi usahawan pula, agak sukar untuk berniaga sekarang sebab orang awam juga sudah mula berkira-kira untuk keluarkan duit. Maklumlah, sejak pkp dahulu, ramai yang sudah mula kurang pendapatan.
Program Live Session Datuk Wira Azizan Osman
Dengan pelbagai masalah usahawan hadapi kini, Datuk Wira dan Richworks memberikan inisiatif sesi live bersama usahawan.
Program Live Session Datuk Wira Azizan Osman ini bakal diadakan pada Februari 2022 ini. Semua usahawan, bakal usahawan dan sesiapa sahaja dijemput sertai. Datuk Wira akan berkongsikan berkaitan cabaran kritikal usahawan pada tahun 2022.
Sertai Telegram Sesi Live Program ini pada Ahad ini, Jam 8 Pagi. Klik sini untuk mendaftar:
Program Live Session Datuk Wira Azizan Osman
No comments