Aku Yang Habat: Engkau Siapa?

Aku Yang Hebat: Engkau Siapa? / Tolong jangan lupa aku? Allah kata buat apa pun, tolong jangan lupakan aku! kerana engkau sedikit pun tiada daya, melainkan apa yang engkau buat adalah tiada sedikit pun daya mu kerana ia semua adalah daya Ku. Tiada makna sedikit pun kamu yang hebat kerana Aku yang hebat! namun, kamu selalu menyatakan akulah yang hebat, aku yang buat itu, aku yang buat ini., aku lah yang rajin sebab itu aku mampu berjaya. Makan, engkau telah tersasar kerana telah mengambil daya aku!


Hakikat 

Hakikatnya, semua yang ada didalam diri mu adalah Aku yang kurniakan. Setiap apa yang diberi kejayaan kepada mu, Aku yang sebenarnya memberikannya. Malah akal dan fikiran mu pun Aku yang memberi daya berfikir dan kebijaksanaan.


Muqlisin

Hidup dalam Muqlisin - bukan aku yang memebri hanya engkau lah Ya Rahman Yang Maha Memberi. Lupa untuk menyatakan bahawa setiap pemberian makhluk dan daya diri, hebat diri, adalah semuanya adalah daya Mu Ya Rahman. Maka, keegoan dalam diri ini disebab kan kita selalu menyatakan "aku lah yang buat", "aku lah yang tahu", "aku lah yang bijak", "aku lah yang pandai", "aku lah yang merancang", dan..... semua dikatakan "ini aku, itu aku,,,, semua nya aku.....". Walhal sedikit pun tiada daya aku! itu yang pasti.

Aku Yang Tewas

Dalam hidup saya, ada sahabat pernah menyatakan "saya tak pernah gagal dalam hidup". Saya diam dan terkedu! kerana dalam hidup saya sejak kecil sehingga kini, saya sentiasa dikelilingi dengan kegagalan. Saya tak pernah tahu apa itu kejayaan semasa di sekolah rendah, tidak pernah naik pentas untuk menerima apa-apa hadiah. Dan saya tidak pernah tahu bagaimana nak sertai pertandingan nasyid dan apa-apa acara sukan, pidato, sajak jauh sekali sewaktu di sekolah rendah. Seingat saya, saya hanya tahu berlari pantas je... itu pun tak pernah wakil sekolah... kekeke... Walhal saya selalu bertanya di dalam diri macam mana kawan-kawan saya boleh masuk pertandingan itu dan ini dan wakil sekolah? Bila dah faham, baru saya tahu cikgu akan pilih murid yang pandai dan berkebolehan sahaja. Nampak sangat diri ku tidak berkebolehan, cikgu tak nampak pun bakat ku. Masa darjah 1, 2 saya sedaya upaya tunjuk bakat menari tapi determinate awal-awal lagi... kekeke... kesiannnn.... Masa sekolah menengah pun sama! saya minat sangat sukan, dek perasaan malu menebal dan dikelilingi kawan-kawan tak minat sukan susah la saya nk tunjukkan bakat. Menebal rasa malunya. Masa tingkatan 6, bila ada circle yang baharu baru lah dapat join wakil sekolah dalam acara sukan tu pun tukang bancuh air jerrrrr.... haduiiihhhh kesian sungguh nasib ku! Itu lah aku di alam persekolahan. 

Masa di universiti lak, saya ni memang minat shooting sebab tu la saya pilih untuk ambil kursus tu. Saya banyak tolong kawan-kawan siapkan assignment mereka, tolong mereka shooting tapi bila masa saya, kawan-kawan buat diam jer....  bak kata mak saya, saya ni lurus bendul! tapi itu la perangai saya yang lurus bendul ni la buat saya capai PhD berbanding kawan-kawan saya yang hebat semasa di sekolah rendah dan menengah! Allahu.... Mungkin juga sebab Allah kesian kat saya! sedihhhh.... apa pun itu adalah aturan hidup saya! Allah dah tentukan hidup saya macam mana. 

Hidup saya amat sukar untuk menggapai sebuah kejayaan

Untuk menggapai sebuah kejayaan dan dikelilingi dengan kegagalan, saya sudah biasa. Saya gembira dikelilingi dengan orang yang berjaya, saya dapat merasa perasaan mereka yang berjaya. Hebatnya mereka! Dan saya tahu hebat itu Hebat Allah Yang Maha Bijaksana.

Allhamdulillah Untuk Sebuah Kegagalan

Saya selalu berkata dalam hati, yang kegagalan ini sangat indah dirasai, kerana tak semua dapat merasakan kegagalan. Saya sentiasa gagal! Saya bersyukur saya dapat rasa pelbagai macam kegagalan. Saya rasa indah pun ada. O.... itu cuma gagal, saya akan terus berusaha. kerana saya tiada daya melainkan daya Allah.

Tidak Terkejut Dengan Kegagalan

Seperti saya katakan sejak kecil lagi saya sudah biasa dengan kegagalan. Kegagalan sahabat saya setia saya. Saya tidak terkejut dengan kegagalan, malah saya boleh senyum dan melambaikan tangan kepada semua orang. Allhamdulillah. Saya tak berjaya dalam viva tesis saya. Saya terpakasa reviva! Dan untuk kali kedua baharu saya berjaya.

Kegagalan-kegagalan saya membuatkan saya kebal! membuatkan saya percaya kepada Qadak dan Qadar Allah. Kenyakinan pada ketentuan Allah. Saya berharap, kegagalan-kegagalan akan menjadikan saya terus berjaya. Allah bagi saya gagal untuk saya kuat. Saya tiada daya untuk semuanya kecuali dengan izin allah swt. 

Allah Ya Rahman

Saya yakin Allah itu Maha Pengasih. Allah sentiasa di samping saya. Saya tak perlu makhluk yang merendahkan saya. Saya ada Allah Ya Rahman. Saya tahu Dia sangat sayangkan saya. Cuma, saya selalu lupakanNya. Setiap nafas ini saya harus akui Allah Yang Maha Mendegupkan jantung saya. Sebuah kegagalan itu sungguh indah... kerana Allah memberi peluang untuk sentiasa muhasabah diri...

Terima kasih.

Allhamdulillah.

Apa yang anda buat jika gagal?





6 comments:

  1. Bila gagal...PC muhasabah diri...itu amaran dari DIA.Selalu PC doa..dalam apa pun keadaan minta tetapkan iman dan hati PC semua kerana DIA...untuk DIA..kalau susah jangan bersangka buruk padaNya...kalau sedikit kemudahan jangan sampai melupakanNya.

    ReplyDelete
  2. Zumal juga sering berdepan kegagalan tapi tetap terus mencuba untuk keluar sampai sekarang. Apa pun semoga dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  3. Hmm cuba lagi walaupun frust yang amat hehe

    ReplyDelete
  4. Hidup kita nie memang penuh dengan ujian kan. Ujian tanda Allah sayang..

    ReplyDelete
  5. Gagal itu perkara biasa..

    gagal dan terus gagal tetapi mensyukuri setiap kegagalan adalah kejayaan yang.. luar biasa

    jadi nikmati kegagalan 1000 kali sebelum menikmati kejayaan yang kekal abadi..

    in shaa Allah

    ReplyDelete
  6. Allah tu Maha Baik. Kita je yang sering salah sangka atas ujian yang diturunkan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.