بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Solat Sunat Tasbih Yang Jarang Kita Lakukan Rupanya Banyak Fadhilatnya / Allahu, saya pun dah lama tak buat solat sunat tasbih ni. Dalam bulan Ramadhan je buat! Semoga ia mengingatkan saya jua dalam apa keadaan susah dan senang kita dapat kita meluangkan masa untuk melakukan solat sunat tasbih ni. Jom baca entry lepas ini.
Allhamdulillah, Ramadhan baru ni baru saya berpeluang menghadirkan diri untuk solat sunat tasbih.... Susah nak meloloskan diri dari ofis, so kali ni dengan izin Allah, dan Allah Yang Maha Menyusun saya meloloskan diri juga untuk menghadirkan diri untuk solat sunat tasbih ni...Seingat saya last saya buat solat sunat tasbih ni semasa di banku sekolah dahulu. Dah dewasa matang tran tang tang langsung dah tak buat... Allahu, apa pun sebenarnya prasangka susah nak kerjakan solat sunat tasbih ni salah tau kerana ia cukup mudah! Apa punjom kita selidik dulu apa itu solat sunat tasbih....
Apa Itu Solat Sunat Tasbih
Solat sunat ini dipanggil Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali
dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh
tiap-tiap malam, andai kata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya
sekali dalam seumur hidup.
Fadhilat Solat Sunat Tasbih
1. Dapat membuka pintu kempunan diatas segala dosa dari awal hingga akhir hidup kita.
2. Diampunkan dosa besar mahu pun kecil.
3. Diampunkan dosa yang sengaja dibuat mahupun tidak sengaja dilakukan.
Cara Melaksanakan Solat Sunat Tasbih:
.Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya
Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku
berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika
kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal
hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang
disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang
terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah
(yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah
itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah
Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan
tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan
membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu
sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun
dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan
membaca 10 kali jugaKemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan
membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali,
maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap
jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak
mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
Sebenarnya senang sahaja nak buat solat sunat tasbih ni! Setiap rakat 75 kali tasbih seperti mana penerangan di atas. Tak perlu risau kalau tak cukup tasbis anda boleh lebihkan tasbih pada rekaat yang lain. Sesungguhnya Allah Ya Hasib Dia Yang Maha Menghitung... Kita tak ada daya nak hitung dan bertasbih ni...
Mungkin ada yang menganggap lama, tak larat berdiri lama... tapi saya yakin itu prasangka awal kita. InsyaaAllah kalau dah buat sekali solat sunat tasbih ni, anda akan rasa nak buat selalu.... Bila kita dah kusyuk dengan memuji memuja Allah kita tak akan rasa penat, nak nak pada bulan yang penuh keberkatan ini, kita takkan rasa lama dan penat.
1. Niat
“Sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala”
3. Bilangan tasbih pada setiap rakaat ialah 75 tasbih;
Firman Allah SWT dalam Surah al- Ahzaab ayat 35:
Bertasbih dapat menyucikan jiwa kita dari penyakit hati seperti perasaan dengki, sedih dan selalu rasa kekosongan. Sekiranya jiwa kita diisi dengan kalimah yang indah seperti tasbih insyaAllah kita akan sentiasa merasa tenang dan damai.
Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT yang diciptakan dengan penuh kasih sayang rugilah sekiranya masa yang dipinjamkan Allah SWT tidak dimanfaatkan sebaiknya. Sedangkan seluruh alam bertasbih kepada Allah SWT, apa lagi alasan yang ingin kita berikan.
Mungkin solat sunat tasbih tidak begitu didendangkan seperti solat sunat dhuha atau solat sunat yang lain, namun sebagai seorang khalifah di bumi Allah tidak salah andai kita praktiskan di dalam rutin harian hidup kita.
Semoga anda dapat bertasbih memuji memuja Allah dan saya doakan muslimin dan muslimat para pembaca blog ini mendapat syurga dan dibebaskan dari azab neraka... Aminnn...
Mungkin ada yang menganggap lama, tak larat berdiri lama... tapi saya yakin itu prasangka awal kita. InsyaaAllah kalau dah buat sekali solat sunat tasbih ni, anda akan rasa nak buat selalu.... Bila kita dah kusyuk dengan memuji memuja Allah kita tak akan rasa penat, nak nak pada bulan yang penuh keberkatan ini, kita takkan rasa lama dan penat.
Cara Solat Sunat Tasbih
1. Niat
“Sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala”
- Membaca doa iftitah , surah al-Fatihah dan diikuti dengan surah-surah yang bersesuaian antara yang dicadangkan adalah; al-Takathur, Al-Asr, Al-Kafirun dan Al-Ikhlas.
- Seusai membaca surah bacalah tasbih seperti di atas sebanyak 15 kali
- Kemudian ruku’ dan selepas bacaan ruku’, bertasbihlah sebanyak 10 kali
- Sesudah membaca bacaan I’tidal , tasbih dibaca sebanyak 10 kali
- Ketika selesai membaca bacaan sujud, teruskan dengan bertasbih 10 kali
- Ketika duduk diantara dua sujud, selepas membaca doa duduk diantara dua sujud, bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
- Selepas bacaan sujud kedua,bacalah tasbih sebanyak 10 kali
- Sebelum bangun untuk teruskan rakaat kedua, duduk sebentar dan bertasbihlah sebanyak 10 kali.<
- Akhiri dengan doa tasbih.
3. Bilangan tasbih pada setiap rakaat ialah 75 tasbih;
- Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
- Rukuk – 10 kali tasbih
- Iktidal – 10 kali tasbih
- Sujud pertama – 10 kali tasbih
- Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
- Sujud kedua – 10 kali tasbih
- Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
Kelebihan Bertasbih
Bertasbih atau memuji Allah SWT merupakan satu zikir yang mudah dibaca namun amat tinggi nilai ganjaran pahala yang dikurniakan oleh Allah SWT.Firman Allah SWT dalam Surah al- Ahzaab ayat 35:
“Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
Bertasbih dapat menyucikan jiwa kita dari penyakit hati seperti perasaan dengki, sedih dan selalu rasa kekosongan. Sekiranya jiwa kita diisi dengan kalimah yang indah seperti tasbih insyaAllah kita akan sentiasa merasa tenang dan damai.
Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT yang diciptakan dengan penuh kasih sayang rugilah sekiranya masa yang dipinjamkan Allah SWT tidak dimanfaatkan sebaiknya. Sedangkan seluruh alam bertasbih kepada Allah SWT, apa lagi alasan yang ingin kita berikan.
Mungkin solat sunat tasbih tidak begitu didendangkan seperti solat sunat dhuha atau solat sunat yang lain, namun sebagai seorang khalifah di bumi Allah tidak salah andai kita praktiskan di dalam rutin harian hidup kita.
Semoga anda dapat bertasbih memuji memuja Allah dan saya doakan muslimin dan muslimat para pembaca blog ini mendapat syurga dan dibebaskan dari azab neraka... Aminnn...
4 Comments
terima kasih atas perkongsiannya..
ReplyDeleteAamiin.. Aamiin.. doa dan perkongsian yang baik...
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteslmt bramal 😊
perkongsian yang bagus..
ReplyDelete