Product Review
Ye Ke Teka Rasa Baharu Pringles Dapat Wang Tunai RM20k?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ye Ke Teka Rasa Baharu Pringles Dapat Wang Tunai RM20k? | Allhamdulillah. Musim covid19 melanda, semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Yang Maha MElindung dan Maha Memilihara. Ramai juga terkesan dek tak dapat bekerja, seperti juga saya dan suami terpaksa duk diam kat rumah.
So, kat sini saya ada info baharu, walaupun terpaksa berdiam kat rumah, mana tau rezeki anda kan rezeki dari Allah swt, koranf boleh cuba mneneka perisa misteri pringles, inssyaaAllah kalau rezeki korang akan dapat RM20 ribu tunai!
Ermmm... sangat menarik dak? Harus la menarik. Apa lagi time duk diam kat rumah sambil layan Nur Jannah, dia la yang rasa dulu, tak sabar bertul. "mama nak, mama nak".... bila Nur Jannah rasa harus la dia tak tahu apa, so kami sekeluarga pakat rasa sambil teka dan cari apa klu tersebut.
Tentang Pringles
Sejujurnya saya sejak kecil lagi makan pringles ni. Tapi masa tu seingat saya ada perisa klasik, chicken, tomato. Pringles ni kerepek yang tidak berminyak dan rangup. Ia dikenali di serata dunia. Pringles ni di cipta untuk memberi kenikmatan rasa dan keseronokan kepada semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan ia sesuai dalam apa pun keadaan anda lapar mahu pun tidak boleh sahaja dinikmati di mana sahaja.
Istimewa Pringles di Malaysia
Yang sangat membutakan saya tertarik kepada Pringles kali ni sebab buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!
Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!
Yummmy... sedap ada rasa bolognese, rasa cheeese pun ada, rasa klasik pun ada... Wahhh... senang cakap kali ni rasanya cama Western skit.
Kalau korang nak tahu camana nak buat tu? camana nak join Teka Rasa Misteri Pringle Baharu ni, senang saja. Boleh ikut syarat kat bawah:
1. BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
2. Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
3. Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!
Yang menariknya korang kena selalu check it out kat facebook pringles Malaysia, kerana mereka akan berikan klu di situ. Uhh... apa lagi kan lebih mudah nak jawab soalan tu....
So, korang apa lagi kerahkan ketua keluarga keluar dapatkan stok harian dan pesan ye "abang jangan lupa belikan 2 pax pringles untuk ayang"... hehehe... mana la tahu kan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu,,, dek kekangan masalah melanda dunia ni, rezeki turun dari langit... InsyaaAllah, semoga berjaya korang dan cepat-cepat join sebelum tamat!
Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari
Website:
Facebook:
Instagram:
sedapnya pringles krup2
ReplyDeletetak cuba tak tahukan kak..mana tau rezeki..aamiin.
ReplyDeletenak jugakkkk
ReplyDeletewahhh menarik ni :)
ReplyDelete