Personal
Bila Saya Diberhentikan Kerja, Apa Saya Buat?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Bila Saya Diberhentikan Kerja, Apa Saya Buat?
Allhamdulillah, pejam celik dah masuk bulan tiga, ini
bermakna dah tiga bulan saya tidak bekerja. Apa plan saya?
Memulakan Perniagaan
Secara peribadi, dengan menggunakan wang yang ada saya
membuat modal perniagaan pisang goring pada bulan disember yang lalu. Namun,
bukan mudah untuk berniaga. Hampir tiga minggu saya dan suami berbiaga dari
tengahari pukul 11 sehingga 6.30 atau 7 malam, hasil jualan cuma antara RM10 ke
RM18 sahaja. Kami hanya mampu kumpulkan modal sahaja. Bak kata orang hanya
‘balik modal’ gaji tak ada lagi. hehehe.... Modal sudah habis. Nak berniaga benda habaru
tak taka da duit. Memang dah kosong. Hehehe…. Tak apa, sebab ada mereka yang berniaga 3 tahun, masih tak ada gaji, cuma balik modal sahaja. Apa pun susah sekali pun saya dan suami tetap tabah.
Modal
Melihat keadaan kami, mak memberi modal dengan RM200, dia
suruh kami berniaga ayam goreng. Apapun, suami saya bahagikan dua modal
tersebut separuh untuk ayam goreng dan separuh untuk chicken chop dan
meatball…. Namun, perniagaan ayam goreng hanya sempat bertahan seminggu sahaja,
sebab tak ada sambutan. Dan, pada petang hari selepas asar suami saya mula
berniaga chicken chop dan meatball… tiga hari berniaga, syukur dapat kami
membeli susu Jannah. Dan, perniagaan tersebut berterusan sehingga sekarang
walaupun ada hari-hari tak ada pelanggang. Buat masa ni, paling banyak kami
dapat hasil jualan RM30 semalaman. Namun, sekarang perniagaan chicken chop, tidak
banyak pelanggan secara overall hasil RM10 ke RM20 sahaja. Itu pun dah banyak
tu! Kalau tak, hanya buka saha tanpa pembeli. Mungkin sekali dua orang rasa
lama-kelamaan dah jemu. Tak ada pelanggang baharu yang datang. Pelanggan yang
ada terdiri daripada ahli keluarga dan anak-anak remaja kawan-kawan sepupu saya
sahaja.
Kesabaran Penguat
Saya ditugaskan untuk buat sos black pepper di rumah. Dan
suami berniaga pada malam hari. Saya jarang keluar berniaga di waktu malam
kerana suami saya tak benarkan, sebab tempat suami saya berniaga ramai anak
muda laki datang lepak.
Rencah Kehidupan Berbeza
Jika dahulu tiap bulan ada gaji, kini dah tiga bulan tanpa
gaji. Ada adik yang menolong kami. Nak luahkan pada mak saya rasa berat sangat,
dan tak mungkin terluah kerana saya tahu dia faham. Saya tak nak
menyusahkannya. Kami sekeluarga menumpang di rumah mak ayah saya pun cukup
bersyukur dah. Saya suka simpan hati sebab segan sangat pada mak ayah. Begitu
juga suami saya pun segan. Dia ketua keluarga tak mampu nak bagi makan minum.
Hasil berniaga hanya mampu buat modal semula, bagi duit sekolah anak dan beli
susu Jannah setiap minggu.
Cari Keja Lain
Setiap kali ada kerja kosong mana-mana pasaraya, pasar
borong wakaf che yeh, suami cari kerja namun, sampai sekarang masih belum ada
rezeki. Kat depan kedai ada iklan kerja kosong tapi bila pergi minta kerja, tak
ada yang kosong.
Cleaner
Saya teringin nak jadi cleaner, tapi jawatan cleaner pun
susah nak dapat. Penuh! Tak ada kosong! Ye la sedar diri umur dah 40 ni, jadi
cleaner la. Sambil cuci mencuci boleh zikir cuci hati sekali yang berkarat 40
tahun ni. Ye dak. Kekeke…. Saya tak minta pun nak kerja hebat! Dan saya tak jijik pun kerja cleaner. Malah
saya suka. Memang itu la kerja yang ada dalam fikiran saya.
Tak Kisah Kerja Apa
Sebenarnya memang tak kisah kerja apa, janji kerja dan boleh
dapat duit ja. Itu lah rezeki belum datang. Baharu tahu betapa susahnya nak
dapatkan kerja sekarang ni. Ye la, kena berhenti kerja secara mengejut la juga.
Notis tak sampai sebulan sedangkan kerja penuh selama sebulan tu dan sibuk
sangat memang tak ada masa nak back up p cari kerja. Sekarang ni, yang hilang
kerja mengganggur dah tiga bulan pun belum dapat apa-apa kerja lagi. Kang dah kena pergi AKPK. Dengan muka tak malu terpaksa la pinjam duit dengan kawan nak
bayar dengan saranan AKPK.
Nasib Belajar
Kini dah masuk bulan ke5 pembtulan tesis masih disemak. Dah
kali kedua hantar bulan lepas. Dah tiga minggu menunggu jawapan, namun masih
ada rezeki lagi. Kedua-dua sv saya mungkin sangat sibuk dan belum atau sedang
semak pembetulan kedua saya. Walaupun saya lulus minor correction, cuma disemak
oleh penyelia tidak examiner tapi diberi masa 9 bulan masa. Erm,,, saya sedar
tempoh panjang pembetulan itu untuk sv saya take time dengan kekangan kerja
mereka yang banyak. Saya tahu semua ni kehendak Allah, Dia Ya Muqaddim,
Muakhir, dia Yang Maha Memulakan dan sudah tentulah Dia jua Yang Mengakhirkan
pengajian saya ni…. Lambat mahupun cepat! semuanya Allah Ya Baarik, Yang Maha Menyusun.
tak dan siap logo berniaga pun latop kong |
Latop Rosak
Rezeki Allahkan, latop rosak motherboard pula. Keadaan
50-50. Tak pasti kalau baiki boleh ok ke tak. Dah sebulan tersadai kat kedai,
tak bagi kata putus lagi untuk baiki ke tak, sebab ketidakcukupan wang untuk
membaikinya. Nak beli yang baharu, jauh sekali. Atas ehsan sepupu, meminjamkan
latopnya untuk saya guna. Ya Allah Ya Rahman Ya Karim. Hanya Allah sahaja yang
mapu membalas jasa mereka dan doa-doa orang sekeliling kami yang sentiasa
mendoakan kami.
Kena Tuntuan RM303.+++.00
Terima notis tututan pengajian dalam masa sebulan kena buat
bayaran RM303k. “Kalau aku kaya…….” Dah kena berhenti kerja, dapat pula
tuntutan bayaran pengajian RM303k selama 4 tahun UUM menyara pengajian saya
yang belum habis ini. Correction!!! “Saya bukan tak habis belajar, saya belum
habis belajar”, dan saya tidak habis belajar dalam tempoh 4 tahun. Dan saya sudah pun lulus PhD cuma pending pada sv sahaja untuk saya
submit to senat university….. Rayuan penangguhan bayaran tidak diterima, dah
saya terpaksa bayar secara ansuran bulanan bermula April, sedangkan saya tak ada apa-apa
sumber pendapatan. Bukan itu sahaja, saya perlu mati setem RM300k tu sama
dengan RM1500, kerana setiap RM100k kos mati setem RM500 (tak pasti juga sebab kos mati setem ikut negeri)…. Mana aku nak cekau
duit. Barang kemas anak-anak pun dah habis licin. Barang kemas aku? Seurat je
ada itu pun dah bertahun gadai belum ambil…. Huhu… dah nak kena lelong pun ada…. Kalau
tak buat bayaran saya akan diisytiharkan bankrap! Nampak macam kejam sangat ni. Kalau AKPK pun boleh timbang rasa buat pengguhan 6 bulan dengan bank,
takkan la ia sampai tahap ni kejam???
Tak Kisah
Dah jadi macam ni, saya dah tak kisah la barang kemas
anak-anak nak kena lelong! Memang mudah la saya cakap sebab saya tak pernah
beli sendiri barang kemas. Itu semua atas belas mak ayah saya yang berikan
kepada anak-anak…. Seumur hidup saya setelah berkahwin saya masih belum mampu
nak beli barang kemas sendiri walaupun sebentuk cincin belah rotan. Tapi takkan
saya nak menyusahkan mak ayah saya lagi nak tebus barang kemas tersebut. Saya
tahu mereka pun tak ada duit cukup untuk makan minum sahaja. Kesian mereka! Ya
Allah berikan mereka rezeki yang cukup, syurga firdaus Mu tanpa hisab dan
kesihatan yang baik!
Public Inspired
Kelmarin, kak ngah Zara Adelia dipilih oleh pihak sekolah sebagai calon untuk menerima wang zakat daripada sebuah NGO. Saya dan suami, dan Jannah ke Sekolah Menengah Kota untuk mejlis tersebut. Dalam ucapan penaung Kota Care NGO yang terdiri daripada alumni SMK Kota, beliau cerita tentang sebuat keluarga yang suami isteri menjaja dengan motosikal, tapi anak-anak 3 orang dapat 6A. Allahuakahbar, dengan gaji menjaja je pun dapat mampu menanggung keluarga anak ramai dan anak pula berjaya. Itulah dinamakan keberkatan sebuah keluarga. Apa yang mereka buat? Tiap hari waktu maghrib bawa anak-anak g solat di masjid. erm.... itulah keberkatan sebenar. Cinta Allah, insyaaAllah dunia akan cukup!
Geram dan Sedih
Kalau fikir negative memang la geram dan sedih sangat dengan
university, dah la kena berhenti kerja sebab habis PhD lambat. Dalam masa 2
bulan ni dah diberi notis pembayaran semula pengajian tanpa saya masih ada
kerja, kami ni berniaga suam-suam kuku jer. Ada hari ada pelanggang ada hari
tak ada pelanggang. Huhuhu… Disuruh cari dua orang penjamin dan kos mati setem
yang tinggi, sedangkan mereka sebelum saya yang telah 2, 3 tahun diberhentikan
kerja masih lagi belum buat bayaran balik. Sedih, nak kena pusing kepala otak
ni supaya think positive sahaja.
Sedih
Geram dan sedih juga pabila, dikatakan suka tidur, "hidup ni untuk cari duit" bukan tidur. Erm.... saya personali bila balik kampung orang akan nampak saya kuat tidur sebab tak tahu nak buat apa. Padahal memang berpeluh tiap hari susah weih bila dah bergelar suri rumah sepenuh masa. Kena masak, masak dan masak. Bukan masak saja, ada sahaja benda yang nak dibuat. Sehari, ada masa yang 4 kali saya masak. Bila ada masa luang sikit saya akan lelap juga. Sebab bila check tekanan darah bawah saya rendah. Doktor kata saya tak cukup tidur dan kurang minum air putih. Memang salah satu sebab saya akui saya kurang tidur, kepala saya selalu pening. Waktu malam kalau dah terjaga, Jannah menangis, dia susah nak tidur, dengan saya sekali tak tidur lena,,, kelip kelip dah subuh. Dan... bila anak-anak dah mula ke sekolah, saya akan cuba lelap juga untuk melegakan kepala.
Positive Thinking
- Allah akan bagi dugaan untuk menaikkan darjat kita!
- Allah sayangkan kita!
- Allah ada, dan bergantunglah sepenuhnya kepadaNya bukan kepada makhluk.
- Rezeki di mana sahaja!
- Cepat atau lambat ia datang juga untuk keperluan bukan untuk kemahuan!
Tabah
Saya pun tak percaya saya setabah ini! Dulu saya selalu
fikir macamana saya kalau diberhentikan kerja! Macamana saya dan keluarga nak
hidup! Dah tiga bulan berlalu, saya tak percaya saya sekuat ini. Allah Maha
Besar. Saya tak mampu tinggal di Kedah tanpa pendapatan. Sebab itu saya dan
keluarga kembali ke kampong. Walaupun diselubungi dengan pelbagai dugaan saya
pun tak percaya saya mampu tersenyum tenang.
Kenang Nasib
Umur dah 40 tahun, belum ada apa. Tak baik saya fikir
macam ni. Saya cuma tak ada
1.
kerja,
2.
tak ada wang poket,
3.
tak ada pendapatan,
4.
barang kemas,
5.
bank menjalankan tugas kutip hutang setiap masa,
6.
dalam akaun pun licin (RM20 jer)
7.
wallet pun kosong, just syiling ada….
Hehehe…
Tapi,,,, umur 40:
1.
Saya ada kesihatan,
2.
saya ada anak-anak yang sihat,
3.
saya ada suami yang penyayang,
4.
saya ada keluarga yang baik dan support,
5.
saya ada keluarga yang membantu dan mendoakan,
6.
saya ada kawan-kawan yang perihatin,
7.
saya ada silaturahim yang baharu,
8.
saya ada cikgu anak-anak yang baik,
9.
saya ada kawan-kawan golf baharu, hehehe…
10.
saya ada jiran yang menyokong!
Allahuakhbar apa yang saya ada lebih banyak daripada yang tak
ada itu cuma dunia yang fatamorgana. Yang paling utama saya ada ALLAH YANG MAHA
PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.
·
Kerana Dia saya tak gelisah,
·
kerana Dia saya tabah,
·
kerana Dia saya mampu tersenyum,
·
Kerana Dia saya sangat psoitif,
·
kerana dia saya sabar,
·
kerana Dia saya tak kisah apa nak jadi,
·
kerana Dia saya tak fikir banyak,
·
kerana Dia saya kuat,
·
kerana Dia saya selalu bersyukur,
·
kerana Dia saya tegar
·
kerana Dia saya mampu rasa dekat denganNya
·
kerana Dia saya kenal diri
NikmatNya Rasa Kasih Sayang Allah tak terhingga pada kita…. Ya
Allah, tengok betapa banyak Dia bagi kita! Apa lagi yang dimahukan.
Golf
Ada kawan-kawan golf Baharu! Hehehe…. Bukan setakat kat UUM
je boleh kakak main golf kat Kota Bharu pun boleh main golf. Bagi saya kat KB
lagi syok…. Ye la “sek kito”, “sek tino” ramai main golf di KB nih…. Yak,,,
kecek Kelate doh! Hehehe… kalu kat UUM payoh la nak jupo sek tino main golf, KB
ramai weih… jange pande sebelah mato “ore Kelate sesok sekin”….. Giler,
syokkkk… walaupun kami tak ada duit, tapi Allah hadirkan kegembiraan, sponsor
kakak main golf dan sebagainya. Ya Allah terima kasih semua! Pihak sekolah yang
sangat menyokong. Kalau kat Kedah semua kami kena support sendiri tapi kat KB
sekolah yang support. Sesungguhnya Allah Yang Maha Pemurah, Allah jualah Yang Maha
Memberi Rezeki.
Rezeki Silaturahim
Rezeki Allah hadirkan dengan menyambung silaturahim.
Allahuakhbar, hebatnya Dia! Saya kenal cikgu-cikgu! Cikgu kecik, cikgu besar
semua ada… Seronok. Kalau masa kerja kat UUM, saya tak pernah pergi PIBG
sekolah dari kakak darjah 1 sampai la darjah 5, sebab asyik terlupa sahaja….
Tapi kat kampong masuk keluar sekolah macam dah rutin jumpa cikgu. Apa-apa
aktiviti pun kami pergi. Saya tak segan silu cakap la yang betul, saya kena
berhenti kerja sebab lambat habis PhD.
Eh… panjang lebar dah ni… ok la, nanti kito citer lain la….
Korang jaga diri. Akak harap korang setia membaca blog akak yang suam kuning
kuku ni dan sentiasa dimurahkan rezeki. Yang peting semoga korang sihat sokmo
k…
Luv korang…
Allhamdulillah!
semoga diberi kekuatan dan rezeki yg baik.
ReplyDeletesabar lah sheila..cik nor pun sama macam sheila..dah nak mask setahn kna berhnti kerja..hutang bertimnun lagi..moga Allah murahkan rezeki kita ..aamiin
ReplyDeletePC rasa kak Sheila boleh buka kelas tambahan dengan ilmu yang akak ada.InshaAllah akak boleh..setiap yang terjadi ada hikmahnya cuma terkadang Allah lewatkan sebab nak tengok sabarnya kita,redhanya kita dan tawakkalnya kita.
ReplyDeleteSemoga segala ujian dan dugaan hidup ni dapat kita tempuhi dengan sabar dan lebih kuat. Semoga akan ada manisnya nanti. Aamiinn
ReplyDeletemay Allah ease everything for all of us. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
ReplyDelete