Solat Sunat Syukur Yang Jarang Dilaksanakan Ketika Susah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Solat Sunat Syukur Yang Jarang Dilaksanakan Ketika Susah | Allhamdulillah..... Saya jarang juga buat solat sunat syukur. Kalau buat mesti masa saya pergi jalan tempat yang tak pernah saya pergi dan sampai ke tempat tersebut saya akan buat. Dan ada juga kalau saya dapat apa-apa yang bermakna dalam hidup saya! 

Dan.... hari ini saya buat solat sunat syukur bila saya dah dapat surat pemberhentian kerja! Allhamdulillah. Dah dari tahun lepas sebenarnya saya dapat surat pemberhentian kerja tapi Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang kan.... baru akhir tahun ni saya terima surat "pemberhentian kerja"....




Sebab?
1. Sebabnya saya dah lebih masa tempoh pengajian dari tahun lepas.... Sepatutnya saya kena habiskan pengajian saya tahun lepas. Dek tahun lepas saya reviva dan pembetulan yang saya buat pun lama mengambil masa setahun tempohnya.... Baru je 11 Oktober 2019 lepas saya reviva semula dan baru lulus....

2. Sebab universiti dah tak mampu nak bayar gaji! Kritikal sangat dah bab duit ni. Nak tak nak terpaksa diberhentikan tempoh perkhidmatan saya! 

Walaupun saya dah lulus PhD tapi saya belum terima surat daripada senat universiti saya yang menyatakan saya dah lulus..... Dan sekarang saya menunggu feedback pembetulan reviva saya daripada kedua-dua supervisor saya. Dan universiti tak boleh nak tunggu tempoh tersebut. TErpaksa diberhentikan tempoh perkhidmatan saya dahulu, walaupun sebulan ke dua bulan ke atau 6 bulan ke tetap universiti tak mampu nak bayar gaji....

Bila dah dapat surat senat daripada universiti yang saya mengaji tu baharu saya kena lapor diri semula dan isi borang semula.... Tak apa la.... nak rasa sedih pun tak da rasa sebab dari tahun lepas lagi dah train emosi apa-apa kemungkinan akan berlaku.

So, solat sunat syukur adalah terbaik untuk saya! Allhamdulillah walaupun sukar nampaknya! Dan saya serta suami tak ada income, saya syukur kerana ia salah satu langkah untuk dekat dengan Allah.... setiap apa yang Allah izinkan berlaku pada kita ada rahmatNya.....


Kata adik tadi yang sama-sama terima surat termination dengan saya! "kak, oo kak Aselawati, ikut la apa depa nak cakap janji kenyang".... hehehe.... baru saya perasan dia tegur saya habis satu bekas saya makan mee kari yang disediakan oleh pendaftar pada kami... hehehe.... a...aaaa..... orang lain, tak lalu nak makan! kata pendaftar lak "ala tak lalu nak makan tapi perut lapar"..... hehehe... kami duk gelak ngan pendaftar.... "aku tau sangat perangai hangpa"..... aduihhh.... mana nak stress, pendaftar sporting! walaupun kena terminate masih kami duk gelak bagai..... kalau orang lain kena diberhentikan kerja harus la sedih bagai! sampaikan pendaftar kata "hangpa tak mau balik ke, adaa meeting kejap lagi kat bilik ni"..... "kami duk tanya soklan dan gelak bagai sampai tak mau nak balik" walaupun 9 orang kami di telah terima surat pemberhentian kerja!

Nak Risau?
Serius cakap risau juga! sebab saya sahaja yang bekerjakan.... suami pun kalau ada kerja part time orang panggil baru ada rezeki, kalau tak jaga anak saya Nur Jannah la suami saya!


Tapi saya syukur, kalau tak jadi semua ni kita mungkin susah nak buat solat sunat syukur! Biasanya kalau solat sunat syukur ni orang buat ketika dapat senang saja, macam saya dulu.... Dan tak tahu la nape tadi saya tergerak nak buat solat sunat syukur! terus buat saya rasa lapang sangat.

Senang ja nak buat solat sunat syukur ni!

Caranya:
1. Niat (Usholli Sunnatash shuri rak'ataini lillahita'ala)
Sahaja aku solat sunat syukur dua rakaat, kerana Allah taala.
2. Takhbirratul Ihram
3. Rakaat pertama baca (Al-Fatihah, Surah Al- Kafirun)
4. Rakaat kedua  baca (Al-Fatihah dan Al-Ikhlas)
5. Sujud terakhir baca doa dan zikir
6. Doa memanjat kesyukuran



Sebenarnya saya lebih selesa buat solat sunat syukur dua rakaat. Lagi tenang! Nak tahu kenapa. Sebab Allah dah bagi bermacam kat kita, sekali sekali sukar je dia dia bagi, itu lah nak uji kita ni betul-betul bersyukur ke tidak....

Wokey all... luv you.... selamat melaksanakan solat sunat syukur dalam apa jua keadaan yang menimpa pun.... Sebab semua itu adalah kasih sayang Allah....

InsyaaAllah..... Allhamdulillah

6 comments:

  1. Insha allah,ada tu rezeki lain yang menanti. Dont give up :)
    Fiver banyak peluang kerja..boleh grab kat situ.

    ReplyDelete
  2. Incredible points. Sound arguments. Keep up the amazing
    spirit.

    ReplyDelete
  3. Saya tak pernah terfikir dalam kesusahan pun kita perlu bersyukur. terima kasih atas perkongsian dan peringatan ni. Saya doakan semoga akak sekeluarga mendapat rezeki yang lebih baik selepas ni. In sha Allah Amin. #BW

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.Terima kasih kak perkongsian dan ingatan ini.

    ReplyDelete
  5. takpa sis insyaallah ada rezeki lain yang menanti..suka aura positif sis..semoga dipermudahkan semuanya..terima kasih perkongsian ni

    ReplyDelete
  6. we really need this in our daily life and bukan setakat time susah je.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.