Black Volcano Pizza: Indah Khabar Dari Rupa?


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Black Volcano Pizza: Indah Khabar Dari Rupa? | Allhamdulillah, hujung minggu baru ni sempat kami merasa Black Volcano Pizza. Dah lama sangat rasanya tak makan pizza hut ni. Rasanya sejak Nur Jannah dilahirkan ini kali pertama.... huhu.... Allhamdulillah. 


Kami order set! boleh tukar satu pizza dengan volcano kemudian tambah RM9.90. So, apa yang kami ambil 1 regular Black Volcano Pizza, 1 large Hawaian Pizza, minuman 4, sup cendawan 4, 4 tangy wings dan vanila aiskrim 4. Allhamdulillah... kakak, kak ngah, adik leh la merasa Volcano Pizza... asyik duk tengok iklan jer....

Tapi, ermmmm sedap ke?



Ni ngangis pasal apa? ntah la! makan cepat... hehehe..... baca doa dulu! Bagi saya biasa sahaja tapi rasa lain dari biasa la.... Selama ni duk makan yang putih-putih saja, kali ni black volcano memang saya suka persembahannya sesuai sangat dengan hidangan black volcano... Rasa boleh tahan la, rasa black papppppper..... Yang biasa sahaja tu sebab, dia nipis...

Saya duk ingat tebal macam pizza yang selalu duk makan! So korang patut cuba tau Black Volcano Pizza ni.... 


Hawaian Pizza ni memang tak leh miss la, ambil apa flavor lain pun yang ni tetap di hati juga.... So, pizza ni makan kenyang sampai malam.... tak habis pun makan! Siap tapau bawa balik...


Satu je yang kurang memuaskan hati tangy wings ni, sebab dia frozen kan... kat dalam isinya dah hitam dah berbau skit.... erm.... itu yang membantutkan selera skit!



Seronok kakak, kak ngah dan adik dapat makan pizza. Dah bertahun lamanya kami tak makan....  Ini pun sebab kami semua baru nak sembuh demam semuanya.... ada sikit batuk lagi kena lak ngn pizza, syukur dapat la memberi keseleraan skit pada tekak ni....



Black Volcano yang habis dulu! Walaupun hitam tapi menawan.... Overall saya bagi 6 bintang pada Black Volcano Pizza ni....


Black volcano tu macam larva tau..... itu salah satu kelainannya juga! Rasa boleh tahan la. Buah cherry terlebih masak lak. Apa pun kami enjoy dengan Black Volcano Pizza... korang nak tempah online boleh la ke laman sesawang.... Nikmati lah Black Volcano Pizza sekarang!




8 comments:

  1. anak2 dok ajak makan juga la ni. penangan iklan kan. tapi entah bila nak rembat masa free time cuti, huhu

    ReplyDelete
  2. x try lagi black volcano ingat hitam sangat rotinya.. nampak kat iklan hitam legamm hii.. kalo masuk chicken wings ni,, entah lah kadang2 dapat yang berbau tu x berapa suka.

    ReplyDelete
  3. Nanti boleh try la...pizza pun antara makanan kegemaran anak dara akak

    ReplyDelete
  4. hitam menawan black volcano tu. Belum berkesempatan nak cuba lagi.

    ReplyDelete
  5. wah, baru ada niat nak try pizza volcano ni. tak sabar jadinya nak mencuba juga hehe

    ReplyDelete
  6. Tak cuba lagi..nak cuba juga tapi tak sempat lagi pizza volcano ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.