Mainan Ikonik McDonald's Muncul Kembali Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Mainan Ikonik McDonald's Muncul Kembali Sempena
Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal

Surprise Happy Meal boleh didapati di restoran McDonald’s 
seluruh negara mulai 28 November



KUALA LUMPUR, 20 November 2019 - Selama 40 tahun, Happy Meal menjadi simbol perkongsian detik-detik kegembiraan untuk keluarga di seluruh dunia. Bagi memperingati peristiwa penting ini, McDonald's Malaysia akan melancarkan edisi terhad Surprise Happy Meal, dengan menampilkan beberapa mainan Happy Meal paling popular sejak empat dekad lalu. Surprise Happy Meal boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November ini, selagi stok masih ada. 

"Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini. Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.


Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38,000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia – dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan kegembiraan. 

Setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi dan edisi terhad berikut, yang pastinya amat dekat di hati pelanggan-pelanggan kami sejak sekian lama:  


  • Cowboy McNugget (McDonald's): 1988
  • Fireman McNugget (McDonald's): 1988
  • McNugget Carrier Mail (McDonald's): 1988
  • Hamburger Changeable (McDonald's): 1989
  • Grimace (McDonald's): 1990
  • Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald's): 1991
  • McDonald's Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
  • Hamburglar (McDonald's): 1995
  • Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
  • Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
  • Tamagotchi (Bandai): 1998
  • My Little Pony (Hasbro): 1998
  • Furby (Hasbro): 1999
  • Hello Kitty (Sanrio): 2013



"Membuka kotak Happy Meal sering menjadi detik keriangan seisi keluarga, dan ia mewujudkan satu hubungan istimewa antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Bagi kami, Happy Meal bukan sekadar menu yang kami tawarkan – ia juga membantu mewujudkan kenangan terindah atau ‘feel good moments’ di kalangan keluarga,” tambah Melati.


Merapatkan hubungan kekeluargaan merupakan sebahagian besar daripada budaya McDonald’s. Melalui Parties @ McD, McDonald's Malaysia menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur untuk mengadakan pelbagai sambutan seperti majlis hari jadi, majlis perjumpaan semula atau majlis perpisahan di restoran-restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara. Sambutan-sambutan ini merupakan peluang bagi orang ramai berkumpul untuk mencipta dan menikmati detik-detik manis bersama keluarga, sahabat dan orang tersayang.

Selain Parties @ McD, McDonald’s Malaysia juga menyediakan Meetings @ McD dimana para pelanggan boleh menggunakan restoran-restorannya sebagai tempat mengadakan mesyuarat di luar pejabat. 

Pelanggan boleh menempah restoran McDonald’s sebagai lokasi pilihan untuk parti atau mesyuarat melalui aplikasi McDonald’s, yang boleh dimuat turun di Play Store dan Apple Store, atau di laman web McDonald's Malaysia di www.mcdonalds.com.my.



3 comments:

  1. teringat mainan warga ungu tu. legend betul tu

    jom singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  2. yeay! syoknya ada happy meal. Mengimbau zaman dulu suka kumpul mainan dalam happy meal

    ReplyDelete
  3. this brings back so much memories.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.