Syawal Bukan Medan Mengumpul Dosa



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Syawal Bukan Medan Mengumpul Dosa  / Allhamdulillah, masuk musim raya bukan silaturahim sahaja menyinari kemeriahan suasana. Malah ada juga yang sempat bertanya-tanya kemerlipan kebesaran barang kemas yang dipakai di hari raya.... Kalau bab ini saya terus la menyisihkan diri, memekakkan telinga.... 

sumber google



Mengerlip Mata Jadi Bahan Bualan
Bila ada je saudara datang rumah mesti mak akan tanya berapa beli gelang tu? bukan nak dengki katanya, tapi nak tahu harga.... Hihi itu bab emas permata memang xleh nk dipisahkan...


Yang saya tak gemar bila hari raya ni, silaturahim kunjung mengunjung tu elok cantik dah, ada juga cakap bercakap tentang itu dan ini.... itu yang harus dielakkan sama. Kalau tak elak takut kita ikut sekaki huhu...

Ramdhan tidak mampu mencegah mulut kita dari berkata hal orang!
Kalau macam ni, gayanya bila lagi nak berubah. Kalau semua ibadah mulia dalam bulan Ramadhan yang kita buat tak mampu nak cegah tabiat kita? Erm...Ayuh semarakkan Syawal sepertimana Ramadhan...

Puas Bila Boleh Berkacap Hal Orang
Ada juga mereka yang sebegini, bila boleh je bercakap hal orang mereka akan rasa puas! Rasa yang terkandung dalam hati tu mula hilang walaupun apa yang dipercakapkan itu tidak melihatkan dirinya sendiri. Seratus peratus hal orang hal tidak ada kena-mengena dengan diri, tapi nak juga cakap dan mewarkan atau menyampaikan hal kepada mereka yang tak tahu.... Not good la! Ini tabiat yang mesti dusucikan... insyaaAllah kita semua orang baik tak perlu rasa puas untuk bercakap tentang orang. Peringatan untuk diri sendiri.

Simpan Hal Orang Banyak Untungnya
Belajarlah menyimpan hal orang. Ada kala hal orang yang kita perkatakan tu, tak seberapa tapi dengan nada dan kesungguhan kita memberitahu hal orang tu akan membawa makusd yang lain.... Adakala cerita yang kita dengar juga tak sama dengan situasi sebenar. Sukar untuk benteras mulut mereka yang suka bercakap hal orang ni. Hanya doa yang mampu dipanjatkan pada mereka..... Semoga dibuka jalan untuk berubah! InsyaaAllah. Aminnn.....




8 comments:

  1. sepatutnya amalan dan tingkahlaku terpuji pd bln Ramadhan boleh dibawa ke bln Syawal dan yg seterusnya...

    ReplyDelete
  2. hindarilah benda2 yang tidak baik seperti apa yang kita buat di bulan ramadan kan.

    ReplyDelete
  3. Ish...mana boleh Ramadan je tak membawang...bulan lain pun kena puasa membawang ni

    ReplyDelete
  4. i've always wish to have a very calm hari raya jauh dr semua tu.

    ReplyDelete
  5. PC pun sentiasa berjaga-jaga kak..risau terlepas juga.

    ReplyDelete
  6. betul tu kak shiela, wani rasa down nak raya sebab mulut2 puaka ni,, tu rasa terlintas jugak malas nak pi beraya huu rumah sekian2

    ReplyDelete
  7. Ini yang dikatakan kerana mulut badan binasa. Takut badan binasa di alam sana nanti. Semoga orang-orang yang bermulut jahat ni diberikan taufik dan hidayah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.