Salam Aidilfitri 2019



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam Aidilfitri 2019 / Allhamdulillah, 12 jam perjalanan dari Kota Bharu ke Changloon, selamat tiba di kala jam 1.30 pagi Isnin... Pagi ni syukur walaupun anak-anak tidur lewat mereka tidak meragam ke sekolah, dan saya masuk kerja seperti biasa... Aallhamdulillah... 

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
buat semua pembaca blog ini yang sudi singgah walaupun kita tak pernah bersua wajah,,,, saya doakan kalian dirahmati dan dilindungi di mana jua berada....



Baru Sempat Blogging
Syukur, saya dan keluarga mula pulang ke kampung pada penghujung bulan Mei... sempat berpuasa di kampung. Seronok dapat makan kuih muih Kelantan....Yang penting seronok jumpa family kecil saya mak ayah. Ini kali baru saya berpeluang balik kampung bagi tahun ni.... So, bila dah kat kampung aktiviti blogging cuti terus... sepuluh hari bercuti maka 10 hari la tak buka blog....

Untuk raya kali ni, Allhamdulillah sempat saya dan puteri-puteri saya menyediakan kuih dan kek.... Seronok la mereka walaupun duk bergaduh masing-masing nak buat.... Adik Nur Jannah pun sama naik dengan kakak-kakaknya.... hehehe.... last, mak dia ni la yang pening kepala....  

Juadah Raya: Biskut Raya!
Kalau kat rumah saya, biskut raya atau kuih raya ni makanan sampingan. Biasanya kalau hari raya kami menyediakan makanan berat seperti nasi, sate, nasi himpit, Makanan sederhana seperti sate, lemang, ketupat, laksa, bihun, mee, soto, roti jala, dan sebagainya.... Makanan sampingan dan pencuci mulut baharu la dihidangkan dengan biskut raya, kek, puding, agar-agar dan sebagainya.





Mood Raya Masih Ada
Dah empat hari bekerja, mood raya susah nak hilang, tapi kuatkan semangat untuk meneruskan kerja seperti biasa. Kat sekolah anak-anak hari ni  ada majlis raya. Sekarang biasanya kalau ada apa-apa majlis yang berkaitan dengan jamuan pihak sekolah akan minta sumbangan. Kalau kat sekolah anak saya di dalam surat makluman diberitahu minumum sumbangan sebanyak RM5, kalau nak bawa makanan lain juga dialukan. Biasalah anak-anak perempuan ni akan minta lagi dengan mak ayah nak bawa makanan. Pejam mata je la kita sebagai mak ayah tuluskan niat untuk menderma.... Bagi sekadar mampu kita jangan dianggap beban dah sebagainya.

Aidilfitri Mengeratkan Silaturahim
Apa yang paling utama Aidilfitri ini sebagai pengerat silaturahim. Dah bertahun saya tak jumpa sanak-saudara akhirnya, Allhamdulillah, syukur dapat bersua muka jua untuk kali ni. Ntah berapa tahun tak jumpa keluarga sebelah ayah ye! Ye la, kita sesama manusia ni hanya hidup sementara di bumi yang dipinjamkan sahaja. Silaturahim ni salah satu ikatan untuk kita masuk syurga... Jika terputus silaturahim itu dan putus salah satu jalan untuk kita melangkah ke syurga. Walau apa juapun sengketa, baik kita selesaikan jua di dunia ini... Hati yang bersih insyaaAllah akan membawa bahagia dan ketengangan. Allhamdulillah... syukur sangat!


Tak Puas Makan Ketupat
Untuk raya kali ni saya tak puas makan ketupat manis Kelantan.... Saya dibesarkan dengan ketupat arwah nenek yang suka buat ketupat manis berbanding ketupat lemak. Ada juga arwah buat ketupat lemak, tapi banyaknya ketupat manis. So, untuk kali ni, MIL buat ketupat lemak kena makan cicah dengan nisse (gula melaka), erhm..... sikit je la saya makan.

Ketupat ooohh Ketupat
Pagi, masa nak balik Kedah tu, saya dan Nur Jannah ke pasar borong wakaf che yeh, belikan pesanan orang... dan ada ketupat kat situ macam-macam kuih.... bila ditanya RM2 untuk 3 biji, dan ada satu tempat tu, RM0.80 sebiji.... Mahal la juga, so saya tak beli.... melepas la juga nak rasa ketupat manis Kelantan tahun ni.... nak kena belajar ni..... masa raya tu dah dapat petua resepi ketupat manis dari makcik-makcik saya! Sukatannya 1kg beras pulut, setengah kg gula dan setengah kg santan.... masalahnya nak bungkus ketupat tu la tak mahir lagi! Itu resepi arwah MIL makcik saya....

Raya Pertama
Biasa la tak tidur saya dibuatnya..... Last puasa saya, dan fmly berbuka di rumah mak mertua. Balik dari rumah mak mertua dah lewat malam hampir pukul 12.... anak-anak tidur saya, dalam pukul 2 pagi pergi ke pasar borong wakaf che yeh dengan husband, naik motor..... mampus nak naik kereta... rumah saya dekat saya, kalau masa budak-bidak jalan kaki, dah tua, tak sampai nak jalan kaki tu....

Pasar Borong Wakaf Che Yeh
Bila sampai ke pasar borong jamm tak leh jalan, penat meredah arus manusia sedangkan baru je melesuri satu lorong, terus stop pekena kue teow sup, husband saya bisalah dengan menu dia maggie sup perut,,,, tunggu punya tunggu pukul 3 baru dapat makan.... fuhhh lama..... dah la lama,,,, sikit je! haishhhh tak bersyukur aku ni... opsss! bila nak bayar... RM14 untuk sup.... dengan teh ais RM3 setiap satu, jumlah RM20..... saya terus tanya, RM7 ke semangkuk? ye katanya.... MAHAL NAK MAMPUS! husband lak tak puas hati teh ais RM3 segelas!... kalau aku beli air ablang kat depan tu baharu RM2....


Pukul 3 lebih teruskan melusi manusia yang ramai di pasar borong untuk cari kasut raya kak ngah dan Nur Jannah,, Nur Jannah dah dapat, kak ngah belum.... Semua tempat saya pusing sehinggakan beberapa kali masuk lorong sama, kat dalam kat luar tepi jalan semua pergi... Jam dah hampir 5 pagi, kata saya dan husband, tak balik kita ni kalau tak dapat cari kasut kak ngah! Next raya memang tak leh harap dah nak beli kat pasar borong ni kena siap-siap beli kata kedai kasut.... Sebab kasut yang dia nak tu tak ada kat situ, kebanyakan kasut kat situ jenis sandal dan terompah kayu, wedges... dia tak nak dia nak kasuk bertutup.... Laste tempat akhirnya dapat juga kasut bertutup tu, dengan sizenya... Dapat yang tu terus kami balik.... saya? tak beli apa... sedih sangat, tak pa la bukan rezeki saya!


Baju raya pakai la saya baju yang sedia ada cuma saya makeover skit tampal bunga! huwarghhhh tak ada baju raya! saya terdengar SIL saya cakap, kalau raya pakai la baju baharu, masa raya la nak pakai baju baru! sedih hati saya, pilu rasanya,,,, tak apa la sabar ye Sheila,,,, tak ada rezeki baju raya kali ni insyaAllah lain kali ada.... ada sepasang baju yang belum pakai tu, beli online tahun lepas tapi macam baju mengandung, so saya tak pakai! sapa nak??? size M....

Raya Pertama, tak tidur la saya. Sampai balik rumah dah 5.30 pagi. Duduk jap dah Subuh, siapkan hidangan kat rumah. Duk iron baju pun anak-anak pun saya hampir terlelap... kakak Amani ke masjid solat sunat raya dengan tok mienya... Saya siapkan hidangan kat rumah. Dah balik dari masjid pakcik, makcik saya singgah rumah makan laksa... Kali ni mak saya buat laksa Kelantan... huaargghhhhh saya belum mandi! orang dah datang beraya.... cepat2 saya siakan diri bersama kak ngah dan adik Nur Jannah.... Allhamdulillah done....

suasana 5.15 pagi 1 Syawal, pasar borong wakaf che yeh

P naik rumah makcik saya sebelah rumah makan nasi dagang, sate.... rumah kedua, rumah makcik saya kat depat tu, makan nasi dagang juga, rumah ketiga rumah pakcik saya tak sempat nak makan dah... kenyang! terus balik, sebab sepeupu-sepupu nak datang rumah saya pula.... Tunggu sepupu sebelah mak, yang tiba sepupu-sepupu sebalah ayah. Terkejut juga saya! Habis licin laksa Kelantan mak saya!

Oppo F11 Pro
Panangan handphone baharu, sepupu-sepupu lelaki saya seronok duk cuba selfie guna Oppo F11 pro... handphone tu penipu katanya, gabar jadi cantik.... Kata saya majoriti staf UUM ambil Oppo F11 pro buat raya, sampaikan saya pun dipengaruhi mereka.... opsss!!!








 kakak and tok pa

Us

My three princess

with my mom

Bagaikan Aur Dengan Tebing
Bila sepupu-sepupu sebelah mak datang makanan dah habis.... aduihhhh..... masa tu dah petang dah nak masuk Asar! mak saya lak janji suruh mereka datang malam nanti makan nasi Arab... sedangklan saya dah mula kelam-kabut, husband dah ajak ke rumah mak dia..... penat saya. Dalam perjalanan ke Pasir Mas singgah beli tembikai, buat agar-agar buat di rumah MIL untuk dihidangkan kepada makcik dan sepupu-sepupu saya yang datang malam tu... manghrib siap terus pulang rumah saya semula... Mak pula asyik call saya, cepat saya ajak husband balik. Hopefully mertua tak perasan.... huhu....

Kelam-kabut pula saya masak nasi Arab, mak saya masak lauk... Saya cakap kat sepupu-sepupu saya datang lepas isyak, kak long baru balik! Ya Allah!! Allhamdulillah..... Lepas isyak mereka datang sempat siap hidangan nasi Arab.... Kami keluarga sebelah mak sepupu macam adik beradik.... Saya cucu sulong dalam Legasi Pak Lah Mee.


Anak sepupu baharu, welcome to cucu cicik Pak Lah


Semua dah kenyang bersantai, meeting next programme..... hehehe


Nur Jannah maintain tak pakai baju



Penat sebab tak tidur semalaman!

Seronok Berkumpul
Tapi seronok bila berkumpul ramai-ramai meriah.... Ramai anak-anak sepupu yang baru lahir! Macam tu la keluarga saya sebelah mak yang dah tak ada atuk dan nenak, rumah mak saya la jadi tempat berkumpul, sebab mak saya anak sulong.... Raya kali ni adik saya dan fmlynya tak balik, adik saya kerja....

Bersambung.....










8 comments:

  1. meriah nampak raya tu, hari raya tak semestinya kena beli baju baru tapi kita pakai baju yang terbaik yang kita ada kan

    ReplyDelete
  2. Sangat-sangat letih kan kak..terkejar-kejar jadinya..

    ReplyDelete
  3. Salam Syawal kak..seronok kan semua balik beraya, meriah!

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kak raya sebulan ala kak relax pasal baju raya tu wani first raya pun pakai baju mix and match .. blouse dengan skirt kembang jerr .. :D...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.