بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Sudah DiBuka
RMHC Malaysia telah mengadakan majlis gotong royong untuk menyambut keluarga pesakit pediatrik
Bilik penginapan yang disediakan di RMHC adalah sebanyak 18 buah semuanya. Setiap bilik di lengkapi dengan katil double bed dan juga sebuah bilik air. Ia cukup selesa kepada penghuni yang menginap di sana. Ia juga dilengkapi dengan penghawa dingin dan para penghuni tidak perlu risau dengan cuaca panas kerana cukup selesa untuk menginap.
Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Sudah DiBuka
RMHC Malaysia telah mengadakan majlis gotong royong untuk menyambut keluarga pesakit pediatrik
Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald
Malaysia (RMHC Malaysia) dan McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Hospital
Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) telah mengadakan majlis gotong royong
sempena pembukaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia
bagi menyambut keluarga pesakit pediatrik yang mendapat rawatan di Hospital USM
dan hospital-hospital sekitarnya.
Allhamdulillah.... Impian dan harapan kini terbukti sudah
dan sudah tersergam indah dengan siapnya pembinaan Rumah Ronald McDonald Malaysia di
HUSM Kubang Kerian. Tahniah saya ucapkan kepada HUSM dan McDonald’s Malaysia,
saya sebagai pemerhati, pengguna malah penyebar maklumat dan juga pengamal
media turut berbangga dengan kejayaan ini. Sokongan padu saya hulurkan walaupun
jauh di Utara tak pernah lagi melihat dengan mata sendiri, namun saya berasa
begitu terharu dengan sangat gembira dengan kejayaan ini.
Bila saya mendengar khabar tentang RMHC ini pada Oktober
2018 semasa majlis pecah tanah untuk pembinaan RMH ini saya sudah terpegun dengan rancangan tersebut. Kini,
waktunya sudah tiba apabila pada 23 Jun 2019, RMHC telah
dibuka untuk keluarga pesakit pediatrik menginap di sini apabila menghantar
anak-anak mereka menjalankan rawatan di HUSM.
Rumah
Ronald McDonald atau RMHC ni Untuk Siapa?
Pembukaan Rumah Ronald
McDonald yang megah berdiri di Hospital USM menjadikannya Rumah Ronald McDonald
kedua di Malaysia, selepas yang pertama dibuka di Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 1999.
Untuk makluman RMHC ditubuhkan sebagai organisasi bukan
untuk mendapatkan keuntungan bagi memberi kemudahan dan melaksanakan empat misi
utama yang berlandaskan kepada "Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan".
Ia ditubuhkan sejak tahun 1990 bagi memberi kemudahan dan kebajikan kepada
kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.
Empat Misi dan Program:
1. Rumah Ronald McDonald
2. Bilik Sensori McDonald
3. Gift Of Smile (Sumbing
Bibir)
4. Back To School
(Program Pek Kembali Ke Sekolah)
Program-program ini ialah RHMC, Bilik Sensori
Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 28 tahun lalu,
RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan
kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM16 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan
diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di premis-premis McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat.
Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.
Dan.... sehubungan itu, kolaborasi telah dijalankan bersama
Universiti Sains Malaysia kerana USM mempunyai pusat kesihatan sendiri dari
aspek memberi rawatan kesihatan kepada pesakit. Menurut En Azmir Jaafar,
President RMHC selaku pengarah Urusan McDonald's berkata:
"Rumah
Ronald McDonald ini ditubuhkan kerana terdapat keperluannya yang amat tinggi di
HUSM yang merupakan hospital rujukan yang menerima lebih daripada 20,000
pesakit setahun. Kemudahan seperti ini penting kerana ia bukan sahaja
menyediakan kemudahan dan penginapan untuk meringankan beban keluarga pesakit,
malah ia juga sedikit sebanyak memberi keluarga ini kekuatan emosi dan sokongan
daripada keluarga-keluarga lain yang bersama-sama menemani anak mereka yang
sakit".
Kenapa HUSM?
Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Pengarah Urusan
McDonald's En Azmir Jaafar, HUSM menerima pesakit 20,000 setahun. Disebabkan
ini HUSM menjadi platform dan keperluan utama kolaborasi tersebut.
Pengenalan
Mengenai Hospital USM Kubang Kerian
Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian mula
beroperasi pada tahun 1983 yang diterajuai oleh Profesor Dr. Kamaruzaman Wan Su
sebagai pengarah pertama di HUSM. Beliau dibantu oleh dua orang timbalan dan
570 staf pelapor.
Kemudahan Yang Disediakan di RMHC
1.
Bilik Penginapan
Bilik penginapan yang disediakan di RMHC adalah sebanyak 18 buah semuanya. Setiap bilik di lengkapi dengan katil double bed dan juga sebuah bilik air. Ia cukup selesa kepada penghuni yang menginap di sana. Ia juga dilengkapi dengan penghawa dingin dan para penghuni tidak perlu risau dengan cuaca panas kerana cukup selesa untuk menginap.
Sewajarnya, para pesakit dan juga para penjaga mahukan
keselesaan untuk menginap. Adik ini diberi peluang untuk mencuba bilik
penginapan yang tersedia indah itu. Allhamdulillah, anak-anak yang sakit, boleh
menenangkan hati mereka dan juga para ibu bapa, tidak perlu risau untuk
mendapat penginapan yang baik. En Azmir juga berpuas hati dengan bilik
penginapan yang disediakan.
RHMC sangat diperlukan bagi keluarga yang jauh dari bandar
Kota Bharu khasnya HUSM bagi mendapatkan rawatan susulan. Sebagai contoh mereka
yang berada di daerah luar bandah Pasir Puteh mahupun Gua Musang atau pun Jeli
sudah tentu perlukan tempat untuk menginap kerana jarak dari rumah adalah jauh
dan mengambil
masa yang lama bagi mendapatkan satu-satu rawatan.
- Ruang Rehat
Ruang rehat yang disediakan dengan sofa dan LED TV cukup
selesa bagi para penghuni mendapatkan rehat yang bermutu. Dengan tersedianya
ruang menonton dan TV ini dapat memberi informasi terkini dan
semasa kepada para keluarga yang menginap di sini dan juga pada anak-anak yang
menjalani rawatan bagi menghilangkan rasa bosan.
- Ruang Dapur
- Ruang Makan
- Ruang Rehat Outdoor
- Ruang BBQ
- Surau
- Ruang dan Bilik Permaian Indoor
Selain itu, di RMHC ini tidak
meminggirkan keperluan hakiki anak-anak yang sakit kerana bilik untuk anak-anak
bermain juga disediakan. Ye la kan,,,
anak-anak yang sedang sakit adakala emosi mereka tidak stabil. Dengan adanya bilik
permainan ini mampu menstabilkan emosi mereka apabila bermain bersama rakan-rakan sebaya mereka.
- Taman Permainan Outdoor
- Ruang Dobi
Apa yang penting di sini juga disediakan ruang mencuci
pakaian. Ye la kan….. para penghuni adakalanya tidak membawa pakaian yang
banyak dan tidak perlu risau lagi untuk pulang dengan pakaian kotor, kerana di sini sudah
tersedia ruang mencuci pakaian. Mesin basuh dan alatan
menyidai pakaian telah disediakan dengan lengkap.
- Bilik Sensori
Adakah korang familiar dengan bilik sensori? Apa itu? Bilik
sensori ini merupakan bilik yang menyediakan peralatan multi deria khusus bagi
anak-anak yang mendapatkan rawatan. Ia telah disumbangkan kepada HUSM dengan
tujuan membantu perkembangan anak-anak istimewa.
Kelengkapan mudahan bilik sensori ini mampu memberi daya
tindak balas bagi anak-anak istimewa dengan peralatan yang disediakan seperti
lampu-lampu yang bersinar, permainan bunyi dan berwarna. Ia adalah bagi
membantu perkembangan anak-anak istimewa dengan tindakbalas cahaya serta bunyi
apabila anak-anak istimewa menggunakannya.
Dengan kerjasama semua pihak, Allahmdulillah, syukur RMHC mampu
berdiri teguh dengan sumbangan rakyat Malaysia dan semua pihak yang terlibat
menjayakan penubuhannya. Secara sedar atau pun tidak, tabung RMHC telah
diletakkan di premis McDonald’s diseluruh negara lebih 275 premis semuanya.
Dan… dari situ lah sedikit sebanyak para penderma telah memberikan sumbangan
bagi menjayakan dan membangunkan RMHC ini.
Harga Penginapan Yang Sangat Murah Dengan RM5 Semalaman
Kalau dengar sahaja RM5 semalaman tinggal di tempat seperti
resort ini, sungguh tidak sangka …. Namun, inilah penetapan harga penginapan di RMHC,
cuma RM5 semalaman. Walau apapun para penginap yang mahu menginap di sini
mestilah mereka yang cukup syarat di bawah:
- Mestilah merupakan pesakit untuk Hospital USM untuk ward pediatrik (ward lain tidak boleh)
- Si pesakit yang mendapat rawatan dari ward pediatrik itu mestilah berumur 18 tahun dan ke bawah
- Si pesakit yang menerima rawatan ini hendaklah yang datang dari luar kawasan Kota Bharu
- Setelah mendapat rawatan boleh dapatkan borang dari ward pediatrik tersebut
- Isi borang tersebut dan terus hantarkan borang tersebut ke bahagian Kebajikan Perubatan HUSM
- Pihak Kebajikan Perubatan HUSM akan menilai dan tentukan samada layak atau sebaliknya
- Jika layak maka pihak Kebajikan Perubatan HUSM akan menghubungi Rumah Ronald McDonald untuk tujuan pendaftaran
Tabung
Harapan Merah Kecil
Tabung harapan Merah Kecil ini merupakan tabung tuah dan
sangat bermakna buat pesakit. Tabung kecil yang berwarna merah ini sentiasa ada
di kaunter-kaunter premis McDonald’s. Anda akan nampaknya…. Sebagai pelanggan
McDonald’s jangan pula segam silu untuk memasukkan derma ke dalam tabung ini.
Usaha murni ada walaupun tidak seberapa namun impaknya sangat besar dengan
tertubuhnya RHMC ini. Siapa sangat sumbangan kecil yang tulus dari hati anda akan
menampakkan hasil yang besar yang sangat bermakna membantu insan anak kecil
yang istimewa.
So, jika di RHMC tabung kecil ini ditelakkan disudut kaunter
apabila anda melangkah masuk ke sana! Amalkan budaya tolong-menolong. Jika
orang lain mampu membantu kita bila kita kesusahan, sematkan dalam hati yang
murni kita jangan segan silu menghulurkan jua beberapa yang mampu di dalam
tabung harapan merah kecil itu.
Begitu
Bermakna
Usaha yang sangat bermakna walaupun kecil, dampak yang
besar, membuahkan hasil yang sungguh bernilai bak kata pepatah “tangan yang
memberi lebih baik daripada menerima”. Dan…
kini… usaha kecil itu boleh dilihat dengan program-program yang dijalankan oleh
McDonald’s di seluruh Malaysia.
Konklusi
Sebagai kesimpulannya, saya mengucapkan tahniah kepada
McDonald’s Malaysia serta HUSM dan semua pihak telah terlibat malah rakyat
Malaysia amnya secara tidak langsung yang menjayakan program ini sehingga
terhasilnya berdiri megah RHMC untuk anak-anak istimewa dan para keluarga
pesakit….. Bagi anda yang layak dengan syarat-syarat di atas mahu memohon untuk
menginap di RHMC, dan juga mahu memberi sumbangan atau bantuan sukarela
bolehlah menghubungi:
RMH di PPUKM, Kuala Lumpur,
Tel: 03-9173 5994
Anda boleh mendapatkan matlumat lanjut menerusi talian di
atas.
10 Comments
Alhamdulillah...semoga keselesaan RMHC dapat memberi kegembiraan pada anak anak dan keluarga yang menginap nanti..
ReplyDeleteMemudahkan dan meringankan kan kak macam ni..alhamdulillah sangat-sangat.
ReplyDeletetahniah mcdonald
ReplyDeletewahhh menariknya sumbangan daripada mcdonald ni. tahniah
ReplyDeleterumah bakti ni la kann., hehehe
ReplyDeleteTQ Mcdonalds... berguna utk yg perlukan
ReplyDeleteteruskan menabung di McDonald
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe two beds have their focal points and weaknesses. For instance, a full-electric bed enables the patient to make himself as agreeable as conceivable by modifying his bed with simply the snap of a catch. In any case, during a power blackout, a physically balanced bed would be increasingly attractive.
hasta yatağı
This particular is usually apparently essential and moreover outstanding truth along with for sure fair-minded and moreover admittedly useful My business is looking to find in advance designed for this specific useful stuffs… hasta yatağı
ReplyDelete