Refleksi Diri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... Allahuakbar, salam kasih sayang,....

Semalam Allah Ya Baari aturkan susunkan kaki saya melangkah ke rumah taman perumahan saya. Dah lama nak pergi dengar kuliah di surah kalau time ada kuliah. Baru semalam Allah susunkan.... Terima kasih Ya Rabb....

Dengar dengan teliti kuliah dari Dr. sampai saya menitiskan air mata dengan tajuk perjalanan ke akhirat. Walaupun kuliah tersebut banyak menceritakan kisah seorang hamba dan doanya yang dimakbulkan.... banyak menyentuh hati saya.

Dek bawa anak, kedua puteri saya banyak kali juga kena cubit adik Zara sebab mengganggu konsentrasi saya dan jemaah,,,, kesian pula saya dengannya. tapi cepat-cepat saya gosok kaki dia. Allhamdulillah, boleh juga saya solat Isyak berjemaah. Terima kasih Ya Rabb... Masa nak tidur saya peluk cium dan minta maaf pada adik Zara.... Dia meragam nak minum air, dek kalut nak pergi surau saya lupa bawa bekal air kat dia..... Ingatkan dia ok sajaha,,,, Terima kasih Ya Rabb memperingatkan saya, dengan kehausan anak saya akan saya akan lebih teliti apa yang perlu di bawa jika nak pergi kuliah agama. Lepas tu dia meragam nak balik, kuliah ambil masa juga. Semua jemaah nak dengar cerita tersebut walaupun dah menyimpang dari tajuk awal "perjalanan ke akhirat"... Namun apa yang Allah nak sampaikan semalam hati manusia yang baik, bersih, dan doa yang ikhlas juga akan membawa jalan ke syurga..... 



Besar Sungguh Nikmat Sabar
Seorang hmaba yang sabar Allah janjikan kemulian dunia dan akhirat. Dalam kuliah tersebut. Allah nak tunjukkan Dia yang Maha Kuasa, Dia Yang Maha Kaya Lagi Maha Mengkayakan, Dia Yang Maha Besar dan Dia Yang Maha Menaikkan martabat seorang hambaNya. Daripada hidup susah sebatang kara, miskin dengan berkat kesabaran dan kesungguhan tanpa mengeluh dengan ujian Allah sehinggakan nak makan sesuap nasi pun tak mampu, Allah Ya Rafi' menaikkan martabat hambaNya itu menjadi bilionnaire.... Allahurabbi.... Ya Ghoni Ya Mugni.... Dengan kesabaran dan tidak mengeluh mencemuh juga Allah datangkan nikmat dengan semudah kun faa yaa kun kepada hambaNya yang mahu membuka klinik mampun sekelip mata mendapat duit beratus ribu boleh membuka klinik. Berkat kesabarab hambaNya yang ikhlas menolong dan juga berdoa kepada Allah, Alah memakbulkan doa..... Hebatnya sabar!


Refleksi Diri
Dek refleksi diri, saya ni memang jenis tak sabar! Saya sangat kagum dengan hamba Allah yang sabar dalam menelusi hari-hari kehidupan dengan penuh dugaan tanpa sedikit mengeluh. Terima apa yang Allah takdirkan. Memang saya, kalau dengan anak-anak tak sabar! Nak marah sahaja. Allhamdulillah sekarang saya dah boleh kontrol sikit perangai yang tidak sabar dengan anak-anak itu....

Merungut dan Aura Negatif
Kelmarin, Allah Maha Menjaga dan Memelihara, saya beratur dengan barisan yang panjang untuk memasukkan duit di mesin deposit. Ada hamba Allah datang terus memintas barisan saya dan hamba Allah di hadapan saya. Orang di hadapan saya memandang ke arah saya. Lepas hamba allah sudah guna mesi tersebut saya terus cuit orang di hadapan saya mengambil kembali barisan kami. Kemudian tiba giliran saya. Cuba masukkan duit sehingga saya kali saya cuba tapi tidak berjaya, kali ketiga baru berjaya kerana saya tersilap tekan botton "tidak".... Allahurabbi..... refleksi diri saya, tadi dek terdetik tak puas hati dengan hamba Allah yang potong barisan terus Allah hukum saya dengan kelambatan..... Terima kasih Ya Allah.... Saya memang sangat terasa Allah sering kali menegur saya. Jika ada sedikit fikiran dan aura negatif dalam diri saya, Allah terus datangkan teguran.... dalam apa cara pun ada yang Allah tegur... Allahukhbar... Dia Maha Menjaga dan Memelihara supa saya jangan ada kotoran dalam hati, apa lagi riak, ujud dan mengeluh.... Kalau apa-apa yang Allah tegur saya akan refleksi diri saya. Apa silap dan salah saya? Mesti ada salah dan silap dalam hati saya! Terima kasih Ya Allah.... Tambahan pula kita orang perempuan memang suka merungut..... Memang kalau saya merungut adalah yang Allah akan tegur.... Kalau terdetik dalam hati perkara negatif pun Allah akan tegur inikan pula rungutan.... Ya Allah, hebatnya Engkau menjaga kami.... Terima kasih Ya Allah Ya Syakur..... Saya akan cepat-cepat istigfar, dan zikir hanya itu cara mudah dan senang masa itu.... Rasulullah saw, istigfar 70 kali sehari dan lebih... Kita yang banyak dosa ni memang kena setiap masa dan ketika la kan..... Jauhilah merungut. Setiap apa kesusahan yang Allah datangkan pada diri kita mesti refleksi diri dan cermin diri kita..... Dosa kita kadang-kala terhijab kita tak nampak. Cubalah bersih dan cuci hati setiap masa.... InsyaaAllah aura positif akan datang dari setiap penjuru kehidupan anda,,,,, daripada makhlukNya..... jangan ada rasa benci dan tak puas hati! kerana apa yang Allah tentukan untuk kita adalah terbaik bagiNya, kita tak nampak kalau hati kita terhijab.... Ada rahmat dan memang Allah menjanjikan rahmat yang sangat luas dengan kesabaran kita.... Ingatan untuk diri sendiri, "jangan merungut dan mengeluh kesah tau Sheila!!!"




No comments

Powered by Blogger.