Tips Kesihatan
Jangan Salah Faham Tentang Ubatan Dan Supplement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Allhamdulillah...
Allah Ya Baari susunkan saya melawat kawan yang baru lepas bersalin kelmarin. Masuk 2 hari lagi 60 hari katanya. Walau kami setaman, kali pertama saya ke rumahnya. Saya jugalah kawan paling lambat datang ziarah walaupun duk dekat saja.... kekeke....
Berpantang samapai 60 hari katanya, tak keluar rumah. Check up anak pun husband yang hantarkan tapi Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin memang jaga anaknya, kata sahabat. Husbnadnya nak pergi inject untuk sebulan tapi ada masalah salah faham kat hospital swasta membuatkan husband dan baby balik sahaja. Sekarang dah hampir dua bulan belum inject lagi.... Itu lah bila bersandar pada Allah, Allah tak izinkan baby kena masuk ubat-ubatan. Masa mengandung pun sahabat tak ambil apa-apa ubatan.
Mungkin otak kami kini memang di basuh dan di cuci hilang terus dengan minat tak tak nak akan ubat dan apa-apa supplement kesihatan. Bagi kami ubatan boleh merosakan merosakkan kerana ia ada dadah. Kesan jangka panjang pada iman orang Islam.
Ubatan dan Supplement
Allhamdulillah... 3 minggu saya mengalami batuk kerana cuaca panas, dan saya bersyukur panas ini adalah gambaran Allah tentang neraka. Tanpa apa-apa ubatan batuk saya kini beransur pulih. Bulan lepas saya demam dan juga tanpa apa-apa ubatan dan supplement saya dipulihkan oleh Yang Maha Kuasa Allah Ya Fattah Ya Salam. Saya bukan tak percaya pada supplement. logik akal saya siapa yang buat dan siapa supplier supplement tersebut? Adakah asal daripada orang Islam? Bahan-bahannya? walaupun dikatakan makanan sunnah? Allhamdulillah jika ia betul... dengan izin Allah....akan sembuh! kerana manusia tiada daya! Walaupun orang Islam sekali pun kepergantungan kita harus dan mesti kena kuat dan teguh pada Allah swt. Bukan ubat dan supplement yang boleh mengubati kita! Yakin setiap sakit yang Allah datangkan kepada kita adalah nikmat untuk cuci dosa-dosa kita! Sepertimana kisah Nabi Ayub a.s.... seorang hamba yang sangat sabar dalam ujian hidu terutama sakitnya. Numun, dia sangat yakin dengan Allah swt dan tidak gentar sedikitpun dengan hasutan iblis.
Jangan salah faham yer.... kadang-kadang kita tersalah fikir "bagus ubat ni, bagus supplement ni! ubat dan supplement ni yang huat saya sihat!" pemikiran ini kalau terlalu bergantung kepada perkara tersebut dan yakin ubata atau supplement itulah yang memulihkan sakit anda, ia boleh mendatangkan syirik Khofi... Hati-hati yer!
Imunisasi dan Vaksin
Apa pun bagi saya imunisasi bagi bayi itu tidak wajibkan... Islam tak mewajibkan. Namun, sistem perubatan yang mewajibkan kita. Harus diambil atau tudak? Atau takut untuk tidak diambil? Takut dengan sistem yang ada? atau siapa yang harus ditakutkan sebenarnya?
Nak ambil ke tak nak ambil ke janji anak-anak kita bersih dan halal daripada segala dadah yang akan merosakkan diri anak-anak kita bukan sekarang tapi akan datang akan mungkin bila remaja dan dewasa. Semoga kita semua dilidungi Allah Ya Hafiz Ya Muhamin. dan bergantung sepenuhnya 100 peratus kepada Allah Ya Somad.
Dalam enty ini saya cuma mahu membangkitkan semangat kepergantungan hidup kita hanya pada Allah Ya Somad.... Dia Yang Maha Tempat Bergantung! Walaupun apa ubatan atau supplement yang anda ambil yakin lah perubahan itu datangNya dari Allah swt.... Hanya Dia Ya Fattah Ya Salam yang Maha Membuka Jalan Penyembuhan.
No comments