Berlindunglah Di Bawah NaunganNya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah,

Saya ada bersembang dengan sahabat, katanya risau dengan keadaan sekarang. Risau dengan anaknya. Risau tentang keselamatan dari semua aspek, pemakanan, pendidikan, medication terutamanya. Ubat-ubatan, suplemen, yang yang femes di kini menjadi sebahagian ambilan dan pemakan seharian. Adakah ia bahaya? Siapa yang membuat suplement tersebut? Adakah orang Islam yang membuatnya? Apakah sumbernya. Walaupun diketahui sumber dari tumbuhan semulajadi, dikatakan berkesan dan paling selamat. siapakah owner dan supply ubatan serta suplement, mahupun vitamin tersebut. 

Adakah saya ni berfikiran cetek dengan memikirkan kesan semua ini? Hari semakin hari dunia semakin mendekati kiamat katanya. Banyak elemen dan aspek yang membuatkan atau merosakkan orang Islam lenyap di muka bumi. Itu yang saya risaukan? Susu yang diminum anak-anak kita, bagi ysusu yang paling elok ditawarkan dengan harga yang paling mahal. Dari sudut positif tanpa memikirkan kesan dan langsung tidak mampu berfikirkan tentang kesan, ibu bapa akan mengiayakan ia adalah produk terbaik. Namun, darimana sumber tersebut? Tak mungkin seratus peratus terbaik. 

Sheila membalas, harus difikir semua itu. Tak salah apa yang difikirkan. Saya pun sama memikirkan kesan kepada anak-anak kita akan datang. Kalau dulu saya langsung tak ambil kisah dan tak ada ilmu, tapi sekarang saya juga berfikiran sedemikian. Apa pun, saya cakap kepadanya "hanya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin dapat menjaga anak-anak kita dan kita semua"... Apa pun yang kita makan dan minum atau guna hanya Allah Ya Dhor Yang Maha Memudhoratkan, jika Dia menjaga dan memelihara kita mana mungkin Dia akan memudharatkan kita. 

Kata saya, dari awal tahun lepas hingga kini dah setahun saya tak ambil apa-apa ubatan ataupun apa-apa suplement. Saya tekat tak nak kepada semua itu, Saya bukan kolot, tetapi sejak hari itu (tahun lepas) saya taknak ambil. Walaupun banyak cerita kebaikan semua itu tapi saya juga berfikir semua itu daripada supplier siapa? Sumber dari mana? Adakah ia dari umat Islam yang untuk memelihara umat Islam? biarlah saya dikatakan kolot dan sebagainya. 

Saya minta maaf kepada teman sahabat yang membaca entry ini. Ini cuma pandangan saya dan sahabat saya. Hanya kami berdua memikirkannya. Rasa anda di luar sana tidak mungkin berfikiran seakan kami. Hanya kami yang silap kerana kami minoriti yang sangat kerdil dan jahil. 


Bila pulang ke rumah, saya berfikir dan terus berfikir seperti contoh makanan atau mungkin produk tenusu yang paling baik dan paling elok untuk anak-anak cuba kita tengok, dan nilai anak-anak hari ini ramai yang mengalami kecacatan. Kalau tahun 60 an 70 an dahulu jarang anak-anak sakit dan cacat. Malah dari segi akhlak, adakah produk pemakanan kita akan melahirkan anak-anak yang soleh dan bertaqwa? Rasanya kini banyak masalah sosial dan sebagainya. Memang betul kalau difikirkan itu adalah takdir Allah swt yang mana kita tidak dapat menolaknya.

Kenapa sekarang baharu diwar-warkan kebaikan breasfeeding setelah dipopularkan oleh orang Barat?

Program Susu Sekolah
Saya baru terfikir dan tersedar bila sahabat mengatakan, kenapa sekolah ada bekalkan susu percuma? Bila saya search susu percuma untuk menggalakkan pelajar minum susu. Seterunya akan meningkatkan kecerdasan dalam pelajaran. Ia juga adalah untuk membantu ibu bapa yang tidak mampu membekalkan makanan dan minuman berkhasiat kepada anak-anak. Sahabat berkata : Siapa supplier sebenarnya susu itu? Adakah susu dibekalkan kepada semua jenis sekolah? Apakah kandungan sebenarnya susu itu? Yang utama yang dinyatakan kepada saya, menyediakan susu percuma memerlukan perbelanjaan yang banyak, adakah ia berbaloi dan mungkin ada kesan disebalik semua itu? Siapa yang kontrol semua itu. Mungkinkah ada dalang yang kuasa yang kuat di atas sana?

Pemakanan Sunnah vs Makanan Segera
Orang Barat memang mengamalkan pemakanan sunnah dan  menjaga pemakanan sejak dari kandungan. Memang tidak dinafkan merekaorang yang bijak. Namun, daripada pembacaan sahabat 3:1 rakyat US mengalami penyakit jantung, hipertensi akibat cara hidup mereka yang sangat sibuk dan mengamalkan makanan segera. Itu namanya Istidraj. Allah membalas kembali perbuatan buruk mereka.

Mungkin hanya kami berdua berfikir sedemikian. Maafkan kami jika fikiran dangkal kami ini salah, dan kami tahu kami ini jahil. Sepertimana juga produk Johnson and Johnson yang dikatakan mengakibatkan kanser ovari.

Renung dan fikirkan. Ini cuma fikiran kami yang dangkal lagi jahil. 




1 comment:

Powered by Blogger.