Cuti
Perlu ke cuti dalam hidup ni?
Cuti, cuti, cuti... cuti daripada apa ye? kerja? belajar? ibadah? Kalau yang tak bekerja, belajar atau beribadah macamana lak... mereka ni bercuti ke? hehehe... atau sakit? pun boleh cuti tak... atau juga cuti daripada menjadi girlfriend/boyfriend, bertunang (xde kaitan dengan kes elia k) hehehe, atau cuti sebagai isteri/suami... atau juga cuti bersosial, dan cuti berblogging.... yuhuuuu....
Cuti Kerja
Perlu ke cuti? Kenapa perlu? Mungkin juga ada yang akan menjawab kalau dia seorang pekerja, cuti perlu bagi saya... Bayangkan kalau seminggu tak cuti kerja, macam-macam la akan keluar dar mulut.... bos itu la ini la.... semua nak marahkan... kebanyakan ayat yang dikeluarkan lebih bersifat memarahi, merungut, macam-macam... (cuti aku tahun ni ada 35 hari lagi)... Bagi yang bekerja perkara ini mungkin sangat disukai :
AK : Bos saya nak minta cuti minggu depan?
Bos : kenapa nak cuti?
AK : Saya nak balik kampung bos, bawa anak jalan-jalan, cuti-cuti Malaysia...
Cuti Allah
Terfikir tak kita, yang Allah tidak pernah bercuti! mengasihi, menjaga kita! Sedar tak, kita jer yang selalu bercuti ingatkan Dia.... Sedangkan Dia tak pernah bercuti ingatkan kita.... Aduhai.... apalah sikap aku ni selalu juga bercuti untukNya.... Cuti beribadah, selalu diabaikan.... Cuti dari mengata ini dan itu, bercakap itu dan ini.... bercui gosip itu dan ini.... semua termasuk dalam ibadah kita, yang selalu dilupakan....
Kenapa kita perlu cuti dalam hidup ini, hanya kita sahaja yang boleh menjawabnya bagi diri sendiri kerana anda sahaja yang tahu diri anda siapa... erm... untuk apa dan untuk apa, kenapa dan kenapa...
Memandangkan bulan Ramadhan dah semakin hampir kemudian Syawal lak akan menjelma, cuti dalam hidup anda terutama Muslim, mahu menyambut Aidilfitri... Tapi jangan lupa kita ada Ramadhan... jangan lak bercuti mengerjakan ibadah di bulan mulia tu...
Salam Khamis....
sokong sangatt..Allah tak pernah cuti pun dlm menjaga kita..subhanallah T_T
ReplyDeleteselamat mymbut ramadhan sis =)
ReplyDeleteItulah bukti kekuasaan Allah.. sehingga tiada satu pun yg terlepas dari pemerhatian-Nya..
ReplyDeleteAhlan ya Ramadhan~