Keresahan Berakhir Debaran Bermula

Dua minggu lepas memang aku selalu bad mood, resah, gelisah, seram sejuk, sedih semuanya ada! 
Bila dah lalui saat itu, hati mula tak karuan... terlalu sakit rasa lalui semua itu, walaupun dah berapa kali aku mengharunginya!

Kali ni, tetap ia sama seperti yang dilalui dulu.... Tinggal seminggu lagi debaran ini akn berakhir....
Tak pasti ia akan membuat aku bahagia atau tidak?
Aku hanya mampu berdoa dan bertawalkal...
Susah sangat rasanya aku mengharungi hidup ni! 

Namun, aku pasrah segala takdirnya...
Segala yang tersurat aku telan jua...
Yang tersirat aku tidak pasti! Yang pasti semua ketentuanNya hanya Dia yang mengetahui....
Aku tahu Dia sayangkan aku.... Aku rasa ujian demi ujian dariNya!
Aku bersyukur dan bersyukur... terus bersabar dan bersabar!
Aku tahu itu tandanya Dia sayangkan aku...


Walau apa susah sekali pun aku mahu ia bermula....
Aku mahu memanjangkan langkah ku
Aku mahu meneruskan apa yang dihajati
Dan apa yang dihajati, semua orang mahu aku lakukan!
InsyaAllah dengan semua doa orang2 yang mahukan aku meneruskan langkah ini, aku mesti boleh melakukan dengan pertolonganNya!

Ya Rahman, Kau permudahkan jalan itu untuk ku!
Telah lama aku menunggu saat itu!
Hari berganti hari, bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun...

Bak kata kawanku Rabu lepas, "mungkin Allah permudahkan jalan ku selepas ini"
Dia percaya kalau kita baik selalu tolong orang, Allah akan tolong kita jua!
Walaupun sekarang susah, mungkin senang di kemudian hari!

InsyaAllah.... 

No comments

Powered by Blogger.