Berapa kali u all berubah dalam hidup ini?

Salam... 
Kelmarin kan aku frustated... pasal nih...
Sedey sesangat k... tapi boleh diuabati lagi...
Bila malam, nak jer lelap mata ni, fuhhh... teringat k....
Apa lagi kemurungan menjelma la....

Dan dan dan.... my hubby buat sesi kaunseling lak...
Tersentap, tersentuh, semua ada ter ter ter.....


Sakitnya!!!


Pentingkan diri sendiri
Pentingkan hal cita-cita aku... kalau aku tak berjaya dalam semua tu, aku lagi tak boleh nak tolong keluarga... diri sendiri pun terabai... plz focus Sheila....

Emosi berceramuk
Kadang-kadang susah nak luahkan... sekarang memang aku mengabaikan perasaan aku sendiri... banyak berfikir... Haduii... husband aku marah... Dia kata susah nak tengok aku senyum... memang selalu senyum tapi dalam hatinya terseksa.... so senyum ikhlas x de dalam diri ini....emosi selalu berbaur....

Kemurungan
Hal tersebut membuat aku murung... lebih-lebih lagi kegagalan demi kegagalan aku terima dalam proses pengajian aku.... kegagalan ini buat aku sangat terseksa.... dah 4 tahun aku tungu k!!!! Aku mesti berubah... tinggalkan semua kemurungan itu... bila diri dah murung nie senang sangat dapat stress... depress... Aku nak berubah dari semua tu.. nak tinggalkan jauh-jauh perkara sebelum ni... nak lapang kan hati, nak stabilkan emosi dan mental... dan yang penting aku yakin kepada diri sendiri.... ada motivasi. Siapa lagi yang boleh ubah kita, kalau kita tak bah diri sendiri nie kan???

Simptom-simptom kemurungan
  1. kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
  2. hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  3. cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
  4. perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
  5. perasaan bersalah dan tidak berguna.
  6. gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
  7. hilang selera makan dan penurunan berat badan.
  8. “rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
  9. rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  10. kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
  11. simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.
*Apa yang terjadi kepadaku..

Mengapa seseorang mengalami kemurungan
  1. kemurungan boleh berlaku dalam keluarga.
  2. peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
  3. penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.
  4. risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
  5. ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri.
  6. penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.
*Apa yang terjadi kepadaku..

11 tips mencegah kemurungan
  1. belajar menjadi tenang dan bersabar
  2. jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai
  3. rancang tugas agar teratur
  4. jangan terlalu mengharapkan sesuatu
  5. elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang
  6. libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfirkir secara positif
  7. setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
  8. tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
  9. berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
  10. jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
  11. Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.
Aku jumpa Teori Kemurungan Kognitif Beck


 Teori Kemurungan Kognitif Beck telah diperkenalkan oleh Beck tahun 1967. menurut Beck kebanyakan tanda-tanda murung adalah berpunca daripada sikap dan pemikiran individu yang negatif iaitu gejala dan tanda-tanda menunjukkan kemurungan adalah akibat daripada pemikiran yang tidak tenteram. Pemilihan Teori Kemurungan Beck merujuk kepada kesesuaian teori ini dengan kajian yang dijalankan. Teori ini juga mengatakan perubahan dalam pemikiran seseorang adalah berpunca kepada kemurungan. Seterusnya tengok SINI....


Berubah, Bermotivasi, Bangkit!
Sempena aku masuk ofis baru, bilik baru dan serba baru ni... aku mahu aku menjadi orang baru... kental seperti dulu... hah, kalau dulu orang tengok aku pun takut...  skang nie orang tengok aku, pun orang perlekehkan aku.... huh! mesti mau ubah ni.... aku nak jadi aku yang dulu.... kuat semangat, yakin! tidak mudah putus asa.... aku tak mahu lagi orang perlekehkan aku, dihina, dikeji... aku ingat bila orang buat aku macam tu, aku tak kisah, Allah yang tahu segalanya... orang hina pun tak apa jangan Allah hina kita! tapi sekarang aku kena pandai jaga emosi kena kuat mental aku nih.... Manusia bukan Tuhan k... mereka tak boleh buat sesama manusia macam tu...InsyaAllah... I can do it! yaeehhhh!!! Aku Bukan Bodoh!!!


Jom tengok trailer ni  anak titipan tuhan... Dia bukan Bodoh!


1 comment:

Powered by Blogger.