Persiapan Sekolah Last Minute vs Awal

Persiapan Sekolah Last Minute vs Awal / Allhamdulillah, salam tahun baharu 2019. Semoga tahun ini memberi kita anjakan paradigma terhadap diri kita ini lebih baik dari masa ke semasa dari tahun ke tahun. InsyaaAllah.... Bab persiapan anak sekolah ni,,,,

(Entry draft 30 hb Disember)
allhamdulillah 90% settle persiapan sekolah dan juga pendaftaran sekolah anak-anak, walaupun ada satu lagi yang belum daftar, iaitu KAFA untuk kakak. Esok la baru nak kena settle. Syukur pendaftaran dan orientasi kak ngah Adelia untuk hari ini pun berjalan lancar.

Berbalik pada persiapan persekolahan anak-anak, ni secara jujur saya ingin bertanya anda para ibu bapa di luar sana lebih prefer untuk membeli last minute atau di awal waktu? Pengalaman saya pada tahun ni dalam membuat persiapan persekolahan untuk anak-anak saya, untuk beg sekolah kakak dari bulan 10 lagi saya sudah beli secara online. Namun, malangnya perlaku kesilapan yang tidak mampu saya elakkan....

Cerinya DI SINI

ia membuatkan sangat sangat terkesan namun, redha apa yang berlaku! Kemudian saya membuat lagi pembelian secara online, kali ini Allhamdulillah settle untuk beg sekolah kakak.




Untuk beg sekolah kak ngah, saya memujuknya untuk menggunakan beg sekolah tadika masa dia umur 5 tahun sebab dia cuma guna sekejap sahaja beg tersebut. Masa 6 tahun dia dah tak guna beg itu, tapi dia tak nak... ye la nak masuk darjah satu nak semua baharu. Saya pasrah je la.... Untuk persiapan kak ngah saya beli semuanya last minute, beg dan juga uniform sekolah. Hari Jumaat lepas baru settle beg sekolah untuknya. Allhamdulillah rezeki, dah lama saya survey online beg sekolah roda, memandangkan kak ngah ni badannya kecil yang amat, kena pilih yang beroda.... Bila pergi kat Arau untuk cari baju sekolahnya tapi beg sekolah yang dapat dengan harga RM29.90 jenama Inter POLO dan beroda. Allahu.... Terima kasih!

seronok dapat beg sekolah akhirnya
Manakala untuk baju sekolah pula, saya dapat RM26 untuk dua helai baju kurung putih tanpa kain. Erm dapat harga potongan lagi, so sehelai RM13... itu yang last minute.... yang persiapan awal untuk kakak saya dapatkan dengan harga yang biasa tanpa potongan.

Kasut Sekolah Hitam
Untuk kasut saya beli online 12/12 kat Lazada dapat la harga RM7.90 bagi kasut barbie, dan RM29.90 untuk kasut captain America.... boleh la dengan harga RM7.90 ni tanpa kotak... hehehe.... Tips untuk beli kasut online, saya biasanya akan ukur kaki anak saya dan ikut betul-betul ukur yang diberikan. InsyaaAllah akan padan.


Bagaimana anda membuat persiapan prefer awal ke last minute? boleh kongsikan dengan saya... :)


5 comments:

  1. murah betul harga kasut tu, terkejut FD baca! selamat menjalani alam persekolahan utk anak akak

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru. moga dipermudahkan segala urusan:)

    ReplyDelete
  3. kadang2 bila beli last minit ni, kita dapat harga lagi murah daripada beli awal2. selalu time raya lahh. kalau p beli last minit tu mak aihh offer menggila betul. tinggal sanggup tak sanggup je nak redah sesak ramai org.. hahaha.

    ReplyDelete
  4. Anak ana baru tadika. Baju sek semua beli dari cikgu. Awal2 dah selesaikan semua. Cuma beg dan kasut beli sendiri tu pun awal juga. Senang kemudian hari.

    ReplyDelete
  5. Aduhai..tak tefikir juga nak beli barang2 sekolah anak pada 12/12. Anak first ni, takda pengalaman -.-

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.