Advertorial
Permotoran
Wanita Juga Pemandu Berhemah dan Bertanggungjawab
Hampir 20 tahun sebagai pemandu saya
memang banyak belajar daripada pengalaman.
Masa tu, baru dapat lesen dah dapat
kemalangan bukan disebabkan kecuaian saya sebaliknya mat
motor yang berlumba di jalan. Dah la
kereta baru, dua minggu keluar.... Fuhhh... sayang betul!
Puas saya mengamuk. Budak motor tu
pun mungkin takut tengok saya mengamuk cepat-cepat
dia bangkit bawa motornya berlalu
pergi. Kes selesai apabila polis datang.
Kali kedua selepas beberapa tahun
kemudian di bandar Kota Bahru juga dekat dengan bulatan
jam besar. Kali ni, kali kedua saya
mengamuk disebabkan pemandu lori menghimpit sisi kanan
kereta saya dari sisi belakang
sampai ke depan la calar jawabnya. Memang geram sebab bukan
salah saya ni!
Dan.... Kemalangan yang paling teruk
rasanya pada tahun 2013 semasa saya memandu melalui
lebuhraya Sintok. Saya tidak mampu
mengawal kenderaan saya apabila bertembung dengan
kenderaan lain yang tiba-tiba dari
kiri jalan terus cross ke kanan jalan untuk membuat pusingan
U, membuatkan saya terus merempuh
keretanya.
Saya bernasib baik, kerana sempat
membrek namun sempat merempuh keretanya di bahagian tengah. Rempuhan tersebut
membuatkan keretanya total loss, malah saya masih bernasib baik kerana kereta
saya tidak sampai ke tahap kerosakan tersebut. Disebabkan kecuaian orang lain,
adakalanya kita yang menjadi mangsa.
Mengamuk-mengamuk juga kereta yang
kemek harus dibaiki. Mujur ada insurans. Dan harus
diingat ada pelbagai pelan yang
ditawarkan jadi anda patut membuat perbandingan untuk pelan
yang bersesuaian dengan keperluan
anda. Tiga situasi saya membuatkan saya mula sedar bahawa
insurans teramatlah penting dan
harus tahu apa yang dibeli.
Saya mula mendapat info tentang
liberalisasi Insurans dan Takaful Motor. Tahukah anda, wanita
secara amnya dikenakan premium /
sumbangan takaful yang lebih rendah disebabkan risiko
kemalangan yang lebih rendah? Memang
betul! Tapi para lelaki juga boleh menikmati manfaat
kadar premium yang lebih rendah
sekarang jika kamu boleh maintain profil risiko yang baik.
Adil
kan?
Eloklah kita semua luangkan sedikit
masa untuk mengetahui dan meneliti cara-cara untuk
menikmati lebih manfaat daripada
insurans atau takaful motor yang dibeli sekarang.
Sebut harga daripada pelbagai
syarikat insurans atau takaful motor boleh diperolehi di sana. Anda boleh
mendapatkan matlumat lanjut menerusi link di bawah ini. Sayangi nyawa dengan
hargai dan luangkan sedikit masa mempelajari tentang insurans demi keselamatan
sendiri dan orang yang dikasihi.
atau
Betul kak..kadang silap kita..orang jd mangsa..kadang silap orang eh kita pulak jadi mangsa.Risiko sentiasa ada.
ReplyDeleteDisebabkan kecuaian orang lain, kita yang menjadi mangsa. Semoga tidak menjadi mangsa atas kecuaian org lain selepas ni. sementara tu, jemput ke blog saya juga kak. baru nak start aktif semula. jgn lupa tekan button follow. heheh
ReplyDeletebetul apa yang kak sheila kongsi ni...
ReplyDeleteaida pernah accident byk kali, tapi kekecil.
ReplyDeletetidak yg besar. tidak melibatkan nyawa or kecederaan la.
abis berhati2 dah, sheila. dah nak jadi kan.
yg paling bengang, langgar bongkah kayu di lane laju lebuhraya.
sib baik dpt handle stereng time tu. RM1500 juga la melayang.
ekzos bocor abis. 2 tayar rosak & sport rim bengkok.
plus byr balik RM100+ aje. hmmmm sedih dgn alasan diorang :(
Rabia ada lesen kereta tapi takut nak drive
ReplyDeleteTeruk juga kemalangan 2013 tu yea... remuk teruk jugak..Alhamdulillah k.sheila ok saje.. pemilihan insurans juga penting jika jadi kes begini
ReplyDeleteLesen kete dah ambil beberapa bulan dh tapi sudahnya penakut nak bawa
ReplyDeletebtol. macam mek. bwok kete, trun nk isi minyak tengok bumper depan mcam kena lnggar doh. hmmmm. nasib ada insurans cover
ReplyDeleteBetul kak.. akibat kecuaian orang lain orang lain pula yang menjadi mangsa. Kena sentiasa beringatla
ReplyDelete