Enter your keyword

Saturday, April 29, 2017

'Pelepah' Selepas Pantang Dan Mandi Bunga

By On 12:37:00 AM
Pelepah Selepas Pantang//Kelmarin, saya dah pelepah, memandangkan plan nak balik Kedah esok... Disebabkan husband ada hal tak jadi lak nak balik esok. 

Pelepah ni tradisi orang Kelate selepas pantang... Ada bidan datang buatkan. Saya dan baby dimandikan dengan air bunga tujuh jenis, 7 biji limau purut dan gosok badan dengan akar beluru... Buang daki-daki hitam Kat badan hormon semasa mengandung....

Google image

Kali pertama mandi air bunga... Sebelum ni kalau pelepah bidan cuma guna benang sahaja... Wanginya... Segar sangat rasanya! Kata mak bidan, nanti lepas 40 hari pantang mandi bunga sekali lagi dan niat...

Niat semoga badan kita suci dan bersih dari kotoran, segar bertenaga serta dilindingi Allah.... Energi daripada sumber alam ni sangat berkesan pada badan kita....

Ok, da....

Friday, April 28, 2017

Sarung Tilam Baby Rare

By On 11:34:00 PM
Sarung Tilam Lama//sarung tilam lama ni kata mak saya, sarung tilam masa saya kecil dulu... Fuyooo... Lama tu, dah  hampir 37 tahun... Masa anak saya yang pertama dulu mak saya ada bagi satu warna putih... Yang ni mak saya bagi pula warna kuning... Baru jumpa!


Mak saya kata dia suka warna kuning... Dulu dah buat sarung tilam warna kuning... Sebab tu dia tempah bakul tuk baby Nur Jannah juga warna kuning... 


Ada orang tegur patut la baby kuning sebab saya beli bakul warna kuning! Data kata tok mie n tok pa dia yang beli! Hihihi.... Pada mulanya saya terpinga-pinga, lepas tu baru saya teringat. Ada yang percaya pantang larang macam tu... Allhamdulillah kuning baby saya tak serius walaupun tidur dalam bakul kuning... Hehehe... Saya dibesarkan jarang ada pantang larang.. 

Apa pun sarung tilam tu memang rare... Dari mak punya turun pada anak still maintain elok... Barang lama memang bermutu dan berkualiti...

Sahabat ada barang lama, boleh share dengan saya ....

Salam

Sebulan Berpantang

By On 6:48:00 PM
Allhamdulillah
sebulan berpantang... Namun,  pantang kali ni saya anggap kurang berjaya. Serius, kalau anak kedua dulu saya memang cerewet dan disiplin. Mak ayah saya bising kerana disiplin saya dalam pantang, itu ini saya tak makan. Kali ni saya readha sahaja makan apa yang mak ayah saya bagi. Think positive, saya anggap semua daripada Allah Ya Razzaq. Allah takkan mudharatkan saya. Walaupun saya tanggung sakit luka masih belum sembuh ni hanya sabar dan redha ketentuanNya demi jaga hati mak ayah. Saya serah pada Allah. Dalam seminggu ni saya dah makan masakan berlemak nasi berlauk.. Nak say no kang kecik hati lak.. Lagi tak tahan bila dibanding-bandingkan... Huwaaarhhggg... Tak pa la semua ni pun Allah yang tentukan. Apa Allah bagi adalah terbaik. Setiap kali makan saya doa jika ini yang Allah bagi saya jauhlah kemudharatanMu.. Bagi mereka saya kena makan makanan berkhasiat sebab saya menyusu.

Adakala saya merungut (harap sahabat jangan contohi saya k)... Merungut kerana makanan berlemak bukan makanan berkhasiat... Tapi tak apalah lena switch pikiran saya think positive...

Semalam, saya minta husband saya beli spekederang...


Ubatan tradisional akal kayu.... Terdiri daripada kacip fatimah, manjakani dll yang saya tak berapa arif... Cuma RM4 sahaja....


Direbus dan airnya dan minum... Rasa nya sedap, tak rasa apa macam minum air masak saja. Husband saya rebus dengan air yang sedikit, nampak macam pekat likat tapi memang tak pahit...


 Khasiat bagi mengecutkan rahim dan kesegaran kepada ibu berpantang...

Sunday, April 23, 2017

28 Hari Berpantang Baby Pergi Jua

By On 11:33:00 PM
28 hari berpantang, akhirnya dia pergi jua.. 
Semalam, baby kecil saya tak boleh tidur.. Menangis sepanjang malam. Tak pernah saya dan husband mengalaminya, dengan kakaknya. Menjelang subuh baru dia dapat lelapkan mata. Seakan ada sesuatu yang berlaku. Dah habis zikir saya baca.   Bila husband saya pasangkan asmaul husna dia berhenti menangis sekejap. Kemudian kembali menangis kembali. Macam-macam saya fikir! Baby saya kembung perut ke? Disapu ubat juga tidak berhenti nangisnya. Saya dan husband cuma Leila sekejap sahaja sebelum subuh. Satu malam baby nangis dan akhirnya lena jua.

Jam sebuluh lebih ada orang parang rumah saya, nak ziarah saya dan baby. Mak ayah saya tiada di rumah. Nasib baik mak ayah saya balik cepat. Sambil bersembang dengan saudara mara datang ziarah, kami dikejut kan dengan berita yang sudah dijangka saya dan keluarga.

Akhirnya, hari ini anak syurga, anak sepupu saya sebelah rumah, pergi jua mengadap Al Khaliq.  Baby saya lahir lewat sehari dengan arwah baby sepupu saya. Kami sempat duduk satu wad bersalin. 

Malam semalam saya ada mimpikan arwah baby sepupu saya. Saya mimpi sepupu saya sedang menyusukan arwah babynya. Saya tegur "baby dah keluar hospital"... Saya tengok baby sepupu saya dah sihat.

Rupanya, itu alamat baby data menangis tak boleh tidur semalam. Arwah baby sepupu saya meninggal kerana jangkitan kuman dalam darah dan merebak ke seluruh badanya sehingga terpaksa diambil air tulang belakang dan tetpaksa tebuk di kepala masuk darah. 

Tadi, saya nak naik rumah makcik saya tengok arwah baby tapi memandang keadaan saya masih pantang dan jalan tak berapa nak betul lagi, husband saya tak izinkan saya pergi tengok, naik tangga tinggi. Saya redha. Hanya gambar yang saya tengok bila untie saya datang tunjuk... Anak syurga baby Auliya... Menanti kedua ibu bapanya. Salam takziah sepupu ku... Allah Maha Menyayangi dan Maha Mengasihani kalian.... 

Friday, April 14, 2017

Selamat Bersalin Anak ke3

By On 10:00:00 PM
Allhamdulillah...


30 Mac 2017 jam 11.30 pagi, saya selamat melahirkan puteri ketiga saya Nur Jannah seberat 3.5kg di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu. Kini 16 hari berpatang dengan kasih Ya Rahman Ya Rahim.. Terima kasih Allah Ya Rabb..  Terima kasih keluarga saya, semua staf HRPZ II, para sahabat dan sahabat blogger yang mendoakan saya.... 
  

Thursday, March 16, 2017

Satu Hari Satu Nama : 1

By On 11:28:00 AM
Bismillahirraohmanirrahim


Salam munajat. 
Sahabatku, sesungguhnya Allah menunggumu di pagi ini, ingin mendengar pujianmu, mari kita memujiNya..

*Allahumma Ya Rahman, Ya Rahman Ya Rahman,*
*Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah,* Engkau memberiku kurniaanMu
tanpa pernah berkira, tidak berhenti2, jantungku terus Engkau degungkan walau ku balasMu dgn dosa, udara terus Engkau masukkan dlm tubuhku walau anggota tubuh ini terus terusan melakukan perkara yg sia2, penglihatanku masih Engkau kurniakan walau daku terus terusan melihat perkara yg Engkau murkai..

Engkau terus menerus memberiku pendengaran walau sentiasa daku perpaling dan tidak menyahut panggilanMu, sesungguhnya tiada lafaz syukur yg sepadan dgn sifat maha pemurahMu, dan jadikanku hamba yg bersyukur yg sentiasa menggunakan anggota tubuh, wang ringgit, hartabenda, jawatan dan segala kurniaanMu di atas jln keredhaanMu. 

Jadikanku juga hamba yg pemurah dgn org2 sekelilingku dgn sedikit sifat ar Rahman yg Engkau alirkan dlm jiwaku..


Hari Akhir Bekerja Sebelum Cuti Bersalin

By On 10:54:00 AM
Hari Akhir Bekerja Sebelum Cuti // Allhamdulillah... nampaknya hari ni hari akhir saya kerja sebelum mula bercuti bersalin minggu hadapan. Masih banyak kerja yang harus dilaksanakan dan juga pengajian saya. Saya ambil cuti 3 minggu awal. Minggu hadapan saya ambil cuti tahunan selama 7 hari dan sambung cuti bersalin awal daripada majikan saya. Terpaksa mengambil cuti awal kerana minggu hadapan saya dah memasuki 37 minggu, dan banyak perkara check up doktor yang harus dilakukan di kampung. Due date saya 11 April 2017. 

Esok mula balik kampung,,, plan nak singgah Penang USM dulu nak hantar pembetulan tesis saya pada sv saya. Lepas tu terus balik Kelantan. Tengok la keadaan Allah susun macamana esok. Hari ni kena settlekan kerja dan searah tugas apa yang patut. Yang penting kena check pembetulan saya selesaikan hari ni juga... bila duk baca dan baca rasa ini salah, ini kena tambah... mencabar! 

google image

Serah Tugas
Bila duk buat entry ni, ada ada lagi yang ketuk bilik. Saya memang dah fobia orang ketuk bilik. Kali ni ketukan tu bunyi lain! Saya yakin untuk buka, rupanya teknikal nak datang service aircond. Lepas tu ketukan kedua pula, saya dah tak kunci pintu. Rupanya rakan saya yang datang. Ya Allah, Allhamdulillah... memang saya sangat perlukan dia sekarang. Dari kelmarin lagi saya duk teringat kat dia!. Bila belek handset pagi tadi, tak ada lak no dia. Sebab handset saya hilang, semua no kawan-kawan dah hilang. Allah hantar dia sebagai alat Ya Wahhab, settlekan sign dan saksi agreement DPB dan tolong saya poskan.... Alang-alang sahabat datang tu, saya serah terus tugas yang ada kepadanya.... Subhanallah... Allah Ya Karim.... Ya Wahhab, Ya Rahman Ya Rahim... permudahkan pengajian dan kerja sahabat saya itu, Ya Allah.... Allah bagi settle satu-satu kerja hari ni! allhamdulillah...

Urusan Rumah Masih banyak urusan di rumah nak kena selesaikan hari ni, mencuci pakaian, kemas rumah, persiapan anak-anak nak cuti panjang. Nak tak nak dalam sebulan juga saya kat kampung. 

Terputus Hubungan Lepas ni saya tak boleh lagi nak update blog. Kat kampung tak ada internet dan saya juga tak guna smartphone. 

Keterbatasan Memang terbatas semua ini, nak tak nak pengajian saya yang masih on, banyak lagi pembetulan yang harus dibuat. Sangat terbatas nak buat di kampung. Walau apa pun saya serah sahaja pada Allah Yang Maha MenyusunNya. 

Mohon Maaf Sebelum saya bercuti ni, ingin saya memohon maaf kepada semua pembaca para sahabat semua. Maafkan jika penulisan di blog ini ada menyinggung hati anda tanpa saya sedari. Doakan saya dipermudahkan segalanya dalam proses bersalin dan berpantang dan juga perjalanan pengajian saya. 

Penghargaan Terima kasih buat para sahabat blogger yang sudi menjengah ke sini, dan mendoakan saya dan keluarga. InsyaaAllah doa kalian akan saya kembalikan dan malaikat sentisa mendoakan sahabat semua. 

Wednesday, March 15, 2017

Terlupa Nak Beranak

By On 3:04:00 PM
Terlupa Nak Beranak // Allhamdulillah... pagi tadi bila buka emel saya tengok emel sv saya hantar. Katanya tak boleh nak jumpa saya hari Jumaat kerana ada studend dia viva... Saya cakap ok, esok pula saya tak dapat nak jumpa kerana kena ambil cuti 3 hari sebelum.... bincang punya bincang next week nak jumpa.... Saya kata ok, tapi sv saya suruh fikir bila masa yang sesuai kerana dia pun ada hal minggu depan. Dengan confident saya fikir ok juga minggu depan dah cuti sekolah...

Dah Nak Bersalin Ke? Walhal, saya terlupa minggu hadapan hari Ahad saya dah kena ada kat kampung urus tentang check up, ambil temujanji jumpa pakar, ambil temujanji jumpa pegawai zat pemakanan dan ambil tarikh untuk buat BSP.... hadui.... bila call encik suami, baru ingat. En suami cakap "kang minggu hadapan tak dan nak balik kampung, beranak kat sini".... hahaha.... terlupa! saya dah nak bersalin ke? memang la tak tahu bila nak bersalin tapi prepare awal, minggu hadapan saya dah 37 minggu.... Doktor kat sini dah bagi saya memo segala bagai untuk saya check up di kampung. 

image google

Kiri kanan otak fikir, sebelah fikir pasal kerja, sebelah lagi pasal pengajian saya, sampai saya terlupa saya kini menunggu hari nak bersalin! jenuh lagu ni.... tadi saya sms sv saya confirm nak jumpa esok. Ingatkan tengahari saya nak lari dari ofis pergi USM kejap. Petang, ada hal pulak yang harus dilaksanakan esok... tak dapat la nak jumpa sv saya esok. Sekali lagi saya sms sv saya tak jadi jumpa esok, dan saya akan hantar correction saya kat biliknya pada Jumaat nanti....

Allah Ya Baari'.... Saya serahkan perjalanan hidup saya dan keluarga saya ni kepada Mu, susulah yang terbaik untuk kami! dan permudahkan segalanya.... sama seperti anda di luar sana, saya doakan allah permudahkan perjalanan hidup anda jua dalam apa keadaan pun.... 

Tuesday, March 14, 2017

Berita Kampus: SIRKIT GOLF REMAJA KEDAH SIRI 1/UUM BAKAL LAHIR JAGOAN GOLF NEGARA

By On 5:11:00 PM


Oleh: Unit Media UUMNGA

UUM SINTOK 14 Mac 2017:  Sirkit Golf Remaja Kedah Piala Exco Pendidikan Negeri Kedah Siri 1/UUM  diadakan pada 25 Februari 2017 yang lalu berlangsung dengan sangat meriah dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari pelajar seluruh negeri Kedah.


Suasana meriah dan penuh semangat kesukanan dapat dirasai pada hari kejohanan apabila para peserta cilik telah berada di Kelab Golf & Rekreasi UUM seawal jam 6.30 pagi bagi melakukan persiapan untuk menghadapi kejohanan ini.

bernaju hijau semua junior daripada Akademi Golf Nasional UUM

Seramai 40 orang pelajar yang berumur sekitar 6 tahun sehingga 20 tahun menyertai kejohanan ini . Sebanyak 5 kategori dipertandingkan antaranya bawah 6 tahun, bawah 10 tahun (lelaki dan perempuan), bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan), bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan) dan bawah 20 (lelaki dan perempuan).
kakak kata seronok naik buggy

SGRK Piala EXCO Pendidikan Negeri Kedah ini adalah salah satu platform untuk mencungkil bakat-bakat terpendam pemain golf cilik negeri kedah.

kakak dan kawannya
“ Kejohanan SGRK Piala EXCO Pendidikan Negeri Kedah adalah medan terbaik untuk melahirkan pemain golf remaja bagi mewakili negeri kedah.” Kata En Wan Rosni Wan Chik, selaku Penyelaras SGRK.

“ Sekiranya mereka ini dilatih dan diberi bimbingan yang baik tidak mustahil mereka ini bakal menjadi jagoan golf negara.”

hebat-hebat anak-anak kecil ni

Sementara itu, Ybrs. Dr. Hendrik Lamsali, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni dalam ucapan perasmian penutupan SGRK 2017 berkata, ‘ Tidak mustahil negara kita pada satu masa nanti akan ada Tiger Woods, Jordan Spieth mahupun Rory McIlroy versi Malaysia”.

“Melihat kesungguhan anak-anak kecil ini bersaing menunjukkan bertapa mereka mencintai sukan ini dan tidak sama sekali gentar menghadapi lawan masing-masing.”

“Diharapkan mereka ini terus diberi sokongan dan dorongan untuk meneruskan minat dalam sukan ini dan in shaa Allah satu hari nanti dapat mewakili dan mengharumkan nama negara di pentas dunia.”

Habis.

Pengalaman Pertama Kakak
Ini kali pertama, kakak join perlawanan. Pengalaman pertama yang sangat memberi motivasi kepada nya. Saya tak ikut serta, memang kepenatan tak larat masa tu. Kakak bermain di bawah 10 tahun, kena habiskan 16 lubang. Masa duk training tiap minggu tak pernah guna driver. Bila dalam perlawanan ni terpaksa guna driver untuk habiskan 16 lubang. Bagi katogari 10 tahun ke bawah, setiap jauh lubang lebih kurang 200 meter... Allhamdulillah dia boleh habiskan 16 lubang, tapi memang tempat terakhir katogari perempuan la. Tak apa la kakak. Kata husband saya, dia tak pernah pegang driver.... kali pertama terus kena lawan... driver set golf yang dibeli tu jenama watson... Jenama tu berat skit, ye la kakak tu kecil saja badannya. Batang driver tu lagi besar dan panjang daripadanya. Apa pun good try kakak....

Daripada:

AKADEMI GOLF NASIONAL
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM SINTOK
KEDAH
TEL:  04-9283591/3596
FAKS: 04-9283592




Sabar Belajar Memang Banyak DugaanNya

By On 4:34:00 PM
Sabar Belajar Memang Banyak DugaanNya // Hanya itu yang saya dapat ungkapkan. Saya pun bukan pelajar yang pandai. Masa sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti pun, saya bukan pelajar yang pandai dan "cerdik".... Malah saya rasa saya ni memang kurang "cerdik".... dan boleh dicakap "tak cerdik kot" hehehe.... bukan apa, saya sedar sekarang ni saya diajar siapa yang pandai? siapa yang cerdik? siapa yang pintar?..... dan jawapannya semua itu bukan milik saya! kerana ia milik Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid!

google image

Kita Hamba Saya dan kita semua cuma hamba/abdiNya sahaja. Dengan kasih sayangNya dia pinjamkan kita sedikit ilmu pengetahuanNya. IlmuNya yang sangat luas meliputi alam semesta ini untuk kita jadikan pedoman dan pengajaran berlandasan As Sunnah dan Al Qurran. 

Ke mana Di bawa Ilmu Itu? Persoalan yang selalu ditanya. Belajar nak jadi apa? Belajar untuk apa? Belajar kerana siapa? Jawapannya cuma "syurga".... apa pun yang kita belajar biarlah target utama untuk meraih syurga Allah...... Biarlah ilmu itu membawa kita ke syurga kan. Siapa tak nak syurga. Semua orang nak syurga. Sistem pendidikan seharusnya mensasarkan visi dan misi ke syurga Allah. Membawa murid, pelajar menggapai syurga Allah....

Susah! Memang susah belajar ni. Dugaan bermacam. Namun,, Allah akan menguji mengikut tahap kemampuan hambaNya! Saya? Saya susah, Allah uji saya dalam bentuk wang ringgit. Namun, disebalik kesempitan wang ringgit, Allah bagi saya dan keluarga saya, anak suami kesihatan yang baik! Subhanallah! Bak kata suami saya "kita memang susah dari segi wang ringgi, tapi kesihatan baik".... Namun di luar sana ada Allah uji kedua-duanya sekali.... Semua bergantung kepada pengetahuan Allah Yang Maha Luas terhadap hambaNya. Tiada duit! terhad untuk saya belajar! di rumah tiada internet, malah smartphone pun belum mampu saya guna dan beli, tapi saya syukur apa yang Allah bagi tentulah yang terbaik untuk saya. Saya ada internet di ofis dan saya masih ada smartphone suami saya! Jiran saya juga suruh sahaja guna passwordnya.... See! Allah Yang Maha Pengasihkan..... 

Gembira Saya gembira dengan pengajian saya. Walaupun tak seberapa, walaupun susah segala bagai, saya gembira! Walaupun lambat saya habiskan belajar saya, saya tahu Allah Yang Maha Menyusun. Dah dah puas bersedih zaman jahiliah dulu. hehehe.... Walau apa yang datang sekarang dah boleh terima seadanya! Saya gembira walaupun nak beli milo kat anak-anak saya pun saya tak mampu, tapi Allah memang kasih dan sayang kepada kami sekeluarga, saya gembira.... saya masih mampu bagi anak saya minum air milo di kedai.... hehehe.... Saya rasa orang lain tak berada ditempat saya! Saya bersyukur Allah uji semua ni pada saya! Kalau tak saya mesti leka dan masih lalai siapa saya. Saya bersyukur saya dapat merasa semua kesusahan ini dengan hati yang gembira.... 

Sabar Itu Separuh Iman Kita Sabarlah Sayang sahabatku semua memang susah tika belajar ini, Allah uji kita dengan bermacam keadaan. Kita kena cekal dan tabah. Penghujungnya akan sampai! tiba masa kelak yang Allah dah janjikan, kalau ada rezeki kita, kita akan habiskan pengajian kita ini. Berapa lama? tak apa lah Allah Yang Maha Mengetahui... Allah Ya Awal, Allah Ya Akhir, Allah Ya Muqaddim, Allah Ya Muakhir....

Senyum sokmo ter..... 👨😍😃😄😊😊😊 jangan stress.... be happy

Allah Ya Fattah, Allah Ya Wahhab



Surat Untuk Sekolah Nak Balik Bersalin Di Kampung

By On 3:50:00 PM
Surat Untuk Sekolah // Pagi tadi sebelum keluar rumah sempat saya edit dan print surat untuk di hantar ke sekolah anak-anak saya. 4 surat saya sediakan. Sekolah kakak 2 surat. Pagi dan petang, sekolah adik pun sama, 2 surat sekolah pagi dan sekolah petang.

Surat Makluman Surat makluman ketidakhadiran ke sekolah selama 3 minggu saya buat. Dalam jangkaan saya selama 3 minggu balik kampung sehingga 20 April 2017. 

google image

Pengesahan Guru Besar Allhamdulillah, tadi selepas balik check up di klinik saya terus singgah sekolah kakak bagi rumat makluman tersebut kepada guru besar, dan diperakukan oleh guru besar! Guru Besar cadangkan dalam tempoh tersebut, kami kena buat surat kepada sekolah berdekatan untuk tumpangkan pengajian kakak buat sementara semasa proses bersalin dan berpantang. Husband saya bagitahu guru besar prosedur "tumpang murid" tu telah tiada. "boleh lagi ke, macam tu?".... sebelum ni saya dah tanya pihak sekolah, kerani di ofis dan guru-guru tiada lagi prosedur tumpang pelajar tu... Dengan penuh yakin guru besar cakap "kenapa pulak tak boleh, baru ni ada murid tumpang dua minggu kat sekolah lain sebab mak dia keguguran balik pantang kat kampung. Semua mengajar perkara yang sama, bukan duk London tak boleh, tapi di atas persetujuan sekolah tersebut". Buat surat kat sekolah tu cakp nampung selama sebulan! Saya dan suami lega sikit macam tu.... Kami pulang dengan senang hati sikit dah cikgu besar luluskan. Ke tadika adik pula, bagi surat makluman di sekolah adik. Settle sesi pagi sekolah kakak adik.

Ingatkan Dah Settle Petang, dalam pukul 1, cikgu di sekolah kakak call saya? Dia tanya saya apa guru besar cakap kat saya tadi tentang surat yang saya hantar. Saya cakap guru besar dah luluskan, dan suruh saya buat surat untuk tumpangkan pengajian anak saya ke sekolah berdekatan. Katanya, dia baru habis meeting jabatan tentang surat makluman yang saya bagi! Pihaknya cadangkan supaya kakak diberhentikan sekolah dan buat surat bawa ke PPD apply kat sekolah berdekatan. Dah tak ada prosedur "tumpang", sebab sekarang ni sistem kedatangan pelajar semua online. Kata saya "susah la saya, nak p naik Jab Pendidikan dan sebagainya. Lagi pun saya cuti tak lama sampai 20 April sahaja! Kalau tak memang 0 kehadiran anak saya! tak apa la macam tu cikgu. Serba salah nak tukar sekolah semua... Banyak sekolah tak bagi "tumpang" sebab sistem sekarang semua online, kata cikgu tu. "tak apa la kalau macam tu cikgu, saya bincang dulu dengan husband saya, dalam dua hari ni saya akan hubungi pihak sekolah semula".... Tadi dengan confident saja guru besar cakap macam tu... huhuhu... It's ok this is a process....  

Hubungi Sekolah Nak Tukar Fuhh... penatkan, duk fikir dan bincang dengan suami saya, kalau macam tu buat jer surat berhenti sekolah bagi kat sekolah esok. Terpaksa la kena pergi Pej Pendidikan Kota Bharu. Saya ambil smartphone suami saya cari alamat sekolah pertama kat kampung saya dan terus call sekolah tersebut. Nasib baik diangkat! Maklumat yang saya dapat daripada sekolah tersebut pun sama tak boleh lagi "tumpang" murid. Kena berhenti dan daftar semula. Sekolah kedua saya call, "saya kerani, saya tak tahu, kena tanya PK HEM, PK HEM dah balik".... Kat kampung saya ada dua sekolah rendah dan berdekatan, sebelah-menyebelah. Kalau boleh tumpang sebulan, saya tak perlu buat surat berhenti sekolah naik turun Pej Pendidikan. Dengan keadaan sarat-menyarat ni, termengah-mengah juga jadinya. Tapi Allhamdulillah, Allah bagi saya kekuatan untuk menguruskannya. Al maklum la, suami saya kurang arif bab-bab ni.... 

Surat Kat Sekolah Petang Suami saya p hantar adik di sekolah agamanya, dan bagi surat pada ustazah. Settle.... Allahamdulillah selesai bab adik sekolah pagi dan petang. Kat sekolah KAFA kakak pula petang ni kena bagi surat pada ustazahnya. Suami saya kata, surat makluman kat Akademi Goft kakak pun kena hantar juga, nanti mereka tanya kenapa kakak tak datang training golf. Jumaat dan Sabtu ni ada games Sg Petani. Kakak dah tak dapat nak join. "ye la, balik rumah nanti mama buat la"...




Monday, March 13, 2017

Gerakan Baby Dalam Kandungan

By On 5:33:00 PM
Allhamdulillah

google image

Gerakan Baby Dalam Kandungan // Allhamdulillah... kalau mengandung anak pertama dan kedua saya lambat rasa gerakan baby dalam kandungan... Kandungan kali ni lain skit, umur baby 3 bulan setengah saya dah semacam rasa baby dah gerak. Namun, saya kurang pasti. Seingat saya semasa kandungan kedua, semasa 5 bulan lebih saya belum rasa lagi. Ada kakak ketikan itu sedang mengandung juga, dia kata baby dia dah gerak. Saya confius dan diam! sedangkan saya belum rasa apa-apa.

Kali ni, memang bila dah masuk 4 bulan dan 4 bulan setengah saya confirm dan yakin memang saya dah rasa dari awal baby saya gerak.... Dah penghujung 8 bulan ni, makin aktif... Selagi saya tak tidur selagi tu dia duk bergerak-gerak. Saya seronok! Kakak dan kak ngah memang suka tengok perut saya gerak-gerak... 

Pengalaman mengandung dan juga bersalin lain-lain kan... Hebat Allah buatkan kita dan jadikan manusia ni memang kreatif Allah Ya Musowwir.... Allahuakhbar.... Semoga apa yang Dia jadikan kita ini memberi manfaat kepada semua. Tadi saya ada discuss dengan rakan-rakan saya ramai yang masih belum kawin. Sebenarnya siapa kita, dah kawin ke belum, dapat zuriat ke tidak. Itu adalah aturan Allah Ya Baari'.... semua Allah Yang Maha Kuasa jadikan kita semua di atas sebab hanya Dia sahaja yang tahu....

Jangan lupa zikir untuk baby selalu.... dan diri kita jua!

Siapa pun kita? kita tetap abdiNya dan umat Rasulullah saw....




Soalan Tag Daripada Ucing

By On 4:12:00 PM


Jawab Soalan dari Ucing dalam Bahasa Melayu pula..

1) Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya.?
2) Makanan kesukaan yang tidak boleh di lupakan.?
3) Musik yang selalu dimainkan ketika bersedih.?
4) Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai.?
5) Apa yang anda buat pada masa lapang.?
6) Peristiwa kejutan (suprise) yang menyeronokan.?
7) Perkara yang membuat anda marah.?
8) Peristiwa yang menyeramkan.?
9) Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda senyum.?
10) Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek.?
11) Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini.? (^_^)

Dalam duk ada masa ni saya akan jawab soalan dari Ucing yer... 

1) Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya?
Hamba yang fakir, :), anak perempuan satu-satunya daripada dua beradik sahaja, ibu kepada 2 orang puteri, isteri, juga pelajar sepenuh masa, pekerja, Allahuakhbar... 

2) Makanan kesukaan yang tidak boleh di lupakan.?
Makanan apa ye? Saya pun tak pasti sekarang ni saya suka makan apa? dan apa yang saya pernah makan saya tak boleh lua! Apa ye? erm... kuih seri muka, baru sahaja saya makan akhir bulan lepas... memang sedap makcik-makcik kat kampung tu masak kuih seri muka tu....

3) Musik yang selalu dimainkan ketika bersedih.?
ho ho ho... kalau dulu music GTO ( tiap malam/pagi la cd GTO ) saya tengok bagi inspirasi untuk saya habiskan tesis master saya di kala sedih dan music punk rock (muse, the killer, ACAB, dll )... hehehe mmg giler saya dulu.... skang ni tak tak ada dalam minda saya, semua tu... semua zikir Asmaul Husna mengiringi saya.... Allhamdulillah... 

4) Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai.?
hehe... yang ni mmg pengalaman memalukan saya depan orang ramai, bila duk control ayu melangkah naik tangga dewan konvo tiba-tiba high heel saya tersangkut kat tangga,,, hahaha.... malu tu, parents kiri kanan dewan duk tengok.... hinggakan kawan saya di belakang saya tolong ambilkan high heel saya... perasan la kononnn nak pakai high hell masuk dewan.... 

5) Apa yang anda buat pada masa lapang.?
Tak ada masa lapang... hah, cam mana tu... klu ada masa terluang saya kemas rumah....

6) Peristiwa kejutan (suprise) yang menyeronokan.?
Yang ni best! seumur hidup saya tak pernah sambut birthday, sehinggalah masa saya study undergrad dulu, lepas vrappp habis shooting, producer saya buat birthday party mengejut potong kek dengan semua krew dan pelakon... Itu la kek hari jadi pertama saya....  

7) Perkara yang membuat anda marah.?
Bila anak-anak buat hal... Saya jarang marah orang tapi anak-anak saya selalu membebel... heheh... kesian mereka.... lepas marah saya panggil anak saya dan explain dan saya mereka.... hehehe

8) Peristiwa yang menyeramkan.?
2003, saya join shooting filem,,, masa tengah shooting di sebuah bonglo usang, (time manghrib), lepas manghrib kita sambung shooting, ada something yang mengganggu saya, kepala saya seakan kena sentak ke belakang, saya tak fikir apa terus melangkah ke hadapan.... lama lepas tu baru saya toleh ke belakang, saya tengok tak ada apa-apa, tapi ada seorang pelakon ni kat belakang, dia tengok saya. Dia ni boleh nampak skit,,, masa duk shooting tu, dia memang selalu cerita macam-macam.... fuhh... seram.... 

9) Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda senyum.?
Buat lawak

10) Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek.?
dulu ada macam ni time sekolah dan study undergrad, skang saya hanya senyum apa lawak pun...

11) Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini.? (^_^)
3.10 petang, Isnin, 13/3/17

Semoga Ucing berpuas hati dengan jawapan ini... 


Kecut Perut Kena Lapor Tahap Pengajian

By On 3:21:00 PM
Kecut Perut Kena Lapor Tahap Pengajian // Dapat mesej dari ketua jabatan, kang dah kecut perut bila kena report status pengajian. 2 minggu lepas, saya dah jumpa dekat report pengajian saya dan minta tandatangannya... mungkin dekan lupa dan minta ketua jabatan uruskan sekali lagi. Ia memang proses dalam seseorang staf bila melanjutkan pengajian dan masuk kembali bertugas. Esok dekan pula akan menghadiri meeting bentangkan progress pengajian staf-staf di bawahnya. Selagi tak habis mengaji ini berlarutan. Tempoh yang diberikan kepada kami (staf yang sedang melanjutkan pengajian) berdasarkan progress study yang diberikan oleh penyelia di universiti-universiti. Progress report study saya memang teruk untuk semester ni. Saya lagi risau macamana keputusan ahli senat meeting esok hari. Walaupun dalam progress report saya, sv saya suggest supaya saya diberikan cuti bersalin. Walau bagaimanapun saya sangat risau sekarang. 

Pengajian Saya Kalau diikutkan pengajian saya dah berada pada peringkat terakhir dalam membuat pembetulan tesis sebelum submit untuk viva. Memang dah nampak seketul tesis. Namun, di dalamnya masih banyak perlu diperbetulkan.... 


Risau Memang merisaukan saya, dalam masa 2 bulan setengah ni tak kira saya beranak ke apa,,, saya kena pastikan progress saya study saya ok, kerana saya kena hantar progress resport setiap 3 bulan sekali pada universiti. Ini bermakna awal bulan 6 saya kena hantar report lagi! Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menyusun... 

Think Positive Apa pun saya kena fikir yang terbaik semua Allah yang susun, lambat ke cepat pengajian saya, semua dah ketentuan Allah swt... InsyaaAllah... Dalam duk sarat ni, positive thinking mesti selalu... apa pun dugaan, cabaaran yang mendatang, semua ketentuan Allah.... InsyaaAllah, Allah jua tempat kita bergantung sepenuhnya. Segala ujian, untuk mematangkan kita.... 

kerana Allah itu seperti persangkaan hambaNya. InsyaaAllah.... Allah Ya Somad 

Mohon Jasa Baik Dalam duk tulis entry ni, sempat saya send emel pada sv saya di USM buat temujanji dengannya Jumaat nanti. Saya dah over due date. Sv saya bagi 2 minggu iaitu pada Khamis lepas saya kena hantar pembetulan kajian literatur saya. Memandangkan jurnal yang saya buat pembetulan itu adalah jurnal artikel meta-analisis, banyak yang perlu saya huraikan hasil dapatan kajian lepas. Mohon supaya jasa baik sv saya diberkati selalu dan terima kelewatan saya ini. 

Kerja Ofis Walaupun saya tak ada kelas, namun kerja ofis yang lain terpaksa saya tolong rakan-rakan handle persidangan antarabangsa. Allhamdulillah pagi tadi Allah permudahkan kerja saya dapat settlekan logistik penginapan para peserta conference bulan Mei nanti. Dari minggu lepas perkara ini tertangguh membuatkan pembetulan tesis saya agak perlahan. Banyak perkara yang difikirkan, sehinggakan saya tak sempat nak fikir tentang persiapan bersalin saya. 

Cuti Bersalin Minggu depan saya dah mula cuti bersalin. Memandangkan cuti bersalin hanya boleh ambil awal 2 minggu, saya terpaksa ambil cuti tahunan 7 hari untuk balik kampung. Saya dah bagitahu pengarah projek saya, minggu depan saya dah mula cuti. Katanya, "ha pergi bersalin dulu"..... hehehe.... tapi sebelum cuti bersalin saya kena settle kerja saya dalam 3 hari ni.... InsyaaAllah.... Allah Yang Maha Berkuasa. 

Allah Ya Baari' Dalam masa terdekat untuk bersalin ni, saya memang malas nak fikir rumit perkara-perkara kerja, pengajian dan persiapan baby. Apa yang ada saya blasah sahaja. Memandangkan itu yang Allah bagi kat saya. Tak sempat nak fikir nak makan apa, itu dan ini. Tak sempat nak fikir kelengkapan baby itu ini dah ada ke belum dan sebagainya. Dalam setiap doa saya serah je pada Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun segalaNya. 

Tenang Ketenangan hanya Allah yang bagi. Ia satu rahmat yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Walaupun duk kecut perut ia cuma sementara. Saya yakin Allah akan bantu saya! Bila dah hantar progress report pengajian pada ketua saya, saya akan rasa tenang. InsyaaAllah,,,,, 

Allhamdulillah


Contohi Sifat Tawadhu’ Nabi SAW

By On 10:48:00 AM
Daripada ‘Iyad bin Himar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadhu’ sehingga tidak seorang pun merasa dirinya megah (lebih) daripada orang lain dan tidak seorang pun menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.”  (Riwayat  Muslim)


google image


 Huraian Hadith:

1.  Tawadhu ialah bersikap tenang, sederhana dan menjauhi perbuatan takabbur (sombong), ataupun sum’ah (ingin diketahui orang lain amal kebaikan kita).
resam padi

2.  Tanda orang yang tawadhu’ adalah disaat seseorang semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap rasa  hina dirinya di sisi Allah SWT. Semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takutnya kepada Allah SWT. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanannya. Setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan pangkatnya maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan segala tanggungjawab yang diamanahkan keatasnya. Hal Ini karena orang yang bertawadhu’ menyedari akan  segala nikmat yang ada padanya adalah dari Allah SWT, untuk mengujikannya samaada beliau tergolong dari golongan yang bersyukur atau kufur.

3.    Perbuatan sombong adalah perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT, seperti yang berlaku terhadap Iblis yg terkutuk, Fir’aun dan tentara-tentaranya, Qarun dengan semua anak buah dan hartanya dan kepada seluruh penentang para Rasul Allah SWT.  Mereka semua dibinasakan oleh Allah SWT kerana memiliki sifat sombong yang berlawanan dengan sifat tawadhu’.

4.    Manusia yang bersifat Tawadhu’ akan di puji dan diangkat kedudukannya di sisi Allah SWT. Manakala manusia yang bersifat sombong pula akan akan dihina oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Tiada berkurang harta karena sedekah, dan Allah tiada menambah pada seseorang yang memaafkan melainkan kemuliaan. Dan tiada seseorang yang bertawadhu’ kepada Allah, melainkan dimuliakan (mendapat ‘izzah) oleh Allah. (HR. Muslim).

Wallahua’lam

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustazah Madihah bt Mohamed Ibrahim/ Ustaz Syahril Fazli bin Mat Hussain, Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan Pusat Islam UUM di talian 04-9282558/2567.

Penghawa Dingin Penyebab Barah

By On 10:28:00 AM
“Masuk kereta terus buka penghawa dingin yang akan bertindak balas dengan barang-barang yang terdapat di dalam kereta seperti plastik, beg, kasut dan computer riba, seterusnya mengundang 36 penyakit seperti resdung, kanser hidung dan kanser otak.

google image

“Jadi, buka cermin kereta terlebih dahulu, hirup udara luar lebih kurang 15 minit sebelum membuka penghawa dingin begitu juga menyedut asap ketika pam minyak dan makanan antara punca penyebab kanser,” ujar Pakar Holistik Makanan dan Perubatan Orthomolekul, Prof Dato’ Seri Dr Syed Putra Meir yang berpengalaman mengubati penyakit kanser ketika menyampaikan ceramah bertajuk Preventing and Curing The 21 Century Diseases anjuran Kesatuan Kakitangan UUM (KESKA) di Pusat Konvensyen, baru-baru ini.

Beliau berkata, punca kanser hanya 10 peratus disebabkan faktor keturunan, manakala 90 peratus lagi berpunca daripada makanan kerana setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh menghasilkan hormon, seterusnya akan mengaktifkan sel kanser dalam badan.

Katanya, bagi wanita yang mengalami gangguan kitaran haid, darah haid yang tidak dikeluarkan akan bertukar menjadi fibroid. 

Menurutnya, kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti, apatah lagi penyakit tersebut dikatakan tiada ubat tetapi setiap penyakit ada ubat kecuali mati dan Allah turunkan penyakit bersamanya ubat. 

“Kebanyakan yang datang, pesakit kanser tahap 4, yang sudah kena radiasi, gugur rambut dan kronik. Ramai pesakit menjalani kemoterapi tetapi tidak kesemuanya bebas dari penyakit kanser itu, sebaliknya kenapa tidak menggunakan kaedah alternatif yang ada?

“Sebanyak 214 jenis kanser boleh diubati, malah datuk nenek kita dulu mengamalkan buah pinang yang mempunyai vitamin B17 tanpa perlu menjalani pembedahan dan kemoterapi,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, untuk merawat penyakit kanser dan penyakit lain, kaedah yang digunakan adalah dengan mengambil ujian darah (blood test) untuk mengesan setiap penyakit melalui bacaan daripada laporan makmal, selain menggunakan tumbuh-tumbuhan seperti aprikot, durian belanda dan belalai gajah.

Menurutnya, pantang larang pesakit kanse adalah tidak boleh mengambil makanan atau minuman yang mengandungi gula, susu, protein binatang, ayam, ikan, makanan laut, kacang soya, tempe, produk tenusu, makanan dalam tin dan marjerin kerana semua makanan tersebut ibarat vitamin yang menyuburkan sel kanser.

“Pesakit kanser juga perlu elak mengambil makanan sejuk seperti dan perlu mengawal pemakanan,” katanya yang juga ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 

Sumber: Unit Korporat UUM

Thursday, March 9, 2017

11 AKIBAT MAKSIAT

By On 2:53:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

11 AKIBAT MAKSIAT

google image


1) Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

2) Maksiat mengahalangi Rezeki
Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)

3) Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah
Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".

4) Maksiat Menjauhkan Pelakunya Dari Orang Lain
Terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".

5) Maksiat Menyulitkan Urusan
Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.

6) Maksiat menggelapkan hati
Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan bada n, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".

7) Maksiat Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.

8) Maksiat Menghalangi Ketaatan
Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit yg berpanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

9) Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan
Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.

10) Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain
Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

11) Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani
Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat juga dapat memutuskan keinginan seseorang untuk bertaubat.

" Wahai hamba-hambakKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Mahamengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pemgampun, Maha Penyayang." 
[39 : 53]

Wallahu a'lam

Oleh:Ustaz JafriMahmoodi
Dar AlFaizin

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Popular

Follow by Email