Berita Kampus
Anugerah Penyiaran Video Digital 2017
Anugerah Penyiaran Video Digital 2017 / Salam, Allhamdulillah. Hari ni sempat saya menghadirkan diri ke majlis Anugerah Penyiaran Video Digital. Syabas dan tahniah para pelajar Dr. Norizah dan En. Fakhrul yang telah menjayakan program ini dengan cemerlang.
Melihat gambar ini teringat dan membuat saya mengimbas kenangan lama semsa di bangku universiti dahulu. Semestinya di Uitm di Hati ku! Belajar masa undergraduate tak sama belajar masa post graduate. Walaupun penuh dengan kepenatan belajar di kelas dan di luar kelas, ia mampu memberi kegembiraan bila setiap produk yang dibuat dihargai.
Anugerah Penyiaran Digital adalah anugerah kepada pelajar yang menjalankan tugasan video yang harus dilaksanakan oleh para pelajar untuk memenuhi keperluaran subjek bagi pelajar yang mengambil jurusan Majoring Media Tech. atau subjek minor. Tiga genre video yang diterbitkan iaitu segmen makan, bual bicara dan majalah. Tiga kategori ini dinilai menerusi enam anugerah iaitu:
- Anugerah teaser terbaik
- Anugerah pengarah terbaik
- Anugerah skrip terbaik
- Anugerah pengacara dan suara latar terbaik
- Anugerah sinematografi terbaik
- Video digital terbaik
Keseronokan berganda bila satu demi satu anugerah diumumkan. Semua kalian menjadi pelajar cemerlang dunia akhirat. Cemerlang tidak semestinya dari akademi sahaja malah disiplin diri pengurusan diri juga adalah membawa kita lebih cemerlang. Jangan berputus asa. Lakukan yang terbaik seboleh mungkin, kerana masa ini lah akan membentuk sahsiah diri serta keyakinan diri menuju ke alam pekerjaan kelak.
Majlis bermula pada pukul 10.00 sehingga hampir 1.00 petang. Selepas habis menyampai anugerah semua peserta dan hadirin dijamu dengan makan tengahari. Smbil makan semua dihiburkan dengan nyanyian para pelajar. Bakat harus dipupuk dan disemai ketika kecil. Jangan malu! Sama juga dengan bakat berkarya, memasukki bidang seni banyak pancarobanya. Kreatif dalam penghasilan karya tidak akan menjadi jika tidak disertakan dengan minat, kesungguhan dan disiplin.
Walaupun kekangan dari segi teknikal dan sebagainya, bangga dengan mereka mampu menghasilakan produk yang menarik. Kandungan dan isi cerita amat penting. Apa yang hendak disampaikan menerusi video mesti mempunyai fakta dan penyelidikan. Semoga program ini diteruskan pada masa hadapan demi meningkatkan dan membentuk pelajar yang multitasking dalam apa jua bidang yang dilaksanakan dan diceburi.
Sekian.
Bakal meneruskan legasi sedia ada...
ReplyDeletebukan mudah nak buat video ni...
ReplyDeleteTahniah buat mereka. Bukan senang nak compile segala galanya untuk hasilkan video berkualiti. Follow dekat sini, salam kenal :)
ReplyDeletemostly cakap zaman post grad tak sama dengan under grad. takutnya nak sambung bulan 2 ni. huhu
ReplyDeleteTeringat masa buat Pre-ESL kat UM dulu. Pada sem akhir kami kena buat Pre-ESL Night kat Panggung Eksperimen tu. Semua kena anjur sendiri. Instructors bagi idea sikit2 je.
ReplyDeletetahniah semua
ReplyDeleteTahniah guys!
ReplyDeleteTahniah semua, teruskan kecemerlangan anda :D
ReplyDeletebestnya.semoga berjaya buat semua
ReplyDeletetahniah
ReplyDeletesaya juga minat editing ni.....
ReplyDeletemesti kreatif abes dorang nie kan.. tahniah.. :)
ReplyDeleteBukan senang nak edit-edit ni..kira diaorang semua ni memang kreatif haaa...
ReplyDeleteSalam Perkenalan;
Pengedar Vivix Shaklee Malaysia
Tahniah pada semua..
ReplyDelete