Ramadhan Kareem 1446H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam Ramadhan untuk semua. Allhamdulillah tup tap tup tap dah masuk Ramdhan yang ke 5. Cepat sungguh masa berlalu. Syukur sangat Ramdhan kali ni dapat saya bertarawih di surau. Dah berapa tahun dah hany terawih di rumah... Tapi bila nak keluar rumah tu harus ler mamanya ni menyelinap keluar. Masuk je Rizqin Mateen dalam bilik, mama terus keluar rumah. Semalam kak cik Jannah ikut saya terawih sama. Rasa syukur sangat! ta tahu nak gambarkan macamana pada malam pertama Ramdhan tu... 



Hari ni 16 Mac, saya ada kelas master tapi hari ni saya jalankan secara assyncronous. Pelajar saya pergi shooting untuk tugasan kumpulan... Penting untuk pelajar yang mengambil kursus ini untuk memberi peluang kepada mereka menjalankan tugasan di lapangan. Biasa pelajar yang part time ni mereka pada hari biasa mereka bekerja. Mereka cuma ada masa terluang pada hari minggu sahaja. So, bagi saya mereka harus diberi peluang untuk siapkan tugasan mereka. 



Kelmarin, curier hantar casing laptop dan cover laptop... Dah lam guna laptop ni tak bercasing. Ada juga survey sebelum ni tapi tak terbeli... Dia kawan merangkap kakak saya suggest tuk pakai casing baru la catch out... uhhh... Sebelum ni duk tgk juga student saya guna! Saya ni duk tengok la camana nk pakaikan casing tu, uuhhh rupanya senang je... macam pakai casing phone juga. So, saya pilih blue black / navy blue... termatch lak dengan beg laptop yang baru beli... Total dua item tu RM65.00... Allhamdulillah...


Beg latop ni RM36.90... al kisahnya nak p beli beg sekolah anak. Beg sekolah anak tak beli, tak berkenan. Mahal seratus tiga puluh lebih tak cantik sangat dengan barang, mama lak ternapak beg ni, belek-belek harga RM36.90, mama pun terus ambil ler.... murah, kain kanvas tebal dan cantik. Dapat ler set blue navy dari laptop sampai ke beg...  Terima kasih Ya Rabb... 




2 comments:

Powered by Blogger.