Dunia Baharu Sheila Inspire

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Cepat sungguh masa berlalu dari sehari ke sehari, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun, diam tak diam 4 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan... Saya doakan semoga pembaca blog picisan ini dapat menyambut Ramadhan dengan penuh keberkatanNya... Aminnn...

Hari ni tanggal 7 Mac 2024, dah lama sangat tak blogging! Terima kasih Ya Rabb memberikan peluang ini untuk saya masih blogging! Terima kasih Ya Rab, tahun ini tahun ke sepuluh saya renew domain blog ini. Allhamdulillah. Terima kasih Ya Rabb... Ini juga dunia baharu bagi sheilainspiredotcom bila dapat renew domain blog ini. 


Walaupun dalam kesibukan rutin harian, banyak perkara yang saya belajar, manusia bernama hamba macam kita ni adakala leka dengan dunia. Adakala menghambakan diri dengan dunia juga. Apa taknya.... gadget di genggaman. Ampunkan dosa-dosa di atas kelekaan ini Ya Rabb...

Syukur dek kesibukan, dapat luangkan ,asa briskwalk. Syukur ada teman-teman yang baik. Teman syurga, kawan-kawan syurga. Allhamdulillah. Syukur ditemani dan dikelilingi orang-orang yang baik. Walaupun ada perkara negetif juga mendekati kita, cuba husnuzon dan tepis dengan baik. Sentiasa istigfar! Itu ingatan buat diri yang daif ini. Kita bukan sesiapa cuma hambaNya yang lemah! Hamba yang buruk adalah kita. Dipinjamkan sahaja kasih sayang Allah buat kita. 


Ya Allah, sepertimana Kau jemput mereka menjadi tetamuMu jemputlah dan susunlah kami juga menjadi tetamu Mu. Satu yang buat saya sangat yakin dengan Ar Rahman Ar Rahim, Dia yang maha Penyayang. Saya yakin Allah sayangkan kita semua! Bak rezeki kita tak boleh nak bandingkan dengan orang keliling kita. Percayalah padaNya, jika bukan rezeki kita sekarang, susah macamana pun kita sekarang, InsyaAllah jika kita redha dengan susunan Yang Maha Mengatur segala aturan hidup kita, kita akan tenang. Tidak perlu memikirkannya dengan lebih terperinci. Apa yang harus kita buat, adakah sentiasa taat dan patuh kepadanya. 

Jangan Mendongak ke Atas!

Awas, untuk diri saya sendiri, jangan mendongak ke atas, tunjukkan kebaikan kehebatan kita. Satu yang saya sentiasa ingatkan diri ini, tiada apa yang pandai, bijak, hebat diri kita melainkan pinjaman semata. Saya sering katakan untuk ingatan diri sendiri, jika Allah tak gerakkan kita dengan kasih sayangNya, nak angkat kelopak mata pun kita tak mampu. Inikan pula mahu mendongak ke atas tunjuk kita hebat dapat archive itu dan ini kerana hasil kerajinan, ketekunan, kepandaian kita! 

Saya tak pandai, tak hebat tak apa! bukan dunia yang didambakan! Tanggungjawab, apa yang Allah susunkan untuk kita kerana kita adalah hambaNya. Semua tahu diri adalah hamba, tapi di sebalik makna hamba itu tidak dimengertikan! Apakah disebalik makna hamba? Sebab saya yang lemah ni selalu tersasar arah, terpaksa balik kepangkuanNya, demi mengenal erti diri sebagai hamba! 

Sedar Diri

Belajar selalu sedar diri! sebab seorang hamba itu sifatnya lemah. Lemah dengan godaan syaitan. Kena sedar diri kita hamba yang dhaif! Tiada sikit pun cerdik. Memang sentiasa dicakap lurus bendul, sampai ke tua dikatakan lurus dan bendul. Tak apa lah sebab sedar diri, tanggapan manusia biarlah apa yang di sangka walaupun dikata lurus dan bendul kerana hanya Allah sahaja Yang Maha Bijaksana! Lindungi diri kami Ya Rabb, adripada rasa buruk sangka.

Bersihkan Hati

Ya Rabb, untuk kami sentiasa mendekatiMu bersihkan hati kami daripada kotoran dosa, kerak-kerak dosa, duni yang fatamorgana yang disanjung tinggi oleh manusia akhir zaman ini. Jernihkan hati kamu dengan cahaya Mu Ya Nur Ya Haadi Ya Haq untuk kami tidak tersasr di atas landasan orbitMu. Seperti mana Engkau Ya Baari' menyusun planet-planet Mu dan sekecil-kecil makhlukMu berjalan di atas orbit, alam Mu tanpa pegangan, tanpa jatuh susunlah hati kami sentiasa berada di radar iman! Ya Rabb kami tkami mohon untuk berada sentiasa di tas orbit taqwa. Janganlah tinggalkan kami walupun sesaat.

Bila Poket Kosong

Dunia akhir zaman mengagungkan duit berkepak! Walaupun RM2, 5, 10 duit raya berebut macam tak pernah dapat! Itulah yang disanjung dipuja. Kentut pun wangi baunya! hehehe... adat resam dunia sebegitu sudah tentu di zaman akhior zaman ini. Tak boleh di salahkan. Sebab itu kita diajar untuk bersihkan hati. Siapa yang kosong poketnya berbatu-batu pun dah bau kentut! Bertahun-tahun dihina dikeji! Betul weihhhh,,,, cuba siapa yang poket kosong terrrrketut depan orang ramai? perghhhhh harus semalu maunya. Kalau yang poket berkepok terrrrkentut lak? huh, ada yang buat tak tahu, dan ada juga yang defend dan sebagainya! hahahaha.... 

Mata Dunia

Bila mata berdunia ni, tak boleh nak cakap apalah. Cuba kita lak pokek berkepuk mampu ke nak halang nafsu, mendongak langit. Saya berkepok sebab saya hebat. Saya rajin kerja. Saya pandai! Semuanya saya itu dan saya ini! Mestilah mata dunia. Sebab saya rajin saya dapat dunia! Dah adat resamkan siapa rajin usaha dialah dapat. Kalau malas rezeki tak dekat! 


Benteng Diri

Diri yang dhaif penuh dengan dosa, mesti bentengkan diri daripada terus berdosa. Saya doakan semoga kita dikuatkan iman, diselubungi nur dan hidayah untuk kita bentengkan diri daripada menjadi pendosa. Diri ini yang lemah sering kali lupa dah alpa dengan duniawi mudah terjerat dengan dunia yang membuatkan diri ini sebagai pendosa. Mulut dah hati mahu dijaga. Bila hati belum sejernih mata air, mulut mahu juga berkata megah. Mulut mahu juga berkata hebat. Mulut juga mahu berkata 'aku'. 


Jangan Menghina

Menghina pada yang lemah, jangan menghina pada yang daif, jangan menghina pada yang kosong! Jangan! sebab dunia bukan kita yang punya! Jangan pandang orang yang kosong dengan mata yang besar. Jangan menatap orang yang dhaif dengan penuh benci dan meluat! Sebab hidup ini umpama roda. Bila di atas dipuji dipuja, bila berpusing ke bawah belum tentu ada yang mengangkat! Belum tentu ada yang mengheret tangan kita. Percayalah, Allah Maha Adil. 

Ujian Allah, lahirkan kepada hambaNya untuk diredhai. Kerana Dia Yang Maha Mengasihani, jangan mudah bersangka buruk Allah Maha Penyayang! Dia hadirkan ujian untuk hambaNya untuk bertaqwa. Jangan murungut bila dijui, itu tandanya iman masih lemah. Jangan mudah dinodai dunia. Itu tanda iman menghilang. 









     

No comments

Powered by Blogger.