Recap 2023

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 
Recap 2023 | Allhamdulillah, kejap je masa berlalu. Nak blogging pun tak sempat. Ada yang tulis entry nak publish pun tak sempat. Sampai lagu tu sekali sibuknya, aishhhh.. Harap tak sakit teruk la. Baru nak recap 2023, ni pun tak semua sebab lupa banyal benda buat, nak story sampai xdan nk pikir. Apa ye saya buat pada 2023? Yang penting KPI InsyaAllah tercapai. 

Gambar nak p konvo UUM35
Gambar beberapa jam sebelum Convo UUM35

Bukan apa bila perkara yang saya dah buat tapi saya tak mampu nak teruskan, saya ignore walaupun merugikan saya. Sebab saya tak mahu kumpul stress, dek tahun ni pun saya dah didianogsis ada penyakit dalam badan ni. That's why saya let's go je walaupun ia merugikan saya! Sebab ada kala kalau dah masuk ofis, makan pun tak sempat. Saya tak nak fikir banyak-banyak, kalau saya tak sempat nak buat memang saya tak kan paksa diri saya untuk buat! Ada selang skit saya take rest. 

Syukur 2023 banyak kegembiraan dan ada juga kesedihan. Jom citer gumbira-gumbira je la kan... kita kan tak nak kumpul stress. hehehe.... 

Terima Kasih Julai

Terima kasih Julai untuk konvokesyen berjaya menamatkan Diploma Pascasiswazah yang lalu. Seronok 1st time pakai baju Rizman Ruzaini semata nak konvo uols hehehe... ye la covo PhD pakai apa yg ada jer. Maklum lah convo masa cobiddd masuk dewan pun sesorang xde crowd, nasib ler convo sekali dengan my bff... so, bila convo diploma ni rasa macam len maceeemmmm skit, dah boleh convo open dengan kawan2 sesama kan... 

Terima Kasih Ogos

Selamat hari kebangsaan belated negaraku Malaysia, Selamat Hari Malaysia belated dan selamat Hari Lahir belated kakak PD, puteri sulung ku! Mama doakan kakak berjaya di dunia akhirat, sihat sentiasa, dilindungi dan dipelihara di dunia dan akhirat. Happy belated juga buat diri sendiri dan juga putera bongsu ku pada 19 Ogos lalu, dan birthday ku pada 20 Ogos lepas. Selang sehari dengan Muhammad Rizqin Mateen. Ogos yang banyak kisahnya. 

Anak sulung ni banyak cabarannya! membesar dengan kepayahan hidup berbanding adik-adik yang lain. Sama juga dengan hari kebangsaan. Untuk mencapai kemerdekaan negara sukar dan payah, segala rintangan, cabaran diharungi oleh pejuang-pejuang tanahair kita dahulu.

Jalan Makan Taiping

Sempena Hari Malaysia kami sekeluarga belajar tentang seorang tokoh iaitu Ngah Ibrahim. Kami sekeluarga berpeluang melawat ke Muzium Matang di Taiping Perak. Mengimbau kembali sejarah-sejarah masa belajar di sekolah dulu. Kakak la dari dalam kereta duk citer pasal Menteri Larut (ngah Ibrahim). 

Nak masuk muzium tu secara percuma hanya tulis nama sahaja di buku lawatan. Bila masuk pintu utama kita akan nampak replika gajah yang besar. Dekat bahagian bawah muzium kita dapat pelajari tentang Perang Larut, Salasilah Ngah Ibrahim, dan banyak lagi.

Selepas ke Muzium Matang, kami makan Nasi Kandar Beratur di Taiping then jejalan luar di Zoo Taiping. Saya tak keluar, duk dalam kereta sahaja. Cuaca sedikit panas, tak larat masa tu. Then berangkat balik. 

Huh Biaq Betul! 1st Time di Ikea Sejak Berkeluarga

Singgah lak Ikea Penang. Makan malam di sana. Sejujurnya ini kali pertama saya ke Ikea sejak berkahwin... uhhh kesiannya... kekeke... Rezeki kita baru sampai! Allhamdulillah. Kali pertama juga anak-anak melangkah ke Ikea ni. Rezeki kita ni cepat dan lambat. Ada kala kalau xde di dunia mungkin Allah akan simpan di akhirat kelak. So, jangan berputus arap dengan rezeki. 

Disember

Kali pertama mengajar pelajar master!. struggle gak la... tapi, syukur mereka wiiling to learn. Minngu pertama kelas discuss asgmnet hari sampai hampir 2 jam... argue punya argue then lawaknya bila saya tanya pasal hobi, rupanya hobi depa ngam dengan saya... kekeke... so minggu ke2 pengajaran akhir Disember, saya bawa mereka shooting di Bukit Bunga Raya. Seronok ler, siap bawa sarapan menu Syiria lagi! Masalahnya perut orang Melayu ni perut kecikkkk.... mana nak habis oiii 2 orang makan 1 bekas,,,,  Siap serve kat syaya. TAnya kena saya tak makan habis? Saya cakap perut kami kecikkk... Alamakkkk mesti dia terasa. dah ler siap sediakan lagi kat kami.... 

Student perempuan lak tanya... "Dr. nak makan ke?" "tak habis saya"... cepat Dr. kita buh dalam bekas,,, cepat Dr. nanti dia nampak! kekekeke.... bila tengah buh je dalam bekas kantoi lak! dia nampak.... hehehe then saya cover ler nak bawa balik makanan tu bagi family.... So, dia agree... boleh-boleh! 

Allhamdulillah. Selamat!

Yang penting mereka seronok, boleh buat stand upper! mula pandai shoot spontan. Syukur berakhirnya 2023 dengan jayanya membesarkan badan... hehehe.... yang best juga 2023 dah memulakan langkah saya dengan briskwalk. Siap ada team lagi, baru ler syokkan... Apa pun selamat tahun baru belated walaupun esok dah 1 Februaru 2023...

Selmat bulan Februari tau... Selamat hari lahir! Siapa biarthday bualn 2 ni?






No comments

Powered by Blogger.