Kempen Bangkit RichWorks Betul Ke Dapat Membantu Penganggur Menjadi Usahawan Berjaya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 

Kempen Bangkit RichWorks Betul Ke Dapat Membantu Penganggur Menjadi Usahawan Berjaya


 

 

Saya telah pernah terbaca rungutan dalam bentuk komen dari mereka yang mungkin telah telah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh RichWorks sebelum pendamik Covid-19 secara fizikal atau mungkin juga belum pernah hadiri tapi sekadar memberi pendapat secara peribadi.

 

Antara komen itu, “mula-mula free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambal loncat-loncat jerit amik sesemangat katanya”, komen ini seolah-olah Richworks menipu tapi terdetik juga, jika benar menipu kenapa ramai orang telah berjaya.

 

Itu baru salah satu komen yang diutarakan terhadap RichWorks selepas melihat gambaran program yang dilaksanakan secara fizikal, ada lagi antara yang lain memberi pendapat seperti, “Waktu masuk dengar tu memang la percuma, selepas terkinja-kinja mereka cadangkan masuk program itu ini, bayarannya bukan kecik-kecik anak. Jerung pun boleh meninggal”.

 

Tidak setakat itu, ada juga peserta yang tidak berpuas hati dengan komen negatif lain, “Program usahawan. Nak bantu. Dia akan kaya, jika kita follow course seminar dia. Dia kaya atas keinginan kita ni yang nak berseminar motivasi. Dia pon sekarang ni belum berjaya lagi...andai kata kita masuk program dia, start la kaya dia. Kita?? Belum tentu lagi.. Balik seminar lepas tu takde motivasi dah hahahaha”

 

Sejujurnya, apabila terbaca komen-komen negatif seperti ini, mesti akan rasa diri tertipu dan berbelah bagi tetapi bila difikir lebih mendalam, kenapa dengan mudah nak percaya dan mula skeptikal dengan program yang dilaksanakan oleh RichWorks?

 

Saya Juga Pernah Skeptikal Dengan Program RichWorks


Sejujurnya, saya mula dengar tentang Dr. Azizan Osman kalau tak silap sejak 2010. Saya mula kenal dengan nama Richworks dengan adanya komen-komen yang negatif ini sebenarnya. Maksudnya apa yang masuk ke telinga saya itu telah membuatkan saya sedikit skeptikal. Dan saya pun tak pernah mengambil tahu tentang program yang dijalankan oleh RichWorks sejak itu. 


Namun, sejak tahun lepas sebelum pendamik Covid-19 ini melanda, saya ada melihat dan terbaca tentang program RichWorks yang diberi nama “Nak Ubah Hidup”. Masa tu terdetik juga hati saya nak join, malangnya kekangan yang banyak saya hadapi ketika itu, niat dikuburkan sahaja. 


 


Hairannya, pada ketika itu sudah tidak ada rasa skeptikal saya terhadap RichWorks, mungkin kerana saya sedar yang sebelum ini saya terus buat penilaian tanpa ambil tahu lanjut. 


Saya tak tahu program itu macamana, mana mungkin saya nak skeptikal sebelum saya kenal dan membuat penilaian bukan? Hanya mendengar apa komen negatif yang saya dengar dulu, ia belum tentu pasti benar atau tidak.Timbul juga rasa bersalah di situ.

 

RichWorks Bootcamp Menjadi Titik Pengenalan 


Tak kenal maka tak cinta, ayat ini memang ada benarnya. Semakin saya melihat program demi program yang dilaksanakan oleh pihak Richworks, saya mula mahu kenal dengan lebih dekat tentang program yang dijalankan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman ini. 


Alhamdulillah, pengakhiran bulan Mei 2021, dapat juga saya join program percuma oleh RichWorks yang dikendalikan sendiri oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman menerusi RichWorks Bootcamp selama 12 hari.

 

Allahu, rasa macam tak sangka, dan sangat bersyukur kerana saya dapat join dua belas hari Bootcamp tersebut dari awal hingga habis tanpa ada sebarang masalah. 

 

Mula Membuka Minda Yang Dulu Tertutup 


RichWorks Bootcamp benar-benar telah membuka minda saya, boleh saya katakan 360 darjah telah berjaya twist pemikiran saya. Sangat memberi motivasi kepada diri. Malah ia sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan saya ke arah yang baru. 


Paling utama, minda saya terbuka dan sentiasa positif. Jika dulu, memang la kita cakap je kena sentiasa fikir positif namun, jika ada masalah melanda akan down juga. Namun, apabila berada dalam Bootcamp selama 12 hari bersama Doc, pemikiran terus berubah dengan mempunyai energi yang tinggi, sentiasa bersemangat dan bila ada sahaja gangguan yang boleh membuat saya down, saya akan cepat-cepat elak dan tepis. Ya, saya tidak akan benarkan semua itu mengganggu fikiran saya lagi!

 

 

Hari pertama program apabila Doc menunjukkan bukti proven result usahawan jutawan di bawah RichWorks ia sangat terkesan di hati saya. Jika mereka boleh buat sales jutaan begitu hingga berjaya memegang tahap jutawan, kenapa saya tidak? Ya! Saya juga boleh! Banyak perkara baharu yang saya belajar hanya dengan menyertai program percuma tersebut.


 

Yang paling utama, terima kasih Doc, ini yang buat saya rasa sangat berubah ialah saya sangat bersyukur bila saya dah dapat say “NO”. 


Selama hidup saya ini, saya memang tak pandai say “NO”, walaupun sesusah mana sesuatu itu, bila orang nak minta saya buat, saya akan buat. Dan sekarang syukur, dengan bimbingan Doc dan juga suami saya, saya dah dapat say “NO” kepada mereka yang mengambil kesempatan ke atas saya!


 

Jom Mulakan Hidup Dengan Bisnes Baru 2021


Dalam banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini, menyertai program bersama Richworks merupakan salah satu perkara betul yang saya buat, bila saya telah berjaya membuat tindakan pantas untuk memulakan bisnes yang saya suka. Saya dengan yakin telah memilih untuk menyertai bisnes dropship. 


Langkah ini memberi saya lebih keyakinan untuk menguruskan kehidupan seharian. Walaupun, saya seorang pekerja sepenuh masa, juga pelajar sepenuh masa, ibu dan isteri namun dengan adanya kerjaya baharu saya ini sebagai dropship telah mengubah hidup saya berbanding dulu! Tak hairan la kenapa wanita juga mampu berjaya dari semua aspek. Makin terkesan setelah melihat RichWorks menghargai wanita dengan menaikkan martabat kami dengan cara mereka sendiri. 

 

Allhamdulillah sales saya untuk bulan Jun dan Julai RM1k lebih. Malah bulan ni, ada pelanggan saya yang mahu convert kepada dropship di bawah saya sendiri. Ini bermakna bisnes yang saya mulakan sudah semakin berkembang. 


Syukur! Walaupun ia sedikit cuma tapi saat pegang bonus pertama itu, saya sangat rasa syukur kerana dapat menderma dengan hasil daripada komisyen tersebut. Banyak lagi yang saya perlu belajar, dan saya tak akan berhenti belajar dalam bisnes ini. Seperti mana semangat RichWorks yang sentiasa membara, itulah juga inspirasi untuk saya sentiasa bersemangat tanpa lelah

 

 

Sebenarnya, sejak bulan Disember 2020 lalu saya telah membuat azam untuk memulakan bisnes pada tahun 2021, tapi pada masa itu saya tak tahu bisnes apa? Bagaimana? Macamana? 


Benar kata Datuk Wira Dr.Azizan Osman, bila kita tulis dengan niat yang betul maka ia akan terjadi dengan izin Allah SWT. Allahu saya tak sangka, saya dapat mulakan bisnes walaupun dengan menjadi dropship sahaja. Siapa kata nak buat bisnes perlu ada modal besar dulu? Itu semuanya tidak benar. 

 

 

Saya Akan Melangkah Dari Zero to Million


Saya juga telah join program kelolaan Richworks yang seterusnya, iaitu Zero to Million. Pada awalnya, suami saya juga jerung kepada apa yang saya buat, tapi syukur bila dia dah mula memahami apa yang saya buat dan dia mula support saya dari belakang. Begitu juga mak saya di kampung. Mak dan ayah saya juga menyokong apa yang saya lakukan saat ini.

 

Zero to Million mengajar saya memaksimumkan tentang penggunaan media sosial secara percuma ke tahap yang sepatutnya. Sejujurnya, dengan program Zero to Million membuatkan saya faham apa itu media sosial dengan lebih meluas, walaupun saya merupakan seorang pendidik dalam bidang media. 


Dengan menyertai program ini, saya dapat tembus ilmu aplikasi media sosial itu dengan lebih teliti. Zero to Million ini juga telah berjaya memberi pengenalan dan membawa saya ke aplikasi media sosial “tiktok”.


 

Jangan Cepat Bersangka Buruk, Tak Kenal Maka Tak Jatuh Cinta


Ye, benar! Dengan kata-kata ini. Bila saya dah join Bootcamp bersama Datuk Wira Dr.Azizan Osman, Tuan Hafiz, Tuan Radz dan Tuan Nasrul, saya mula jatuh cinta dengan program yang disediakan oleh RichWorks. 


Apa yang paling utama, result matter yang ditunjukkan oleh peserta RichWorks seperti Elite-x, Spire dan Titan sangat memberi motivasi kepada saya untuk mencapai 101 malah lebih impian saya! Segala tanggapan serta komen negatif terhadap program yang dikendalikan oleh RichWorks tersangkal dari minda saya sejauhnya. Jika dulu saya spektikal tapi kini ia telah berjaya menjadikan hidup saya lebih terang dan tahu ke mana arah sebenarnya hidup saya ini.


 

Siapa Datuk Wira Dr. Azizan Osman?


Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan MenThor Usahawan yang memulakan dan melatih usahawan sejak tahun 2008 bersama RichWorks syarikat yang dibinanya. Beliau mempunyai sangat luas pengalaman dalam bidang marketing dan sales. Ia juga terlibat menguruskan client-client korporat besar seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain sehinggalah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Jom lohat kejayaan dan pengiktirafan yang telah dicapai oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks khususnya. 

 

Selain itu, beliau juga sentiasa upgrade diri dan belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan pelbagai kajian yang relevan berdasarkan situasi bisnes pada masa kini. Passion beliau yang kuat untuk melihat anak bangsa menjadi usahawan berjaya. Beliau tidak gentar dengan apa jua cabaran dan pandangan skeptikal orang. Malah beliau tetap dengan tugasnya sebagai MenThor untuk mendidik anak bangsa menjadi usahawan berjaya.


 

Program PERCUMA Sering Diadakan Dari Masa Ke Semasa 

Walaupun beliau dan RichWorks kini banyak menjalankan program secara PERCUMA, tapi masih ada yang takut untuk menyertainya. Pelbagai cara yang dibuat untuk membantu mereka di luar sana untuk mengubah hidup, namun adakala jawapan sinis dibalasnya. 


Saya juga sentiasa menghantar wasup dan forward program PERCUMA yang dijalankan oleh RichWorks kepada sahabat dan keluarga untuk membantu mereka mengubah langkah dek krisis pendemik Covid-19 yang melanda, tapi apa kan daya bila jawapan krik krik yang diterima.


 

Perubahan Digital Dari Bisnes Offline Ke Bisnes Online


Perubahan kepada digital, terutama dalam pemasaran masa kini bukan sangkalan lagi. Ia adalah realiti. Kita kena dan mesti berubah kepada pendigitalan. Jika tidak, kita akan ketinggalan dan akan lumpuh. Bukan sahaja metode yang perlu berubah, perkara utama yang perlu berubah dulu adalah cara fikir dan diri kita. 


Fikiran kita mulai berubah, insyaAllah perkara lain juga akan turut berubah sama. Apa yang penting untuk kita menjadi usahawan perlu bergerak pantas. Pautan ini membuktikan RichWorks ubah scenario dunia perniagaan.  

 

Jangan Halang Diri Kerana Takut Dengan Harga Seminar Dr. Azizan 2021


Setelah saya join program percuma yang dianjurkan RichWorks saya mengambil keputusan untuk join program berbayar iaitu Marketing Mentoring. Saya sangat tertarik dengan program yang ditawarkan kerana ia adalah sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan kerana saya juga boleh menyertai program MMM dan post MMM. Program dijalankan selama 10 hari, bagi saya ia sangat berbaloi dengan ilmu yang saya dapat dalam program tersebut.

 

Hasrat saya mahu berkembang dalam bisnes yang dijalankan, dan mahu menyertai Elite-x, Spire sehinggalah ke Titan. Ini kerana saya perlukan menthor, benar! MenThor amat penting dalam guide kita kita menuju kejayaan dengan cepat. Pengalaman lepas saya, tanpa mentor yang arif dalam apa yang saya buat, sangat merugikan saya dari aspek masa! Saya lambat dalam segala hal.

 

Bayangkan PhD yang saya lalui selama 7 tahun, 7 bulan dan 6 hari sehingga saya mendapat surat senat universiti. Bagi saya ia mengambil masa yang sangat lama. Walau apapun saya bersyukur dapat menamatkannya. 


Kedua-dua guru saya mengaku mereka tak berapa arif untuk guide apa yang saya buat, tapi syukur doa dan redha mereka membuatkan saya akhirnya dapat menamatkannya walaupun dalam tempoh masa yang lama.


 

Bersama Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0


Ayuh! Saya dengan rendah hati mengajak anda semua sertai Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0. Ia adalah solusi kepada anda yang ada bisnes tapi menghadapi masalah dek pendamik Covid-19. Inilah masanya, anda boleh mengubah bisnes anda yang akan terkubur itu menjadi mekar berseri dan melangkah Berjaya walaupun masa pandemik ini. 


Ia juga adalah solusi kepada Pemasaran Digital dan merupakan program terbaru yang akan dijalankan khusus untuk membantu usahawan untuk bangkit disebabkan pendamik Covid-19. 

 

Program ini akan berlangsung pada 27 – 29 Ogos ini. Jom, usahawan di luar sana kita terus BANGKIT bersama. Ini adalah peluang anda mencipta kejayaan. Tak salah anda memberi peluang kepada diri anda untuk BANGKIT daripada krisis pendemik Covid-19 ini yang kita tak tahu bila akan berakhir. Jangan mudah berputus asa, Allah SWT sentiasa ada bersama mereka yang mengharap. 


Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 ini dijalankan secara PERCUMA, rugi jika anda tak join, dan saya sangat mengalukan untuk anda menyertainya. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, tak kenal maka tak cinta. Jom daftarkan diri anda ke program ini segera.

 

DAFTAR KEMPEN BANGKIT


Anda juga boleh sertai Telegram - Azizan Osman Official bagi bersama-sama ramai usahawan dan orang yang mahu menjadi usahawan yang berjaya, insyaAllah.

 


 

 

 


7 comments:

  1. Wah adore betul dengan kak shila. Marsha pun nak join kali ni. Nak amik aura orang hebat dalam bisnes

    ReplyDelete
  2. Moga terus berjaya dalam apa jua yang akak lakukan. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah..terbaik sis

    ReplyDelete

Powered by Blogger.