Salam 4 Ramdhan 1442H : Jaga Hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, dah masuk 4 Ramdhan 1442H. Sekejap jer berlalu. Apa amalan kita hari ni? Saya berharap kita sentiasa berdoa untuk buat perkara yang baik dan jaga sentiasa hati. Hati kita ok insyaallah kita pun tenang. 

Konsep kita senangkan orang, Allah akan senangkan kita!
Ada kala dalam kehidupan harian ni ada sahaja halangan yang menghalang kita menyenangkan orang. Menyenangkan ni, bukan semua dari perbuatan tapi hari hati juga. Ada kala hati ni susah nak senangkan orang. Berdetik buruk orang, salah orang, berdetik orang ni tak betul dan sebagainya. Walhal kita sendiri belum tentu betul di sisi Allah taala. Betul hanya di mata sendiri. Bangga juga dengan diri sendiri yang betul. Betul cara Allah kita belum  tahu tepat ke tidak, diredhai atau tidak.


Patut itu yang kita take note!

Cermin Diri
Susah kita nak cermin diri sendiri ni, sebab cermin akan nampak kita selalu betul. Harapnya kita cermin diri kita dengan doa semoga Allah menzahirkan apa salah kita, apa yang kita buat tak betul. Menzahirkan tu, ada juga daripada komen-komen orang sekeliling kita dan pasangan kita dan sebagainya.

Saya juga selalu ditegur oleh somi saya ni itu tak betul, ada kala kita ni tak boleh terima. Dan... harus lah muhasabah dulu jangan mudah melenting, so dapatlah buat pertimbangan dengan betul. Dan... saya juga banyak salah dan silapnya! Mengaku silap tu lebih baik. Jangan tegakkan ego sahaja. 

Buang Ego
Orang perempuan ada juga yang susah nak buang ego ni. Selalu tegakkan benang yang basah. Selalu fikir diri sendiri sahaja yang betul. Tak salah jika benar kita yang betul, dan kita pun perlu tegakkan kebenaran, tapi jika betul, tak salah pun... yang penting kena juga turunkan ego dan berwasatiah.

Salam Ramdahan uols... luv u... 



6 comments:

  1. salam ramadhan kareem cikkak sheila tuuh
    .. 😅

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas tazkirah ringkas di atas. selamat beribadah dibulan Ramadhan yg mulia...

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalani ibadah Ramadan, kak. Terima kasih untuk peringatan ini.

    ReplyDelete
  4. Betul kak, perempuan sebelum berkata2 atau bertindak fikir dahulu..tq atas peringatan ini.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.