Chapter 3 Entry 1 2021: Kerana G-Shock Viral

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

(Entry ini ditulis pada 14 Mac 2021, baru diterbitkan)




Allhamdulillah, dah lama sangat saya tinggalkan blog ni. Tahun ni baru ada satu entry. Hari ni rasa macam lega sikit mood blogging pun ada mari, sebab pagi tadi dah submit assigment individu 1... yeahhh... Allhamdulillah. 

Minggu Pertama Pengajian Bagi Semester 2/2021 

Allhamdulillah, tadi createkan group wasup untuk kelas yang akan saya mengajar semester ini. Syukur, dan lega sangat dipermudahkan banyak hal kebelakangan ni, walaupun sangat la sibuk. Bagi semester ni saya cuma dapat satu kelas sahaja, sebab saya ada red light. hihihi.... Tidak dibenarkan mengajar lebih daripada 1 subjek. uh....??? kenapa lak? sebab saya mula mendaftarkan diri sebagai pelajar Postgraduate Diploma in Education Learning and Teching selama 2 tahun. So, tahun depan la habis pengajian saya! 


Syukur!
Allhamdulillah, lega juga Rabu minggu lepas saya telah menghadirkan diri secara online pitching untuk program khas perlaksanaan modal insan bengkel "Creativity Never Stop". Saya belum tahu apa resultnya lulus atau gagal. Syukur kerana dapat menghantar permohonan, dan dipanggil untuk pitching. Ini kali pertama saya pitching dengan FINAS. Sebelum ni, ada pernah dipanggil pitching dengan RTM, tapi saya tak pergi. Saya hanya berdoa semoga ia dipermudahkan dan diluluskan. Ini pengalaman baharu untuk saya. Feedback yang diberikan oleh pengerusi dan panel tu sangat membantu n positif tapi tak tahu lah resultnya macam mana sebab ramai yang memahon. Agaknya saya seorang la kot dari bidang akademik. Semua pemohon lain saya andaikan dari industri. So, kat situ la mungkin kekurangan bagi saya! Tapi tak apa la kalau ada, ada la, kalau tak ada, saya syukur sebab saya dah buat sesuatu yang baharu yang belum pernah saya buat.

G-shock Viral vs Perfume Body Shop

Terima kasih to my hubby bg hadiah G-shock viral tu. Bila dah dapat rentas daerah pada 5hb Mac yang lalu, saya dan husband terus ke Alor Setar. Misi utama nak cari perfume dan survey jam G-shock... Satu Aman Sentral pusing jam G-shock viral tu cuma ada warna putih dan hitam gold... Harga not bad mahal... Tak apa la, kita ke butik Body Shop dulu cari perfume. Dah lama sangat husband duk mengidam perfume Body Shop sebab dia tengok video top 10 perfume dan Body Shop salah satu yang tersenarai. Masa study dulu-dulu 20 tahun yang lepas perfume Body Shop yang selalu saya beli sebab suka botolnya warna warni, tapi saya selalu beli warna merah, pink dan oren. Lupa bau apa! seingat saya kalau Body Shop cuma sekali sahaja saya beli White musk. Walaupun White must tu evergreen, untuk kali ni saya pilih Cherry Bloosom. Harga tak mahal 1 set sekali shower cuma dapat 2 sachet sample serum jerawat, harganya say lupa berapa tapi lebih kurang RM16+.++ la. Tambah pula husband punya perfume hampir RM300 juga. Dapat vaucher saya mabil compact powder kena tambah dalam RM30... Mahal juga compact powder Body shop ni. 

Jam viral dan Mat Moto lama G-shock yang kami cari tu tak ada di aman Sentral. Cuma warna hitam dna putih bagi R-shock viral dan warna hitam, blue balack bagi G-shock Mat Motor. Harga G-shock viral kat Aman Sentral ni 3 kedai harga standard jer RM899 ada satu kedai RM seribu lebih, itu sebelum diskaun... Kalau selepas diskaun 10% pun harganya tetap mahal juga. So, kami ke Alor Star Mall, sama juga tak ada kat Alor Setar Mall, tak puas hari patah balik ke pusat bandar kami singgah di Star Parade... Kat Star Parade ni ada 3 buah kedai jam... Fuh satu kedai ni harganya boleh tahan murah... after less dapat RM750 bagi G-shock viral black gold... Kalau yang Black silver dia bagi RM650.... Kedai tu sahaja yang bagi murah berbanding kat Aman Sentral dan juga Alor Setar Mall.... So, kami tak puas hati servey lagi dengan saudara mara, yang beli G-shock viral ni... Katanya boleh dapat RM580. Fuhh... murah tu... memang beza dengan harga kat kedai... tapi saya lak yang tak confident! ye la kalau beli kat kedai rosak ke apa, kita boleh terus refer kat kedai. Beli atas talian memang murah tapi itu la tak boleh nak tengok live. 

Nak tak nak tak jadi beli, janji dengan juru jual kedai tu kalau kami jadi beli kami datang semula yang penting dapat harga sama! Pulang rumah fikir panjang juga. Keesokannya harinya Sabtu, bawa anak-anak bersama. Kakak tak nak ikut! nak duk rumah, Kak Ngah pun sama! nak duk rumah... tapi saya paksa mereka ikut. Dah kali ni memang jadi la beli G-shock viral Black Gold RM750. Encik daddy ke ATM cash out duit. Terima kasih Ya Allah, my beloved husband... Kata huasband dia pun tak ada jam mahal. Ye la, kami mana berduit. Husband kata sejak kahwin dia tak pernah beli hadiah mahal kat saya. Seriusly guys, sejak kahwin tahun ni masuk 14 tahun, husband saya tak pernah beli hadiah melebihi RM50 kat saya! kalau ada cuma tudung sepuluh ringgit, baju, dua puluh ringgit, selipar sepuluh ringgit. Itu sahaja! Tapi saya syukur sangat. Apa yang nak merungut, ada kesihatan yang baik pun dah cukup. Kita suami isteri paham susah senang bersama. Jangan tengok apa orang ada! Syukur apa yang kita ada. SEdikit ke banyak ke itukan semua rezeki kita. Terima kasih tak terhingga my hubby hadiahkan saya G-shock viral tu... 

Alang-alang dah kat Star Parade, saya beli kan lah baju sekolah anak-anak. Beli apa yang ada dulu... cuma baju sepasang tuk kak ngah dan dua helai baju putih untuk kakak, kain belum lagi. Sebab tak berkenan meterialnya tebal dan mahal. Rupanya mahl juga kain sekolah sehelai ni... cecah RM60 sehelai... baru saya tahu. Tak apa lah, kita servey laagi kat kedai lain. Sekolah menengah pun lambat lagi buka. Sempat untuk cari lagi.

Syukur Ya Rabb... Allahu. 











Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdullilah semoga adanya jam tu penguat kak suami isteri ya :)

    btw kak jemput join GA shida sedang berlnagsung, jika ada kelapangan :)

    ReplyDelete
  2. gembira bila dapat gembirakan orang kan

    ReplyDelete
  3. moga Allah permudhkn urusan sheila

    ReplyDelete
  4. bestnyaa bila dpt dream watch kan

    ReplyDelete