Proses dan Prosedur Pertukaran Sekolah | Allhamdulillah… Akhir tahun lepas, setelah saya diberhentikan kerja, kami membuat keputusan untuk pulang ke kampung. Ini adalah keputusan terakhir yang dibuat setelah saya dan suami mencari kerja dan tiada rezeki. Bermacam tempat dicuba Ketika itu namun, tidak satu pun yang Berjaya. Terima kasih kepada kawan-kawan saya juga cuba membantu kami mencari kerja. Namun, apa kan daya, rezeki tidak memihak kepada kami Ketika itu. So, dengan keputusan yang berat juga terpaksa kami pulang ke kampung.
Sebelum ini saya hanya menumpangkan anak saya ke sekolah tapi ini kali pertama saya membuat pertukaran sekolah anak saya --->>> surat tumpang sekolah semasa saya pulang bersalin di kampung.
Perkara pertama yang kami lakukan ialah untuk menukarkan persekolahan anak-anak. Dalam proses pertukaran persekolahan ini, saya bersyukur ia amat mudah. Untuk bertukar sekolah, antara proses-proses yang saya buat adalah:
1. Pergi ke sekolah lama dapatkan surat pengesahan pertukaran.
Surat pertukaran sekolah akan dibuat
oleh sekolah lama sekurang-kurangnya satu hari. Biasanya sekolah tak sempat nak
sediakan surat pada hari yang sama, kerana surat tersebut mesti diperakui oleh
guru besar terlebih dahulu.
2. Mengambil buku teks, buku Latihan, buku catatan tasmik dan dokumen persekolahan anak-anak.
Paling cepat pihak sekolah akan
mengambil masa satu hari menyediakan surat, buku teks dan dokumen murid yang
akan dibawa ke sekolah baharu. Jika anak-anak anda bersekolah di sekolah
kerajaan, buku-buku teks mestilah diambil di sekolah lama. Ada juga ibu bapa
yang tidak tahu tentang ini, dan pihak sekolah harus memaklumkan kepada ibu
bapa. Selesai bab buku teks, kemudian jangan lupa untuk mengambil buku catatan
tasmik. Sekolah baharu akan tanya tentang buku bacaan tasmik. Buku bacaan
tasmik cuma ada satu sahaja dari darjah 1 hingga darjah 6 cikgu akan
menggunakan catatan yang sama. Kemudian, jangan lupa juga untuk mengambil buku
aktiviti. Buku aktiviti juga disediakan di sekolah lama sahaja. Buku-buku inii
(buku teks, buku Latihan dan buku tasmik) tidak disediakan di sekolah baharu
kerana setiap sekolah sudah mempunyai peruntukan yang secukupnya. Dengan erti
kata lain, jarang ada buku lebih. So, jika hendak bertukar sekolah, semua buku
hendaklah diambil di sekolah lama. Selain itu, sekolah lama juga akan
memberikan file murid kepada ibu bapa.
3. Bawa dokumen pertukaran ke PPD atau JPN
Bagi kes saya, adalah pertukaran di antara negeri, so saya pergi ke JPN (Jabatan Pendidikan Negeri). Saya dan sumai ke JPN Kota Bharu di Tunjung. Sebelum tu, untuk masuk ke sekolah baharu, sekolah lama akan tanya sekolah mana yang hendak dibuat pertukaran, sebab di dalam surat yang sekolah lama sediakan dia akan nyatakan nama dan alamat sekolah baharu. Sebelum tu, untuk makluman, ibu bapa kena tahu sama ada sekolah yang akan ditukarkan itu ada kekosongan atau pun tidak. Biasanya ibu bapa yang harus hubungi bakal sekolah baharu bertanyakan sama ada sekolah tersebut ada kekosongan yang boleh menerima murid baharu sebelum, dinyatakan di dalam surat yang dikeluarkan oleh sekolah lama. Bawa surat dan file murid ke JPN atau PPD kalau pertukaran dibuat hanya di dalam negeri. Apa yang peting selain surat daripada sekolah lama, pihak JPN atau PPD mahukan ic ibu bapa dan yang paling utama ialah surat nikah ibu bapa. Itu yang paling utama. Jika tiada surat nikah ibu bapa, mereka tidak dapat proses pertukaran anak ke sekolah baharu. Dah fotostat semua dokumen iaitu, ic, surat nikah, sijil beranak murid serta surat daripada sekolah barulah JPN atau PPD boleh memproses pertukaran tersebut. Jika semua dokemen tersedia, dan pihak sekolah baharu mahu menerima kemasukan murid baharu, maka pihak JPN atau PPD akan mengeluarkan surat bahawa anak tuan puan boleh menukar ke sekolah baharu.
4. Ke Sekolah Baharu
Allhamdulillah, walaupun lama di JPN tunjung kerana ramai yang mahu membuat pertukaran sekolah pada masa tu akhirnya selesai jua. Pertukaran sekolah ni mudah jika anak kita bertukar dari sekolah kerajaan ke sekolah kerjaan juga, tapia gak sukar sikit kalau pertukaran sekolah dari sekolah swasta mahu ke sekolah kerajaan. Kerana prosedur lain sikit akan dilalui. Itu saya pun tak pasti macam mana. Maka, 1 Januari 2020, bila sekolah di buka saya dan suami membawa surat daripada JPN dan surat sekolah lama ke sekolah baharu… Sekali lagi saya ingatkan jangan lupa bawa fotostat surat beranak kerana biasanya pihak sekolah mahukan no sijil surat beranak. Allhamdulillah selesai daftar anak-anak di sekolah baharu, iaitu Sekolah Kebangsaan Kota.
Masa ni saya cuma ambil buku teks sahaja di
sekolah lama. Dan saya tak tahu kena ambil buku aktiviti dan buku catatan
tasmik. Bila suami saya pulang semula ke Kedah, baru saya hubungi bekas guru
kelas lama untuk ambil buku aktiviti anak saya. Itu pun dah sebulan bersekolah
di sekolah baharu. Cikgu sekolah baharu bagi tahu kesian anak saya taka da
buku, sebab dia pandai, cikgu-cikgu duk puji tulisan Zara Adelia cantik. Kesian
la kat dia taka da buku.
Allhamdulillah, finally dapat juga bawa balik
buku aktiviti, cikgu sekolah lama siap tanya, “nak tukar sekolah sampai bulan 3
je kan… lepas tu sekolah sini semula kan…” hehe… suami cakap ye… ye la masa tu
hopefully plan menjadi dan sangat berharap la, bulan 3 boleh Kembali ke Kedah
semula… tapi apa kan dayakan… Allah Yang Maha Menyusun atur semuanya… Bulan 3
tak juga bertukar, dan dikenakan PKP akibat daripada Covid19.
Maka, apabila dikeluarakan arahan boleh rentas
negeri pada 10 Mei 2020, kami terus pulang ke Kedah hajatnya mahu tengok rumah
dan kemas rumah apa yang patut. Tak sangka pulak lekat lak kat situ berminggu
then pulang ke Kota Bharu semula apabila dikhabarkan sekolah akan dibuka
Kembali. Kami pulang ke Kelantan terus buat pertukaran sekolah semula daripada sekolah
Kelantan dan Kembali ke sekolah lama di Kedah…
Prosenya juga sama, syukur dalam sehari sahaja,
sampai je ke Kedah dari Kota Bahru terus singgah ke JPN Alor Setar untuk proses
pertukaran. Syukur tak ramai orang dalam 40 minit dah settle semuanya…
Allhamdulillah…
Anak-anak suka la boleh Kembali ke sekolah lama
mereka. Apa pun terima kasih guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota, Kota Bahru.
Jasa cikgu tak kan saya seluarga lupakan, walaupun sekejap sahaja anak-anak
saya belejar di sana, tapi nampak improvement walupun online teaching, tiap hari
memang kalut sebab saya cuma ada satu phone sahaja. Terpaksa share dengan saya,
kakak dan kak ngah, mereka Nampak bersemangat untuk belajar. Syukur,
Allhamdulillah….
Terima kasih Cikgu SK Kota.
16 Comments
bagus perkongsian ni, sebab ramai yang akan tertanya2 apa nak buat, saya pun alami masa nak tukar sekolah anak haritu, bila dah tanya mulut ke mulut, jadi macam2 versi hahaha
ReplyDeleteTq Kak Shiela share pengalaman ni, hope dpt manfaat bg ibubapa yg ada berhajat nk tukar sekolah anak nnt. Lega semua selesai kan..anak2 pun happy msk sekolah baru..kwn2 baru..semua baru hehe :)
ReplyDeletealhamdulillah sheila dah kerja semula ke?
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian pengalaman...
ReplyDeletethank you sharing ni
ReplyDeleteMaknanya buku2 semua tak payah pulangkan kat sekolah lama.bawa saja semuanya kesekolah baru.Kan?
ReplyDeletenice share... berguna bila anak dah sekolah nanti.. mana la tau kot2 tetiba kena tukar sekolah.. skrg anak saya kecik lagi.. hehehe
ReplyDeleteOh? Boleh eh macam ni? Uncle baru tau...
ReplyDeleteOh? Boleh eh macam ni? Uncle baru tau...
ReplyDeleteOh? Boleh eh macam ni? Uncle baru tau...
ReplyDeleteterima kasih untuk info....
ReplyDeleteOo boleh ya tukar sekolah untuk beberapa bulan. Baru saya tau. Tq sharing. Bagus info ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah semua dipermudahkan
ReplyDeletePerkongsian yg insyaAllah membantu ibu bapa lain yg ingin mengurus perpindahan anak mereka 👍👍👍
ReplyDeletePerkongsian yang sangat bermanfaat, terutama pada ibu bapa yang kurang mengetahui cara untuk membuat pertukaran sekolah anak-anak.. Dan saya pun dapat ilmu jugak, persiapan untuk bakal anak-anak saya nanti.. Thanks kak..
ReplyDeletealhamdulillah semuanya dipermudahkan allah.. selamat kembali ke kampung
ReplyDelete