Proses dan Prosedur Pertukaran Sekolah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Proses dan Prosedur Pertukaran Sekolah | Allhamdulillah… Akhir tahun lepas, setelah saya diberhentikan kerja, kami membuat keputusan untuk pulang ke kampung. Ini adalah keputusan terakhir yang dibuat setelah saya dan suami mencari kerja dan tiada rezeki. Bermacam tempat dicuba Ketika itu namun, tidak satu pun yang Berjaya. Terima kasih kepada kawan-kawan saya juga cuba membantu kami mencari kerja. Namun, apa kan daya, rezeki tidak memihak kepada kami Ketika itu. So, dengan keputusan yang berat juga terpaksa kami pulang ke kampung.



1 Januari 2020


Sebelum ini saya hanya menumpangkan anak saya ke sekolah tapi ini kali pertama saya membuat pertukaran sekolah anak saya --->>> surat tumpang sekolah semasa saya pulang bersalin di kampung. 

Perkara pertama yang kami lakukan ialah untuk menukarkan persekolahan anak-anak. Dalam proses pertukaran persekolahan ini, saya bersyukur ia amat mudah. Untuk bertukar sekolah, antara proses-proses yang saya buat adalah:

1. Pergi ke sekolah lama dapatkan surat pengesahan pertukaran.

Surat pertukaran sekolah akan dibuat oleh sekolah lama sekurang-kurangnya satu hari. Biasanya sekolah tak sempat nak sediakan surat pada hari yang sama, kerana surat tersebut mesti diperakui oleh guru besar terlebih dahulu.

2. Mengambil buku teks, buku Latihan, buku catatan tasmik dan dokumen persekolahan anak-anak.

Paling cepat pihak sekolah akan mengambil masa satu hari menyediakan surat, buku teks dan dokumen murid yang akan dibawa ke sekolah baharu. Jika anak-anak anda bersekolah di sekolah kerajaan, buku-buku teks mestilah diambil di sekolah lama. Ada juga ibu bapa yang tidak tahu tentang ini, dan pihak sekolah harus memaklumkan kepada ibu bapa. Selesai bab buku teks, kemudian jangan lupa untuk mengambil buku catatan tasmik. Sekolah baharu akan tanya tentang buku bacaan tasmik. Buku bacaan tasmik cuma ada satu sahaja dari darjah 1 hingga darjah 6 cikgu akan menggunakan catatan yang sama. Kemudian, jangan lupa juga untuk mengambil buku aktiviti. Buku aktiviti juga disediakan di sekolah lama sahaja. Buku-buku inii (buku teks, buku Latihan dan buku tasmik) tidak disediakan di sekolah baharu kerana setiap sekolah sudah mempunyai peruntukan yang secukupnya. Dengan erti kata lain, jarang ada buku lebih. So, jika hendak bertukar sekolah, semua buku hendaklah diambil di sekolah lama. Selain itu, sekolah lama juga akan memberikan file murid kepada ibu bapa.

 3. Bawa dokumen pertukaran ke PPD atau JPN

Bagi kes saya, adalah pertukaran di antara negeri, so saya pergi ke JPN (Jabatan Pendidikan Negeri). Saya dan sumai ke JPN Kota Bharu di Tunjung. Sebelum tu, untuk masuk ke sekolah baharu, sekolah lama akan tanya sekolah mana yang hendak dibuat pertukaran, sebab di dalam surat yang sekolah lama sediakan dia akan nyatakan nama dan alamat sekolah baharu. Sebelum tu, untuk makluman, ibu bapa kena tahu sama ada sekolah yang akan ditukarkan itu ada kekosongan atau pun tidak. Biasanya ibu bapa yang harus hubungi bakal sekolah baharu bertanyakan sama ada sekolah tersebut ada kekosongan yang boleh menerima murid baharu sebelum, dinyatakan di dalam surat yang dikeluarkan oleh sekolah lama. Bawa surat dan file murid ke JPN atau PPD kalau pertukaran dibuat hanya di dalam negeri. Apa yang peting selain surat daripada sekolah lama, pihak JPN atau PPD mahukan ic ibu bapa dan yang paling utama ialah surat nikah ibu bapa. Itu yang paling utama. Jika tiada surat nikah ibu bapa, mereka tidak dapat proses pertukaran anak ke sekolah baharu. Dah fotostat semua dokumen iaitu, ic, surat nikah, sijil beranak murid serta surat daripada sekolah barulah JPN atau PPD boleh memproses pertukaran tersebut. Jika semua dokemen tersedia, dan pihak sekolah baharu mahu menerima kemasukan murid baharu, maka pihak JPN atau PPD akan mengeluarkan surat bahawa anak tuan puan boleh menukar ke sekolah baharu.

4.  Ke Sekolah Baharu

Allhamdulillah, walaupun lama di JPN tunjung kerana ramai yang mahu membuat pertukaran sekolah pada masa tu akhirnya selesai jua. Pertukaran sekolah ni mudah jika anak kita bertukar dari sekolah kerajaan ke sekolah kerjaan juga, tapia gak sukar sikit kalau pertukaran sekolah dari sekolah swasta mahu ke sekolah kerajaan. Kerana prosedur lain sikit akan dilalui. Itu saya pun tak pasti macam mana. Maka, 1 Januari 2020, bila sekolah di buka saya dan suami membawa surat daripada JPN dan surat sekolah lama ke sekolah baharu… Sekali lagi saya ingatkan jangan lupa bawa fotostat surat beranak kerana biasanya pihak sekolah mahukan no sijil surat beranak. Allhamdulillah selesai daftar anak-anak di sekolah baharu, iaitu Sekolah Kebangsaan Kota.

Masa ni saya cuma ambil buku teks sahaja di sekolah lama. Dan saya tak tahu kena ambil buku aktiviti dan buku catatan tasmik. Bila suami saya pulang semula ke Kedah, baru saya hubungi bekas guru kelas lama untuk ambil buku aktiviti anak saya. Itu pun dah sebulan bersekolah di sekolah baharu. Cikgu sekolah baharu bagi tahu kesian anak saya taka da buku, sebab dia pandai, cikgu-cikgu duk puji tulisan Zara Adelia cantik. Kesian la kat dia taka da buku.

Allhamdulillah, finally dapat juga bawa balik buku aktiviti, cikgu sekolah lama siap tanya, “nak tukar sekolah sampai bulan 3 je kan… lepas tu sekolah sini semula kan…” hehe… suami cakap ye… ye la masa tu hopefully plan menjadi dan sangat berharap la, bulan 3 boleh Kembali ke Kedah semula… tapi apa kan dayakan… Allah Yang Maha Menyusun atur semuanya… Bulan 3 tak juga bertukar, dan dikenakan PKP akibat daripada Covid19.

Maka, apabila dikeluarakan arahan boleh rentas negeri pada 10 Mei 2020, kami terus pulang ke Kedah hajatnya mahu tengok rumah dan kemas rumah apa yang patut. Tak sangka pulak lekat lak kat situ berminggu then pulang ke Kota Bharu semula apabila dikhabarkan sekolah akan dibuka Kembali. Kami pulang ke Kelantan terus buat pertukaran sekolah semula daripada sekolah Kelantan dan Kembali ke sekolah lama di Kedah…

Prosenya juga sama, syukur dalam sehari sahaja, sampai je ke Kedah dari Kota Bahru terus singgah ke JPN Alor Setar untuk proses pertukaran. Syukur tak ramai orang dalam 40 minit dah settle semuanya… Allhamdulillah…

Anak-anak suka la boleh Kembali ke sekolah lama mereka. Apa pun terima kasih guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota, Kota Bahru. Jasa cikgu tak kan saya seluarga lupakan, walaupun sekejap sahaja anak-anak saya belejar di sana, tapi nampak improvement walupun online teaching, tiap hari memang kalut sebab saya cuma ada satu phone sahaja. Terpaksa share dengan saya, kakak dan kak ngah, mereka Nampak bersemangat untuk belajar. Syukur, Allhamdulillah…. 

Terima kasih Cikgu SK Kota.

 

 

16 comments:

  1. bagus perkongsian ni, sebab ramai yang akan tertanya2 apa nak buat, saya pun alami masa nak tukar sekolah anak haritu, bila dah tanya mulut ke mulut, jadi macam2 versi hahaha

    ReplyDelete
  2. Tq Kak Shiela share pengalaman ni, hope dpt manfaat bg ibubapa yg ada berhajat nk tukar sekolah anak nnt. Lega semua selesai kan..anak2 pun happy msk sekolah baru..kwn2 baru..semua baru hehe :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah sheila dah kerja semula ke?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian pengalaman...

    ReplyDelete
  5. Maknanya buku2 semua tak payah pulangkan kat sekolah lama.bawa saja semuanya kesekolah baru.Kan?

    ReplyDelete
  6. nice share... berguna bila anak dah sekolah nanti.. mana la tau kot2 tetiba kena tukar sekolah.. skrg anak saya kecik lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Oh? Boleh eh macam ni? Uncle baru tau...

    ReplyDelete
  8. Oh? Boleh eh macam ni? Uncle baru tau...

    ReplyDelete
  9. Oh? Boleh eh macam ni? Uncle baru tau...

    ReplyDelete
  10. Oo boleh ya tukar sekolah untuk beberapa bulan. Baru saya tau. Tq sharing. Bagus info ni.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yg insyaAllah membantu ibu bapa lain yg ingin mengurus perpindahan anak mereka 👍👍👍

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang sangat bermanfaat, terutama pada ibu bapa yang kurang mengetahui cara untuk membuat pertukaran sekolah anak-anak.. Dan saya pun dapat ilmu jugak, persiapan untuk bakal anak-anak saya nanti.. Thanks kak..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah semuanya dipermudahkan allah.. selamat kembali ke kampung

    ReplyDelete

Powered by Blogger.