Resepi
Tips Kesihatan
Antara Protein Diet Saya
Antara Protein Diet Saya / Allhamdulillah, ni antara menu diet saya selain sayur, saya juga mengambil protein, tapi biasa la kali ni saya goreng iaitu ikan cencaru sumbat sambal goreng. Namun, anda boleh juga bakar lebih selamat daripada menggunakan minyak.
Memang senang nak sediakan. Cuma guna ikan cencaru belahkan badannya di bahagian tengah, lumurkan dengan garam kunyit.
Manakala untuk resepi sambalnya, saya menggunakan cili kering 2 biji, 1 biji cili padi, 2 biji bawang merah, sebiji bawang putih, sepotong serai, serbuk knor ayam dan sedikit gula. Cili kering dibelah dan dibersihkan dan direndam dahulu dengan air panas untuk bagi lembut. Selepas nampak cili kering dah mula lembut boleh la menumbuh kesemua bahan-bahan tadi sehingga lumat.
Bila dah lumah boleh la masukkan dan sumbat di dalam belahan ikan tadi, Akhir sekali anda boleh menggoreng kan tersebut. Siap!
fav sha ni ikan macam ni haha
ReplyDeletesdap ni..:)
ReplyDeleteCancaru sumbat, antara pebret saya juga ni. Sedpanyaaaa
ReplyDeleteFuhhh..membuka selera...
ReplyDeleteAdoi nampak sedap sanhat lah
ReplyDeletesteam pun sodap gak :D
ReplyDeletesedap nyer, sheila.
ReplyDeletecencaru ni aida jarang masak kat rumah.
asben x brape suka sebab jaket nyer tu :)
aida plak sgt suka! kekadang beli jugak. ngidam!!!