Virus Selsema dan Batuk Bila Mengandung

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... dah salam sayang buat semua pembaca....
Allah Ya Fattah Ya Salam.... Yang Maha Membuka dan Yang Maha Mensejahterakan.... tiga hari bercuti tanpa keluar rumah walaupun luar pintu rumah.... disebabkan batuk dan selsema, virus yang dijangkiti mendapt kasih sayang Allah, hanya berkurung tanpa kata..... Allhamdulillah.... walaupun teruk rasanya tapi ia rahmat allah untuk saya.... Mengandung kali ni, sejak dari awal saya mengalami batuk dan selsema..... itu hanya sedikit berbanding dosa saya yang banyak..... penyucian hati harus diamalkan, jangan ditinggalkan... walau apa pun sakit, ingat sakit itu adalah rahmatNya dan penghapus dosa..... tiada ubat yang saya amalkan, hany merenung ke dalam hati, zikir di mulut sahaja.... 

sumber google

Saya terima seadanya, kelmarin juga hanya sekali sahaja saya menjamah makanan..... petang dan malam tidak merasa untuk makan..... saya minta maaf dengan baby dalam kandungan saya.... saya tak ada daya dan tak mampu... Allah Yang Maha Mengatur segalaNya..... Saya bersyukur kerana anak-anak saya tidak merungut kelaparan..... Saya bersyukur kerana rasa makan saya juga dibataskan..... dengan kerja yang banyak semalam, saya hanya minum coffee yang dah saya tak amalkan.... hanya secawan untuk saya legakan tekak yang kehausan dan kepenatan dengan batuk tak terhenti..... 

Allhamdulillah, nikmat Allah sangat banyak. Bila redha tiada lagi rungutan di mulut, di hati mula tenang, dan bibir membabitkan senyum selebarnya. Walaupun apa yang dialami Allah Ya Rahman Ya Ya Rahim Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang tahu segalaNya..... Subhanallah.... Terima kasih Ya Rabb..... HebatNya Allah memberi ketenangan pada diri.... ampunkan segala dosa kami yang hina ini.... amiiinnnn..... 

Batuk Semasa Hamil
Sebenarnya batuk ni tidak boleh pandang remeh oleh ibu hamil. Ia adalah batuk boleh membahayakan kehamilan dan juga janin yang ada di dalam rahim ibu. Ini juga adalah kerana sistem pertahan ibu hamil adalah rendah. 

Tips Tanpa Ubat
1. Solat taubat, doa dan zikir
2. Amalkan madu + teh
3. Madu dan habatus sauda
4. Madu + lemon

InsyaaAllah... Allah Ya Salam Ya Fatah....



11 comments:

  1. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU JAGA KESIHATAN DIRI

    ReplyDelete
  2. Semoga dikurniakan kesembuhan dengan segera, Sis Sheila. Rehat secukupnya ya.

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh kak. Jaga diri! :)

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh, ameeen. sakit itu penghapus dosa. ujian ketika hamil, moga hati qowiy 💪💪💪

    ReplyDelete
  5. Syafakillah dear. Take a good care of yourself and baby too ������

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang hebat untuk ibu yang hamil

    ReplyDelete
  7. semoga diberi kekuatan dan segera sembuh

    ReplyDelete
  8. Part of alahan kan sheila --' Allahu, perit kalau diingatkan balik. Smoga sheila ok ok je lepas ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.