Senang Bila Bersandar

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

google image


SENANG BILA BERSANDAR // Allhamdulillah, kelmarin saya ambil cuti uruskan pengajian saya di USM. Subhanallah... memang saya tak tidur pagi itu. Saya biasa tidur selepas Isyak. Waktu tu, sangat sangat mengantuk. Sebelum tidur tu saya buka latop nak siapkan kerja untuk penyelia saya. Namun tertidur juga, pukul 1.30 pagi husband saya kejutkan bila tengok latop saya on. Saya terus bangun sambung kerja dan stay up... 

Saya pun tak tahu energy pagi tu memang kuat nak dibandingkan energy saya pagi tadi.... hampir pukul 4.00 pagi tadi saya terlena jua sampai subuh. Mungkin kepenatan. 

Kisah kelmarin di USM. Sampai di sana pukul 10.30 pagi. Penyelia saya nak jumpa pukul 11. saya ke IPS dahulu urus tanya hal pengajian saya dan debit card. Debit card bagi pelajar USM, belum ada info lagi kata stafnya. Allhamdulillah, allah permudahkan urusan saya di IPS daftar pengajian untuk semester ni. 

Terus saya ke pusat pengajian saya. Bila jer masuk bila penyelia saya, dia terus cakap "macam dah setahun tak jumpa saya"... hehehe.... bulan 9 tahun lepas last saya jumpa prof.... Lawak tul. Dia pun dah lupa saya buat apa pembetualan tesis saya. Saya bagi pembetulan saya. Dan discuss satu-persatu tesis saya yang banyak salah tu, bab utama kajian literatur. Saya dengar dia dengan tekun apa yang dia cakap! Saya pun tak tahu berapa lama saya kat biliknya. Dia banyak tolong saya. Saya sangat bersyukur. Habis bab tesis, masuk bab cuti bersalin. 

Cuti Bersalin Bagi Pelajar
Kata prof, saya boleh apply dari USM cuti bersalin. Saya kena ambil cuti bersalin bagi menyenangkan saya rehat dan berpantang. Dan saya tak perlu bayar yuran untuk semester ni. Saya langsung tak terfikir hal ni. Tadi saya pergi IPS tapi tak tahu ada pasal hal ni. 

Selepas jumpa sv saya, saya ke IPS semula tanya tentang cuti bersalin. Staf check matlumat saya, dan dia kata boleh. "kak ambil borang hijau tu, isi dan bagi kat ofis pengajian kak"... Staf tersebut terus tulis pada borang itu semester ni saya buat penangguhan pengajian daripada buan 2 hingga bulan 9.... Subhanallah... saya memang langsung tak tahu pasal ni! Allhamdulillah.

Kembali ke pusat pengajian saya, ambil sign dengan prof saya, dia tulis kat borang tu "sokong", dan hantar di ofis pusat pengajian saya. Allhamdulillah. Walaupun hampir semput juga jalan kaki naik dan turun bukit. Kita exercise baby! 

Allah Ya Baari
Yang Maha Mengatur, Menyusun setiap hidup kita kan.... Walaupun atas kertas saya buat penangguhan pengajian, tapi tetap progress study seperti biasa. Syukur sangat! Terima kasih sahabat semua yang mendoakan saya. Saya doakan anda semua juga dipermudahkan segala urusan hisup di dunia dan di akhirat kelak.

Dah settle semua, pergi makan kat cafe mami di desa aman damai... dalam pukul 1.00 petang kami bertolak pulang. Mengantuk hari hujan lepas makan pulak, kami berhenti di RnR Gurun solat dan sebagainya.... Husband saya tegur lamanya solat sejam setengah... Yela bertolak semula pukul 3... ye ke? tak perasan. Saya ke toilet dan solat sahaj. Al maklum la bila ke toilet tu berkali masuk toilet duk layan karenah Kak Ngah Zara ni... Itu pun saya buat-buat tinggal dia dan keluar toilet, kalau tak lama lagi duk dalam toilet tu.... Singgah di Alor Setar, beli makan dan baju baby sikit. Saya tak prepare apa lagi tuk baby... Apa yang patut je la baby mama beli tau.... 

Semalam, bila sampai rumah excited nak buat correction seterusnya yang sv saya bagi. Pagi tadi duk tengah print jurnal say terlena juga. hehehe.... kepenatan la baby yer.... 

Terima kasih, Allhamdulillah..... Ya Rabb.... Senang Bila Bersandar KepadaNya....


6 comments:

  1. Salam Dear,
    Kagumnya saya, awak kuat...
    Mana pregnant lagi, family lagi, and study...
    Semoga semuanya dipermudahkan bagi awak...
    Cheers.

    ReplyDelete
  2. Sandaran terbaik itulah DIA yg satu
    Letih tapi semua dah setel harap dihujungnya dpt nikmat kemanisan itu
    Dpt lena pun dah terbaik. Mengantuk pastinya..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..syukur...bila kita yakin..biar pahit..pahit itu Allah ganti dengan kemanisan..akak kena rehat juga...sekejap pun jadilah...

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya dimudahkan sis. insyaAllah dgn adanya sokongan suami n baby dlm perut boleh dibuat sebagai penguat sis. lagipun Allah ma'ana. :)

    btw, jemput singgah n komen :) http://nikainaa.blogspot.com/2017/02/untung-lebih-dengan-menjana-pendapatan.html

    ReplyDelete
  5. LETIH SGT YA SHEILA TAPI ALLAH MEMBERIMU KEKUATAN HADAPI CABARAN-NYA

    ReplyDelete
  6. bukan sesuatu yang mudah, ibu mengandung kena study lagi. pastinya bayi dalam kandungan pun nanti seorang yang kuat semangat dan cekal macam ibunya. good luck as student. good luck bersalin nanti. semoga selamat hendaknya, ibu, baby dan pelajaran ibu. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.