Ancaman Ragut Semakin Menggila Tak Kira Mati

Bismillahirohmanirrohim...

Assalamulaikum...

Dah berapa minggu saya sepi balik kampung lost contact... 11 hari di kampung macam-macam berlaku...

Tengok tajut entry saya, memang mengucap panjang... dalam sepuluh tahun ni memang jenayah ragut sangat semakin menjadi-jadi dan semakin menggila jadinya...


Bayangkan kanak-kanak umur 10 tahun sekarang dah 20 tahun terlibat dengan jenayah ragut... Macam mana 10 tahun akan datang??? apa nasib anak-anak seterunya.... Mungkinkah si peragut akan pulang ke pangkal jalan??? atau bunuh-membunuh sudah jadi perkara biasa dek jenayah ragut...

Kisah Benar
Kes 1
Semasa balik cuti di kampung minggu lepas, saya saya kemalangan. Kereta yang dipandunya dirempuh dengan kuat oleh seorang lelaki bermotor di bahagian belakang. Makcik yang mahu memberhentikan keretanya di bahu jalan sebelah kiri tiba-tiba terkejyt dengan bunyi dentuman yang kuat.. antah dari mana datangnya... Sedangkan masa itu tiada kenderaan lalu lalang, jalan sebelah kanan memang clear...

Nasib sangat baik kerana waktu itu, makcik saya memang berhenti di hadapan kedai makan... Tuan kedai makan pun memang kenal dengan makcik. Nak dijadikan cerita, budak lelaki yang menlanggar tadi mengaku salah dan beriya ajak makcik ikut dia ke wokshop kereta kawannya... Dia tak mahu report polis kerana tiada lesen katanya. Dia call ayahnya call sepupunya... Sepupunya datang bersama 3 orang pemuda yang lain untuk settle yang cover kereta makcik hantar kat wokshop kawan kononnya mana tahu boleh dengan harga yang murah....

Ya Allah Hafiz Ya Muhaimin....
Dalam keadaan tersebut... Allah melndungi makcik saya... dan dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah dahulu berbincang dengan suami dan keluarga... Orang kat kedai tu suruh makcik ambil ic budak lelaki tadi yang unur dalam awal 20an...

Tiba masa yang dijanjikan... makcik dan pakcik saya datang beruding di hadapan kedai tadi dengan 4 lelaki tadi... Pakcik setuju untuk ikut mereka ke workshop yang dinyatakan...

Ya Allah Ya Zahir Ya Bathin
Engkau yang maha menunjukan kebenaran yang tersembunyi dan nyata.... Bila masuk kereta nak ikut kereta mereka berempat... budak lelaki yang merempuh kereta makcik saya tadi keluar masuk ke kedai makan tadi dan order nasi bungkus 3... tetiba-tiba sepantas kilat dia menyambar beg tangan pelanggan yang sedang makan letakknya di atas meja... terus pecut kereta....

Memang berani mati.... dan tak ada perasaan mati dah tuk sampai hajat nak buat jenanyah sekarang ni....

Makcik dengan pakcik saya kat kereta belakang memang terkejut dan semua orang kata kedai tu pun terkejut...

Kes 2
Tiga hari kemudian hari Rabu lepas sekali lagi kereta tuan yang hantar kuih kat kedai makan tu dipecehkan cermin... Tuan kereta berhenti nak ambil kuih yang tak habis waktu pagi... secara tiba-tiba keretanya dipecahkan peragut mengambil begnya yang ditanggalkan di dalam kereta tersebut...

Kes 3
Memang berani mati peragut sekarang... juga kisah benar... makcik duk bersembang di beranda rumah waktu petang tiba-tiba diangkat perangut masuk dalam kereta... ragut dan tinggalkan di tepi jalan tempat lain...

Konklusi
Memang gilerrr...  bila difikir takut sangat nak lagi kita golongan perempuan... jangan dedahkan barang kemas anda walaupun sekecil-kecilnya.... jangan banga anda pakai barang kemas yang besar-besar kerana lagi besar dan bangga anda makin terdedah pada bahaya jenanyah ragut...

Ya Allah Ya Qhohhar engkau tundukkan lah nafsu, sombong, ego ku kerana semua itu adalah milikMu... Aku hamba yang hina tidak layak dengan semua itu.... Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin... Kau lindungi kami daripada hawa nafsu, harta dunia dan bisikan syaitan serta kejahatan keburukan yang berlaku disekeliling kami...

Amiiinnn...


1 comment:

Powered by Blogger.