Jom Meriahkan Cuti Chinese New Year ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Jom Meriahkan Cuti Chinese New Year ke Melaka Bandaraya Bersejarah / Allhamdulillah cuti seminggu sempena Chinese New Year, korang ada apa-apa plan nak jejalan ke? Kalau tak de jom kita ke Bandar Bersejarah Melaka. Bandar Melaka Bandar bersejarah apa yang saya suka sebab boleh melayari terusan sungai dengan perahu... 


Nak buat camana dengan keadaan cuaca kat Malaysia ni makin panas kalau korang perasan kan. Dalam cuaca panas-panas ni bahaya kalau korang asyik berjemur je kat luar sana unless korang mat saleh dan nak gelapkan kulit supaya nampak seksi. Ye ker seksi? Kalau saya memang dah terbakar badan. Hahaha. Tapi kalau nak sejukkan badan saya ada satu venue yang best. Tempat ni ada kat bandaraya bersejarah Melaka ni tau, boleh dikatakan one of Malaysia holiday destination gak sebab kalau tanya 10 orang Malaysia mesti 11 orang yang tau tempat ni. Eh mana datang lagi sorang tu? jeng jeng jeng. Hahaha. Saya gurau je tau. Kat Melaka ni selain, tempat bersejarah, makan asam pedas ikan bakar la paling diminati... Jangan ketinggalan bab makan ni sedap-sedap.


Yang penting jangan ketinggalan melawati bangunan lama yang penuh dengan sejarah pada zaman penjajah Britisah dulu. A’Famosa Water Theme Park nama tempat yang penuh dengan kehadiran air tu. hahaha. Banyak boleh dipelajari terutama bagi anak-anak kita kenal tentang sejarah negara. Start berkemas guys, make sure bawak skali baju mandi korang so korang boleh enjoy puas-puas menyejukan badan korang dalam cuaca yang panas ni dengan bermain bermacam-macam game dengan air. Sesuai untuk seluruh family, kalau nak bawak 1 bas dari kampung pun dah kira okay sangat. Korang boleh buat haru biru kat dalam Theme park tu. syok kan dengar? Eh silap, baca. Kalau boleh dengar apa yang saya tulis ni dah macam wawasan 2020 dah sampai lak. Hahaha.



Selain itu juga, untuk anak-anak ada arabian palace, yang berkonsepkan istana arab dengan gelongsor yang confirm budak-budak suka. Korang pun boleh main sekali dengan anak-anak korang sekaligus bonding session dengan anak. Ada adventure gak sebab selain arabian castle ada a few gelongsor untuk budak-budak. Dah macam playground just that bezanya ada air. Melainkan kalau padang kat taman rumah korang ada air bertakung, saya rasa tempat ni lagi best dan bersih. Bagus untuk hygene budak-budak sebab management kat sini jaga betul-betul diorang punya health.


Kalau nak bonding dengan the whole family lak ada jugak aktiviti yang orang boleh buat sama-sama. Antaranya family raft, korang boleh naik ramai-ramai dan turun dengan gelongsor. Dengan harapan raft tu tak terbalik, sudah. Sebab ye la dalam family mesti ada sorang dua yang gila-gila. Tapi yang pastinya akan jadi seronok. Barulah ikatan antara family kuat. Selain tu ada wave pool yang korang boleh mandi ala-ala laut. Cuma sini walaupun ada ombak tak semestinya rasa air dia masin. Kalau korang tak caya korang boleh test. Tapi kalau korang minum segelas lepas tu sakit perut jangan salahkan saya lak sebab saya suruh rasa pakai lidah je bukan suruh teguk minum air tu. kekeke.... Buatnya kalau ada orang yang melepaskan hajat, haa kan dah geli tuu. Hahaha. Harap-harap taklah dan diorang ni ada kesedaran sivik untuk pergi toilet.


Pantai dia lak berpasir and best untuk anak-anak yang suka main pasir. Dah macam laut betul dah tapi bukan sebab manusia yang buat semua ni untuk korang punya happiness. Lain macam kan. Hahaha. Korang nak relax, santai korang boleh naik pelampung untuk pusing-pusing kat lazy river. Kalau korang buat tu saya jamin korang akan relax, minda korang boleh fikir macam-macam dalam keadaan tenang, silap-silap dapat idea jutawan semasa korang baring atas pelampung yang dihanyutkan ke destinasi yang saya tak berapa tau. Cewaah.



Yang extreme mestilah ada buat peminat yang sukakan adventure. Ada gelongsor Big Ice Cream yang tinggi. Kepada yang gayat saya rasa korang boleh ubatkan penyakit korang kat sini. Hahaha. Selaing tu ada banyak lagi gelongsor yang awesome dan penuh dengan cabaran. Kat sini jugak kalau rasa korang nak bermain air sehari lepas tu penat dan malas nak balik jauh-jauh korang boleh check it out hotel kat situ. Senang. Silap-silap esok korang boleh pergi terjun lagi nak lepas geram. Ye la untuk yang duduk jauh-jauh bukan selalu kan nak ke sini melainkan korang orang Melaka. Korang book la hotel awal-awal and kalau nak find out dengan lebih lanjut korang boleh surf web diorang, ada banyak info kat sana.

Have fun!!! you all.... Jadikan cuti Chinese New Year anda seronok menikmati keindahan bandaraya Melaka bersejarah.

p/s: picture sumber by google



6 comments:

  1. Cuti yang ada manfaatkan sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. Tempat ni sangat menarik..ramai pelancong datang sini

    ReplyDelete
  3. Haritu pergi melaka tak sempat nak lawat tapak bersejarah ni.. jalan2 lebih kepada cari makan je..hihu

    ReplyDelete
  4. tak pernah sampai melaka lagi kak sheila

    ReplyDelete
  5. dtg Melaka, singgah la rumah :)
    adik-beradik aida pun turun Melaka CNY ni.
    tido sini 2 mlm. kami nak gi jalan2 jonker walk.

    ReplyDelete
  6. Sekarang memang kalau ada cuti panjang sikit kita pergi melaka, husband kita asal melaka, kakak ipar dan adik ipar tiri pun duduk melaka...moh ler kita ke melaka....

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.