SUNLAC: Skim Milk Powder Hanya 1% Lemak Susu Sahaja

SUNLAC: Skim Milk Powder Hanya 1% Lemak Susu Sahaja / Allhamdulillah, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak pemilihan susu amat penting bagi tumbesaran anak-anak. Walau bagaimanapun ada juga golongan yang tidak mampu memberikan anak-anak susu tepung. Menyingkap perbualan saya bersama kakak senior minggu ini, dia mengutarakan masih ada mereka yang tidak mampu memberikan susu tepung kepada anak-anak masa sekarang ni. Walhal, hanya kita yang mungkin tinggal di tempat sederhana dengan pendapatan B40 masih mampu memberikan anak-anak susu, sedangkan mereka yang lebih rendah pendapatan isi rumah tidak mampu diberikan anak-anak mereka susu. Dengan berbekalkan hanya tea o itu minuman utama kepada anak-anak mereka untuk membesar. Allahu....


Harus Memanjatkan Rasa Syukur

Berbalik kepada susu yang ingin saya perkenalkan pada hari ini adalah susu SUNLAC: Skim Milk Powder, sejujurnya susu ini kali pertama saya kenal.. hehehe....

Tertarik 
Mula tertarik kepada susu ini kerana ia boleh diminum oleh golongan yang berumur 2 tahun ke atas. Malihat kepada anak-anak saya yang kata sahabat, "kesian tengok kak ngah ni, macam ko pinggirkan dia, kurus kering berbanding umurnya" hahaha.... gelak saya dibuatnya! 


Kandungan SUNLAC: Skim Milk Powder
Susu SUNLAC ini mengandungi hanya 1% lemak susu sahaja. Selain itu, ia mengandungi kalsium susu semula jadi. Bahannya dengan 100% susu tepung skim (Susu Bovine). SUNLAC juga menguatkan kebanyakan makanan dan minuman termasuk makanan ringan, bijirin sarapan pagi, yogurt dan produk penurunan berat badan yang lain.

SUNLAC juga boleh digunakan sebagai medium masakan untuk hidangan kari jika tiada santan.

Bagaimana untuk menggunakan SUNLAC?
SUNLAC adalah bahan makanan yang sangat berkhasiat, serba boleh dan pelbagai fungsi. Ia digunakan sebagai bahan makanan dalam roti, roti, minuman tenusu dan produk pemakanan.



Faedah
Tahap kalsium, protein dan mineral yang tinggi membantu membina dan mengekalkan tulang yang kuat, gigi dan otot. Nutrien-nutrien ini juga membantu anda mengisi minyak, memulih dan memulihkan - menjadikan SUNLAC sebagai makanan tambahan yang ideal untuk individu dan atlet yang melakukan latihan penentangan dan sukan yang tahan lama.

Siapa yang boleh menggunakan SUNLAC?
SUNLAC sesuai untuk pelbagai kumpulan umur terutama mereka yang ingin mengamalkan diet rendah lemak.

Cara Penyimpanan
Untuk menyimpan di tempat yang sejuk dan kering dari cahaya matahari langsung.

Negara Asal
New Zealand


Ia dipaketkan di dalam pax kecil mudah dibawa ke mana sahaja dan senang digunakan. Dengan pembungkusannya yang mudah dan senang ini saya boleh bawa di mana sahaja yang boleh minum di mana cafe yang saya singgah. 

Kak Ngah Zara Adelia memang suka. Allhamdulillah. Terima kasih Ya Rabb Yang Maha Memberi Rezeki. Anak suka saya gembira dan lebih syukur dengan apa yang Allah pinjamkan rezekiNya,,, lihat dan renung mereka yang yang tak mampu nak berikan anak mereka minum susu. Allahu, semoga Allah rahmati mereka dan murahkan rezeki mereka. InsyaaAllah rezeki mereka mana tahu syurga menanti dengan kesabaran dan dugaan kasih sayang Allah. Apa pun panjatkan rasa syukur selalu....


Macamaman Nak Dapatkan
SUNLAC: Skim Milk Powder boleh didapati di pasaraya-pasaraya. Namun, ada juga pasaraya yang tidak dibekalkan dengan SUNLAC: Skim Milk Powder ini. Kalau anda ingin membeli secara atas talian, boleh dapatkan di Shopee dengan harga RM17.90. Ada 15 x Sachets 20g. 


Matlumat Lanjut boleh layari:
Laman sesawang 



1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.